Broker-Peniaga atau istilah asalnya “Broker-Dealer” merupakan seseorang atau sesebuah syarikat yang berada di dalam perniagaan membeli dan menjual sekuriti. Broker-Peniaga beroperasi sebagai seorang atau sebuah syarikat broker dan dalam masa yang sama sebagai peniaga. Ianya bergantung kepada transaksi yang sedang berlaku.

Secara teknikalnya, broker hanya merupakan ejen kepada transaksi yang melaksanakan pesanan bagi pihak pelanggan atau klien. Manakala peniaga pula bertindak sebagai primer atau ketua (principal) dan melakukan perdagangan sama ada membeli atau menjual untuk akaunnya sendiri. Oleh kerana kebanyakan broker bertindak sebagai broker dan “principal”, istilah broker-peniaga digunakan secara umum untuk menerangkannya.

Rujukan

Penulis: safwanrazali

safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.