Garis pasaran modal atau istilah bahasa Inggerisnya, “Capital Market Line (CML)” merujuk kepada satu garis yang digunakan di dalam model penentuan harga aset modal atau “Capital Asset Pricing Model (CAPM)” yang menunjukkan kadar-kadar pulangan untuk portfolio-portfolio yang baik, bergantung kepada kadar bebas risiko untuk pulangan tahap risiko iaitu sisihan piawai untuk portfolio tertentu.

Garis pasaran modal atau CML dibuat dengan melukis satu garis tangen (garis lurus) daripada satu titik pintasan (intercept) pada batas yang baik (efficient frontier) di mana pulangan yang dijangka menyamai kadar bebas risiko pulangan tersebut. CML dianggap lebih berkuasa daripada batas yang baik kerana ia mengambil kira pemasukan aset bebas risiko di dalam portfolio.

Model penentuan harga aset modal (CAPM) menunjukkan yang pasaran portfolio pada awalnya adalah batas yang baik.Perkara ini digambarkan secara visual oleh Garis Pasaran Sekuriti atau “Security Market Line (SML)”.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.