Aliran tunai terdiskaun atau dalam bahasa Inggerisnya, “Discounted Cash Flow (DCF)”, merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan untuk menganggarkan daya tarikan sesuatu peluang pelaburan. Analisis DCF menggunakan unjuran aliran tunai bebas masa hadapan dan mendiskaunkannya, paling kerap dengan menggunakan purata wajaran kos modal, untuk mencapai nilai semasa, yang mana digunakan untuk menilai potensi pelaburan. Sekiranya nilai yang dicapai melalui analisis DCF adalah lebih tinggi daripada kos semasa pelaburan, peluang itu mungkin merupakan peluang yang baik.

Analisis DCF adalah berdasarkan pengiraan seperti dalam gambar di bawah;

Imej via retailsmart

Selain itu, terdapat banyak variasi dalam apa yang boleh digunakan untuk aliran tunai dan kadar diskaun dalam analisis DCF. Di sebalik pengiraannya yang rumit, tujuan analisis DCF hanyalah untuk menganggarkan wang yang seseorang itu akan terima daripada pelaburan, yang disesuaikan dengan nilai masa wang.

Walaupun model-model DCF merupakan satu kaedah yang berharga, namun model-model ini mempunyai kekurangan. DCF hanyalah satu kaedah penilaian mekanikal yang menjadikannya tertakluk kepada konsep GIGO, (garbage in, garbage out), iaitu satu konsep yang biasa untuk sains komputer dan matematik di mana kualiti ouput ditentukan oleh kualiti input. Oleh itu, perubahan kecil di dalam input boleh menyebabkan perubahan besar dalam nilai syarikat.

Oleh itu, daripada cuba untuk menjadikan aliran tunai kepada infiniti, pendekatan nilai terminal sering digunakan. Satu anuiti mudah digunakan untuk menganggarkan nilai terminal dalam tempoh 10 tahun, misalnya. Ini dilakukan kerana ianya lebih sukar untuk menganggarkan aliran tunai secara realistik seiring berjalannya masa.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.