Dasar fiskal atau dalam bahasa Inggerisnya, “fiscal policy”, merujuk kepada penggunaan perbelanjaan kerajaan dan dasar-dasar cukai untuk mempengaruhi keadaan ekonomi, termasuk permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan, pekerjaan, inflasi dan pertumbuhan ekonomi.

Sebahagian besar Dasar Fiskal adalah berdasarkan kepada idea-idea daripada pakar ekonomi British, John Maynard Keynes (1883-1946), yang berpendapat bahawa pemerintah dapat menstabilkan kitaran perniagaan (business cycle) dan melaraskan pengeluaran (output) ekonomi dengan melaraskan perbelanjaan dan dasar-dasar cukai.

Teori-teori  beliau dikembangkan sebagai satu tindak balas kepada Kemelesetan Besar (Great Depression), yang menentang andaian-andaian ekonomi klasik bahawa perubahan ekonomi adalah sendiri membetulkan (self-correcting). Idea Keynes sangat berpengaruh sehingga membawa kepada Urusan Baru (New Deal) di Amerika Syarikat, yang melibatkan perbelanjaan besar-besaran untuk projek-projek kerja awam dan program-program kebajikan sosial.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.