Apakah Maksud Dasar Fiskal (Fiscal Policy)?
Dasar fiskal atau dalam bahasa Inggerisnya, "fiscal policy", merujuk kepada penggunaan perbelanjaan kerajaan dan dasar-dasar cukai untuk mempengaruhi…

Dasar Fiskal
Merujuk kepada penggunaan perbelanjaan kerajaan dan dasar-dasar cukai untuk mempengaruhi keadaan ekonomi, termasuk permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan, pekerjaan, inflasi dan pertumbuhan ekonomi.
Dasar fiskal atau dalam bahasa Inggerisnya, “fiscal policy”, merujuk kepada penggunaan perbelanjaan kerajaan dan dasar-dasar cukai untuk mempengaruhi keadaan ekonomi, termasuk permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan, pekerjaan, inflasi dan pertumbuhan ekonomi. Sebahagian besar Dasar Fiskal adalah berdasarkan kepada idea-idea daripada pakar ekonomi British, John Maynard Keynes (1883-1946), yang berpendapat bahawa pemerintah dapat menstabilkan kitaran perniagaan (business cycle) dan melaraskan pengeluaran (output) ekonomi dengan melaraskan perbelanjaan dan dasar-dasar cukai. Teori-teori beliau dikembangkan sebagai satu tindak balas kepada Kemelesetan Besar (Great Depression), yang menentang andaian-andaian ekonomi klasik bahawa perubahan ekonomi adalah sendiri membetulkan (self-correcting). Idea Keynes sangat berpengaruh sehingga membawa kepada Urusan Baru (New Deal) di Amerika Syarikat, yang melibatkan perbelanjaan besar-besaran untuk projek-projek kerja awam dan program-program kebajikan sosial.
Rujukan
- Fiscal Policy - Investopedia. https://www.investopedia.com/terms/f/fiscalpolicy.asp