Nak rumah cantik, bilik air pun kena cantik! Tetamu kalau berkunjung ke rumah dan perlu guna bilik air, terpaksa juga kita izinkan masuk walaupun bilik air tak cantik.

Pentingnya untuk kita lakukan renovation bilik air dengan cara yang betul supaya tidak terlari bajet dan tidak terkurang. Terdapat beberapa tips yang perlu kita ikuti untuk memastikan proses renovate bilik air berjalan lancar.

Jom lihat satu per satu.

1. Buat Perangkaan Barang Dalam Bilik Air

renovate bilik air
Imej via [pinterest]

Rangka terlebih dahulu apa yang perlu ada dalam bilik air anda. Antaranya adalah seperti sinki, tandas, paip air, tempat letak sabun dan sebagainya.

Ketahui bajet setiap barang yang diperlukan, berbincang dengan kontraktor untuk setiap susun atur yang anda mahukan. Pastikan ia sesuai dengan ruang bilik air anda.

2. Cut cost Bajet Barang Diperlukan

renovate bilik air
Imej via [ohbulan]

Sebenarnya, anda tak perlu serahkan kepada kontraktor 100% untuk renovate bilik air anda dari A to Z. Untuk lebih jimat kos pada barang yang diperlukan dalam bilik air, anda boleh membeli sendiri barang-barang tersebut.

Jangan terkejut kerana barang-barang ini sangat murah boleh anda dapati di kedai DIY, kedai Eco RM 2, kedai hardware dan lain-lain lagi.

3. Cari Dan Pilih Tiles Yang Sesuai

renovate bilik air
Imej via [pinterest]

Tiles atau lantai bilik air wajib ditukar jika anda nak bilik air betul-betul cantik dan transform. Maklumlah yang lama haruslah ditukar kepada yang baru.

Nak cari tiles atau lantai yang sesuai, bolehlah ke kedai barang binaan rumah, ada sebenarnya. Kos barang-barang sangat murah pula tu, lebih jimat dari kontraktor yang belikan untuk anda.

Anda boleh upah kontraktor untuk pasang tiles yang telah dibeli. Namun perlu juga anda dapatkan pendapat dari mereka yang berpengalaman sebelum membeli tiles yang anda minat.

4. Tiles Dinding Bilik Air

renovate bilik air
Imej via [pinterest]

Bukan sahaja lantai yang harus kita titik beratkan, dinding bilik air juga penting untuk kita cantikkan bilik air. Renovate bilik air yang boleh dilakukan juga adalah dari segi tiles dinding.

Sepadankan dengan tiles lantai jika perlu, jika tidak sesuai, carilah tiles yang mempunyai kombinasi warna dan corak yang sesuai!

5. Ketahui Ketinggian Yang Tepat Untuk Sinki

renovate bilik air
Imej via [pinterest]

Pastikan kontraktor sedia tahu ketinggian yang tepat untuk sinki. Mereka tahu buat kerja mereka tetapi menjadi tanggungjawab anda juga untuk bertanya.

Kontraktor yang bagus akan mendapatkan kepastian anda dalam memudahkan urusan menghasilkan ketingggian yang tepat buat bilik air anda. Begitu juga dengan table top dalam dapur anda.

6. Lampu Bilik Air

renovate bilik air
Imej via [pinterest]

Renovate bilik air dari segi lampu sangatlah mudah, tak perlu keluarkan kos ribu riban pun. Anda boleh buat lampu diy atau beli lampu yang berkualiti dan cantik yang murah.

7. Kolam Bilik Air Berdasarkan Saiz

renovate bilik air
Imej via [facebook]

Ramai yang memilih untuk ada kolam bilik air di dalam bilik air rumah masing-masing. Pentingnya kolam bilik air ini untuk memudahkan persediaan sekiranya berlaku masalah tiada air.

Tiada masalah untuk membina kolam bilik air, tetapi kolam tersebut haruslah berdasarkan saiz dan ruang bilik air anda. Biarlah nampak tersusun rapi dan tidak terlalu padat.

8. Jangan Lupa Transisi Lantai

renovate bilik air
Imej via [facebook]

Pastikan transisi lantai bilik air berpadanan dengan lantai luar bilik air. Proses pemasangan lantai bilik air juga akan berkait rapat dengan lantai di luar bilik air. Saiz dan ruang tersebut perlulah sepadan dengan keadaannya.

9. Aksesori Dalam Bilik Air

renovate bilik air
Imej via [pinterest]

Bukan sahaja ruang tamu perlu ada aksesori untuk cantikkan ruang, tetapi bilik air pun penting untuk anda letakkan aksesori. Semuanya kerana barang-barang dalam bilik air akan mencacatkan pandangan sekiranya tidak dikemas dengan betul.

Sambil-sambil renovate bilik air, letakkan cermin, pokok bunga kecil di sinki ataupun aksesori lain sebagai kemudahan dalam bilik air anda. Selain banyak kegunaannya, ia juga akan menjadikan bilik air anda cantik sentiasa.

10. Pilih Air Pancut Yang Sesuai

renovate bilik air
Imej via [pinterest]

Dengan faktor ruang dan kos, pilihlah jenis air pancut mandian yang sesuai untuk bilik air anda. Anda boleh minta pendapat mereka yang renovate bilik air anda, pasti mereka akan sarankan untuk menggunakan jenis-jenis air pancut yang tertentu.

Sebagai contoh, air pancut saiz 4 segi sesuai untuk bilik air besar manakala jika bilik air kecil dan ingin gunakan air pancut besar, susun atur penting sekali. Jangan buat air pancut berdekatan dengan tempat letak tuala mandi pula!

11. Pilihan Warna Bilik Air Yang Bersesuaian

renovate bilik air
Imej via [pinterest]

Warna bilik air juga adalah elemen penting kerana ia boleh membangkitkan mood dan emosi kita. Kalau bangun pagi terus mandi, pastinya warna bilik air akan pengaruhi tindakan kita.

Kalau bilik air terlalu gelap, pasti kita akan mudah mengantuk setiap kali masuk ke bilik air bukan? Lagipun agak sukar untuk memastikan tiada kotoran jika warnanya sama macam warna kotoran. Oleh itu, pilihlah warna yang mudah lihat dan sesuai dengan emosi kita.

Berikut adalah tips renovate bilik air boleh anda ikuti satu per satu. Banyak perkara yang harus kita kenal pasti sebelum menyerahkan bilik air rumah kepada pihak konraktor untuk renovate.

Jom baca juga renovate bilik tidur, renovate rumah kos rendah, idea renovation rumah dan idea renovation dapur.

Rujukan:

  1. Idea deko bilik air simple tapi dah macam bilik air hotel http://hias.my/idea-deko-bilik-air-simple-tapi-dah-macam-bilik-air-hotel/
  2. nak makeover bilik air. Ini 7 perkara wajib anda tahu. https://www.impiana.my/nak-makeover-bilik-air-ini-7-perkara-yang-anda-wajib-tahu/

Penulis: rinazul

rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.