Zaman kini semakin susah untuk orang mendapatkan kerja selepas tamat belajar. Jadi, ramai generasi muda yang mula berniaga secara online dan membuat perniagaan kecil-kecilan. Ia adalah satu langkah yang bagus dan dapat menjana duit dengan usaha sendiri.

Berniaga online juga boleh dibuat oleh mana-mana orang yang tidak boleh keluar rumah selalu atas sebab perlu menjaga ibu bapa yang sakit atau ada anak kecil di rumah. Ia dapat memudahkan urusan dengan berniaga di rumah. Hanya memerlukan 9 langkah sahaja untuk mulakan berniaga secara online.

Apakah langkah-langkah tersebut?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 9 langkah untuk mula berniaga dari rumah. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

9 Langkah untuk mula berniaga dari rumah

langkah berniaga dari rumah
Imej via Facebook

1. Perlu ada satu pemikiran yang buat bisnes bukan untuk buat duit geli-geli je. Tapi mulakan berbisnes dengan bermisi.

2. Daftarkan peniagaan ke SSM. Musim Covid ni, daftar online saja, lebih mudah. Klik sini >> https://ezbiz.ssm.com.my/.

3. Buka akaun semasa syarikat ke mana-mana bank pilihan anda. Mungkin Maybank, CIMB, RHB, Bank Rakyat, Bank Islam atau mana-mana lah. Apa yang diperlukan adalah :

i. Ambil borang dahulu di bank

ii.Sediakan sedikit wang deposit (nilainya bergantung pada bank)

iii. Cari pencadang (introducer) yang dah ada akaun semasa dari bank yang sama

vi. Sediakan cop rasmi yang ada nombor SSM syarikat

5. Daftar akaun hasil untuk isytihar tax. Ingat, perlu datang ke kaunter LHDN dulu bersama my kad untuk dapatkan nombor pin dahulu. Selepas tu baru boleh masuk ke akaun https://ez.hasil.gov.my/ untuk proses isytihar cukai (tax), selepas setahun berniaga.

6. Simpan rekod transaksi bisnes. Download saja dari laman web bank anda. Untuk apa? Ahh nanti saya terangkan pada point ke 8.

7. Mula merekod setiap duit keluar masuk. Ini wajib ! Supaya anda boleh kawal aliran duit keluar masuk bisnes, dan supaya bisnes boleh berkembang.

8. Selepas setahun, serahkan penyata bank setahun kita kepada mana-mana ajen tax. Mereka akan buatkan laporan penyata untung rugi (profit and loss) dan lain-lain dokumen yang diperlukan untuk masuk kedalam akaun ez hasil yang anda buat pada step ke 4.

9. Ingat.. Jaga akaun, duit keluar masuk dengan baik. Bagi gaji untuk diri sendiri supaya anda TAK ‘CURI’ duit bisnes sendiri.Akaun yang cantik akan memudahkan kita buat pinjaman bank untuk beli aset. Aset tu nanti kita boleh sewakan dan bina lagi banyak pendapatan melalui aset-aset yang lain.

*Berikut adalah 9 langkah untuk mula berniaga dari rumah. Jika kita mahu betul-betul mulakan perniagaan, kita perlu daftarkan perniagaan kita di SSM. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.