Aliran tunai atau “cash flow” merujuk kepada aliran pendapatan dan perbelanjaan yang merubah akaun tunai dalam tempoh tertentu. Aliran masuk tunai atau “cash inflows” biasanya meningkat melalui salah satu daripada tiga aktiviti iaitu pembiayaan, operasi atau pelaburan. Walau bagaimanapun, aliran masuk tunai juga berlaku hasil daripada derma atau hadiah bagi kes kewangan peribadi. Aliran keluar tunai atau “cash outflows” pula adalah hasil daripada perbelanjaan atau pelaburan. Ianya adalah sama untuk kedua-dua kewangan perniagaan mahupun kewangan peribadi.

Selain daripada itu, aliran tunai juga merujuk kepada satu penyata perakaunan yang dikenali sebagai penyata aliran tunai yang menunjukkan jumlah tunai yang dihasilkan atau dibelanjakan oleh sesebuah syarikat dalam satu tempoh tertentu. Ianya dikira dengan menambah caj bukan tunai seperti susut nilai kepada pendapatan bersih selepas cukai. Aliran tunai boleh ditetapkan untuk satu projek tertentu atau untuk keseluruhan perniagaan. Aliran tunai yang positif menunjukkan kekuatan kewangan sesebuah syarikat.

Di dalam kewangan perniagaan mahupun kewangan peribadi, aliran tunai adalah penting untuk kemampuan bayar atau “solvency”. Aliran tunai boleh menunjukkan aktiviti-aktiviti yang telah berlaku seperti jualan produk-produk tertentu, ataupun boleh juga mewakili ramalan untuk apa yang sesebuah perniagaan atau seseorang jangkakan untuk diperolehi ataupun dibelanjakan pada masa hadapan.

Aliran tunai adalah sangat penting untuk keselamatan sesuatu entiti. Memiliki tunai yang cukup akan memastikan pemiutang, pekerja dan lain-lain boleh dibayar tepat pada waktunya. Sekiranya seseorang atau sesebuah syarikat tidak mempunyai tunai yang cukup untuk menampung operasinya, maka boleh dikatakan pihak tersebut tiada kemampuan bayar atau “insolvent” dan merupakan antara tanda-tanda akan muflis sekiranya “insolvency” berterusan.

Di samping itu, penyata aliran tunai perniagaan selalu digunakan oleh penganalisis untuk menilai prestasi kewangan sesebuah syarikat. Syarikat-syarikat yang mempunyai aliran tunai yang kuat mampu untuk melabur balik tunai (cash back) ke dalam perniagaan untuk menjana lebih tunai dan keuntungan.

Jemput juga baca artikel:

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.