Ikan yang bergigi tajam serta merupakan ‘Raja Lautan’ yang ganas tentunya adalah ikan jerung. Jerung biasanya bersaiz 13 kaki hingga 20 kaki dan menetap di kebanyakan laut dunia.

Namun pernahkah anda mendengar mengenai ikan jerung Megalodon? Ikan jerung Megalodon merupakan ikan jerung yang hidup suatu ketika dahulu semasa era zaman Miocene awal sehinggalah ke zaman Pliocene. Ia hidup kira-kira 23 juta hingga 3.6 juta tahun yang lalu.

Kenali Ikan Jerung Megalodon

Megalodon dahulunya dianggap sebagai ahli keluarga Lamnidae dan saudara rapat jerung putih yang besar (Carcharodon carcharias). Walau bagaimanapun, ia kini dikelaskan ke dalam keluarga yang pupus Otodontidae, yang bercabang dari Yu putih besar semasa Cretacatan awal.

Genetiknya masih lagi dibahaskan sama ada ia dalam kumpulan Carcharocles, Megaselachus, Otodus, ataupun Procarcharodon. 

Ini adalah kerana fosil peralihan telah dijumpai menunjukkan bahawa Megalodon adalah kronologi akhir keturunan jerung gergasi asalnya daripada genus Otodus yang berkembang semasa Paleocene.

Walaupun dianggap sebagai salah satu daripada pemangsa terbesar dan paling berkuasa yang pernah hidup, saintis mempunyai pendapat yang berbeza mengenai rupa asal Megalodon. Apa yang ditemukan hanyalah fosil giginya sahaja. Tanpa membuang masa, jom kita kenali 11 fakta mengenai ikan jerung Megalodon yang perlu anda tahu.

ikan jerung megalodon
Imej via [liputan6]

1. Megalodon Mempunyai Kira-kira 276 Gigi Dalam 5 Baris

Seperti jerung moden, ikan jerung Megalodon juga kerap mencabut gigi mereka. Ia mempunyai 5 baris gigi yang bertindak sebagai pengganti supaya gigi yang hilang boleh digantikan dengan cepat, mungkin dalam masa 24 jam hingga 48 jam.

2. Beberapa Kawasan Pembiakan Megalodon Telah Ditemui

Ikan jerung Megalodon melahirkan anak mereka dalam persekitaran air yang cetek. Beberapa kawasan pembiakan mereka yang disyaki telah dikenalpasti berdasarkan fosil gigi kecil Megalodon kira-kira 1 1/2 inci panjang.

Kawasan pembiakan yang disyaki ini termasuklah kawasan Lembah tengah Florida, Calvert Cliffs di Maryland dan lain-lain tempat lagi.

3. Megalodon Mempunyai Gigitan Yang Paling Kuat Daripada Mana-Mana Haiwan Yang Hidup Dimuka Bumi

Ikan jerung Megalodon dipercayai mempunyai gigitan yang paling kuat berbanding mana-mana haiwan yang lain. Model komputer menganggarkan gigitan ikan jerung Megalodon di antara 24,000 hingga 40,000 pound (10,900 hingga 18,100 kilogram).

Ianya adalah 6-10 kali ganda lebih kuat daripada jerung besar dan buaya moden. Dikatakan gigitan tersebut sangat kuat boleh menggigit ikan Paus kecil menjadi separuh bahagian.

4. Megalodon Mempunyai Kawasan Yang Luas Di Seluruh Dunia

Gigi fosil ikan jerung Megalodon telah dijumpai di seluruh dunia termasuklah Amerika Utara dan Selatan, Eropah, Afrika, serta Puerto Rico, Cuba, Jamaica, Kepulauan Canary, Australia, New Zealand, Jepun, Malta, Grenadines dan India.

Boleh dikatakan ikan jerung Megalodon tinggal di mana-mana lautan yang cukup panas dan sumber makanan yang mencukupi untuk hidup dengan selesa.

ikan jerung magelodon
Imej via [bertani]

5. Gigi Megalodon Adalah Fosil Yang Sangat Mahal

Gigi fosil ikan jerung Megalodon adalah fosil yang agak biasa dijumpai banyak kawasan lautan di dunia. Seperti jerung lain, Megalodon hilang gigi kerana ia berkembang, rosak ataupun patah.

Gigi mereka juga sangat kukuh. Walaupun fosil gigi ikan jerung Megalodon secara umumnya boleh menjadi agak biasa, fosil gigi yang besar atau elok sangat susah untuk dijumpai dan harganya sangat mahal.

6. Megalodon Memakan Ikan Paus Untuk Sarapan Pagi

Badannya yang besar jelas memerlukan sejumlah besar makanan dan dianggarkan ikan jerung Megalodon dewasa mungkin terpaksa mengambil lebih daripada satu tan makanan setiap hari untuk mengekalkan dietnya.

