Bon sampah atau “junk bond” merupakan bon yang membawa risiko mungkir (default) yang lebih tinggi daripada kebanyakan bon yang diterbitkan oleh syarikat-syarikat dan kerajaan. Bon merupakan hutang atau janji untuk membayar pembayaran faedah kepada pelabur dan pulangan pokok (principal) yang dilaburkan sebagai pertukaran membeli bon.

Bon sampah menunjukkan bon yang diterbitkan oleh syarikat yang sedang bergelut dari segi kewangan dan mempunyai risiko yang tinggi untuk mungkir atau tidak membayar pembayaran faedah atau membayar semula pokok kepada pelabur.

Bon merupakan instrumen hutang pendapatan tetap yang syarikat dan kerajaan terbitkan untuk para pelabur bagi menambah modal. Apabila para pelabur membeli bon, mereka secara tidak lansung meminjamkan wang kepada penerbit bon yang berjanji akan membayar semula pada tarikh tertentu yang dipanggil tarikh matang. Pada waktu matang, pelabur akan dibayar jumlah pokok yang dilaburkan. Kebanyakan bon membayar para pelabur dengan kadar faedah tahunan semasa hayat bon itu, yang dipanggil kadar kupon.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.