Tahukah anda berapa ramai pasangan yang baru berkahwin di luar sana yang memakai kereta mahal atas RM50,000 tetapi duit gaji hanya cukup-cukup makan sahaja untuk membayar kereta, rumah sewa, makan dan minum. Ia adalah situasi di mana tidak bagus untuk pasangan yang baru berkahwin kerana terlalu komitmen yang perlu difikirkan.

Selepas berkahwin banyak perkara yang perlu difikirkan lebih-lebih lagi tanggungjawab suami yang besar iaitu menjaga makan dan tempat tidur isteri. Isteri yang bekerja boleh membantu suami untuk mengurangkan beban tetapi masih suami perlu menjaga isteri dengan baik.

Tidak salah jika ingin menggembirakan hati isteri dengan membawa jalan-jalan menaiki kereta mewah tetapi perlu mengikut kemampuan diri. Jika gaji hanya RM3,000 sebulan ia tidak cukup untuk menampung komitmen-komitmen yang lain.

Jadi kereta apa yang sesuai dipakai dan tidak menggangu untuk membeli keperluan seharian pasangan suami isteri?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai ketahui kereta yang bersesuaian selepas berkahwin. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

Kereta bersesuaian selepas berkahwin

kereta selepas berkahwin
Imej via Facebook

Jika kita baru berkahwin dan perlukan kenderaan, saya ingin cadangkan;

1. Harga kereta bawah RM30,000 jika baru.

2.Beli kereta terpakai masih baik

3. Jika dapat belasan ribu beli dengan tunai.Memang tiada siapa mahu pakai bekas orang lain, tetapi demi kelangsungan hidup belajarlah berjimat cermat. Semakin mahal dan baru kereta kita, semakin lambat kita beli kediaman pertama.

*Pada awal perkahwinan, pakai dulu kereta yang ada dan masih elok untuk berjalan jauh. Dalam masa yang sama, kumpul duit untuk membeli kereta baru untuk masa yang akan datang selepas mempunyai anak. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.