Bukti fosil menunjukkan bahawa banyak fosil tulang Paus telah ditemui dengan tanda gigitan besar yang sepadan dengan fosil gigi ikan jerung Megalodon. 

7. Megalodon Tidak Berkait Rapat Dengan Jerung Putih Besar

Bertentangan dengan kepercayaan popular, bukti fosil menunjukkan bahawa ikan jerung Megalodon tidak sebenarnya berkait rapat dengan jerung putih besar.

Apabila Megalodon pertama kali dihuraikan berdasarkan gigi fosil pada tahun 1843, ia dimasukkan ke dalam genus yang sama sebagai jerung putih besar, Carcharodon.

Kedua-dua mereka mempunyai gigi yang besar, serpihan dan pemangsa di laut masa mereka. Jadi mereka mesti berkaitan, kan?  Namun, andaian tersebut adalah salah.

Penemuan fosil baru telah mengisi jurang dalam rekod fosil, Megalodon mungkin mewakili titik akhir dalam ospesies, atau satu baris evolusi yang boleh dikesan kembali hampir 60,000,000 tahun kepada jerung Otodus.

ikan jerung megalodon
Imej via [eksisozluk]

Pada masa yang sama kajian telah menunjukkan bahawa jerung Mako dan Yu putih yang besar dan berkaitan rapat dengan gen Megalodon. 

Fosil menunjukkan bahawa mereka mungkin berubah dari Mako gigi luas yang pupus (Isurus hastalis), kira-kira 5,000,000 tahun yang lalu.

Jadi, media sering mengeluarkan kenyataan bahawa Megalodon dan jerung putih besar adalah berkait rapat, namun ianya tidak sepadan dengan bukti fosil atau pandangan konsensus di kalangan penyelidik.

8. Gigi Megalodon Boleh Mencapai Saiz Lebih 7 Inci

Walaupun kebanyakan gigi ikan jerung Megalodon dewasa sebesar 4 hinnga 5 inci julat saiz, beberapa fosil gigi lain telah dijumpai melebihi 7 inci.

Fosil gigi ikan jerung Megalodon yang disahkan terbesar adalah 7.48 inci yang ditemui berhampiran Ocucaje, Peru.

ikan jerung megalodon
Imej via [iluminasi]

9. Megalodon Adalah Pemangsa Terbesar Yang Pernah Hidup

Mencapai panjang sehingga 60 hingga 70 kaki dan dianggarkan berat maksimum lebih daripada 60 Tan, ikan jerung Megalodon adalah pemangsa terbesar dikenali dalam sejarah bumi.

Paus biru mungkin dikatakan agak besar, tetapi mungkin tidak sebesar Megalodon. Untuk membandingkan saiz ini, jerung putih besar moden yang terbesar di sekitar 23 kaki dan seberat 3 1/2 tan.

Megalodon pula adalah 3 kali ganda panjang, dan 20 kali lebih berat daripada jerung putih besar.

10. Megalodon Memakan Kesemua Benda Hidup Di Dalam Laut

Ikan jerung Megalodon dikatakan memakan kesemua benda hidup di dalam laut. Daripada haiwan kecil sehinggalah haiwan besar.  Apabila datang sahaja ikan ini, semuanya akan menjadi makanannya.

11. Megalodon Berupaya Berenang Dengan Sangat Pantas

Tahukah anda, ikan jerung adalah perenang yang pantas? Namun perlu kita ketahui bahawa ikan jerung Megalodon adalah lebih pantas dari jerung yang kita kenali sekarang.

Cuba bayangkan sekiranya ia hidup pada zaman kita, pasti para nelayan menjadi makanan ikan jerung Megalodon? Faktanya adalah kepantasan ikan ini berenang tidak dapat dikawal oleh sesiapa lagi, kita semua pasti menjadi mangsa.

ikan jerung megalodon
Imej via [thepatriots]

Kesimpulannya, ikan jerung Megalodon pupus adalah disebabkan faktor kesejukan melampau semasa zaman ais suatu ketika dahulu. Jika mengikut Al-Quran, sebelum diturunkan Nabi Adam dan Hawa ke bumi, Allah S.W.T. telah menyesuaikan haiwan-haiwan di muka bumi mengikut saiz manusia.

Cuba bayangkan sekiranya Megalodon tidak pupus, mesti kita semua dimakan olehnya ketika berada di laut, betul kan? Jom baca juga biodata dr sheikh muszaphar shukor, renovate bilik air, halau lipas dalam kereta dan skim cepat kaya.

Rujukan

  1. 10 killer Megalodon Facts https://www.fossilera.com/pages/megalodon
  2. 40 Suprising Megalodon Facts https://www.seriousfacts.com/megalodon-facts/
  3. 11 fakta mengenai megalodon, shark prasejarah giant https://www.greelane.com/ms/sains-teknikal-matematik/animals–nature/megalodon-dinosaur-pictures-4122983/
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.