Deflasi merujuk kepada penurunan umum harga yang selalunya disebabkan oleh pengurangan dalam penawaran wang atau kredit. Deflasi juga mungkin disebabkan oleh penurunan perbelanjaan kerajaan, individu atau pelaburan. Deflasi yang berlawanan dengan inflasi, mempunyai kesan sampingan iaitu peningkatan pengangguran oleh kerana tahap permintaan yang rendah dalam ekonomi, yang mana boleh menyebabkan kemelesetan ekonomi.

Di samping itu, deflasi menyebabkan perbelanjaan nominal modal, tenaga kerja, barangan dan perkhidmatan menurun walaupun harga modal, tenaga kerja, barangan dan perkhidmatan mungkin tidak berubah. Deflasi juga telah menjadi topik perbincangan ahli-ahli ekonomi sejak beberapa dekad. Namun begitu, deflasi memberi manfaat kepada pengguna oleh kerana mereka boleh membeli lebih banyak barangan dan perkhidmatan dengan pendapatan nominal yang sama dari masa ke semasa.

Walau bagaimanapun, tidak semua orang mendapat manfaat daripada harga yang lebih rendah dan ahli-ahli ekonomi sering bimbang tentang kesan daripada penurunan harga ke atas pelbagai sektor ekonomi, terutamanya dalam hal kewangan. Secara khusus, deflasi boleh membahayakan peminjam, yang mana boleh diikat untuk membayar hutang mereka dengan nilai yang melebihi daripada apa yang mereka pinjam, serta peserta-peserta pasaran kewangan yang melabur atau mempertimbangkan mengenai prospek kenaikan harga.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.