Bon korporat merupakan sebuah sekuriti hutang yang diterbitkan oleh sesebuah perniagaan atau korporat dan dijual kepada para pelabur. Bon ini disokong dengan keupayaan syarikat untuk membayar faedah dan pokok (principal), yang mana biasanya datang daripada wang yang diperolehi melalui operasi-operasi syarikat di masa hadapan.

Dalam beberapa kes, aset-aset fizikal syarikat mungkin digunakan sebagai cagaran untuk bon-bon tersebut. Selain itu, bon-bon korporat mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding bon-bon kerajaan. Akibat daripada itu, kadar faedah kebiasaannya akan selalu lebih tinggi di dalam bon korporat, walaupun untuk syarikat-syarikat yang mempunyai kualiti kredit yang tinggi.

Bon-bon korporat diterbitkan dalam blok-blok $1,000 pada nilai tara atau nilai muka dan biasanya mempunyai struktur pembayaran kupon yang standard. Bon-bon korporat juga mungkin mengandungi syarat-syarat panggil (call provisions) untuk membolehkan pembayaran pendahuluan lebih awal sekiranya kadar biasa berubah.

Selain itu, bon-bon korporat iaitu pembiayaan hutang, termasuk juga saham dan pinjaman bank atau pinjaman-pinjaman lain, merupakan satu sumber utama modal perniagaan. Pada umumnya, syarikat harus mempamerkan potensi pendapatan yang konsisten untuk membolehkan mereka menawarkan sekuriti-sekuriti hutang kepada orang awam pada kadar kupon yang menguntungkan.

Semakin tinggi kualiti kredit sesebuah syarikat, semakin mudah untuk syarikat tersebut menerbitkan hutang pada kadar faedah lebih rendah dan juga menerbitkan amaun atau jumlah hutang yang lebih tinggi. Kebanyakan bon-bon korporat adalah boleh cukai (boleh dikenakan cukai) dan mempunyai tempoh kematangan lebih dari setahun. Hutang-hutang korporat yang matang kurang dari setahunn biasanya dipanggil kertas perdagangan (commercial paper).

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.