Ramai yang belum mengenali jenis ikan yang termahal di Malaysia ini, namun nama Ikan Kelah adalah salah satu namanya selain digelar Ikan Empurau.
Ikan empurau dikatakan ikan yang paling mahal dan susah ditemui di Malaysia sehingga ia telah dijual dalam kadar RM1800 untuk sekilo.
Dengan isinya yang amat enak, sedap dan kenyal, tidak hairanlah kenapa ia amat disukai ramai orang. Sesuai dengan harganya, kualiti dan teksturnya pastinya tidak mengecewakan.
Rasa ikan empurau adalah sedikit manis, berlemak dan boleh dikatakan enak, sesuai dengan citarasa tekak bagi yang gemar makan ikan.
Isinya juga kaya dengan nutrisi dan zat, namun ia sedikit berbeza bergantung kepada jenis ikan yang diternak ataupun yang liar susah ditemui.
Tahukah anda, ikan empurau terlalu mahal ini menyebabkan ramai masyarakat dan para nelayan yang akan menjual ikan ini berbanding menjamu selera menikmatinya.
Jika tidak dijual, kemungkinan pendapatan turut terjejas kerana ikan ini seringkali digunakan bagi mengaut keuntungan apatah lagi dalam keadaan sukar memperoleh hasil tangkapan. Ikan empurau ini juga digelar dengan nama ‘Raja Sungai’.
Ikan empurau juga dikenali dengan nama ikan kelah atau belian. Nama saintifiknya pula adalah Tor Tambroides. Ia sering ditemui di kawasan Asia Tenggara seperti di Sungai Mekong dan Sungai Chao Phraya.
Pemakanan ikan empurau ini juga amat berbeza dengan jenis ikan lain. Ikan empurau liar akan makan pelbagai buah yang gugur dari pokok, oleh itu isinya terasa agak manis, sedap dan enak. Menarik bukan?
Dari segi rupanya, ia agak cantik dan kelihatan elok berbanding dengan ikan jenis lain. Ikan empurau kelihatan berkilauan, maka tidak hairanlah ramai yang mencari ikan empurau untuk dijadikan sebagai ikan hiasan yang turut dilihat sebagai simbol kekayaan seseorang.
Ikan empurau juga dikatakan sebagai salah satu spesis terancam atau hampir pupus dimana ia sangat sukar ditemui. Ia juga merupakan jenis ikan yang mempunyai masalah pembiakan yang sangat lambat.
Menurut kajian, harga semasa ikan ini sering meningkat berikutan reputasi serta kesukaran mencari ikan empurau. Malah, terdapat beberapa masalah seperti ikan empurau kehilangan habitat akibat aktiviti pembalakan yang berterusan.
Untung sangat jika menemui ikan jenis ini, namun lebih untung lagi jika dijual kepada pembeli ikan. Menjadikan ikan ini sebagai santapan sama sekali tidak membawa keuntungan atau profit bagi para nelayan. Mereka lebih memilih untuk buat duit dengan ikan empurau.
Bagi dijadikan santapan, ikan empurau yang lebih matang dan dewasa akan dipilih dan diutamakan. Anak ikan empurau selalunya akan dibiarkan menjadi matang terlebih dahulu untuk mendapatkan isi dan rasa yang sedap.
Hal ini kerana ikan empurau yang masih kecil mempunyai kandungan lemak yang tinggi dan lebih lembut isinya berbanding dengan ikan yang besar. Tekstur ikan empurau yang besar lebih kenyal dan sedap dimakan.
Harga ikan empurau bukan sahaja mahal, tetapi ia berubah-ubah mengikut usia dan berat ikan tersebut. Mengikut harga pasaran dunia, harga ikan empurau 1 kilogram adalah sekitar USD 300 sehingga 500.
Walaupun ia sangat mahal, namun sesetengah pihak yang ingin besarkan pengaruh, pastinya mereka tidak berkira-kira untuk menyajikan hidangan masakan ikan ini.
Terdapat beberapa jenis ikan empurau yang dikenali ramai iaitu ikan empurau merah yang mempunyai isi bewarna merah dan juga kan empurau putih.
Masing-masing menawarkan rasa yang cukup sedap dan enak tetapi harganya bergantung kepada berat ikan tersebut. Ikan yang lebih berat seperti 3kg menjadi pilihan ramai kerana isinya sangat padat dan kenyal.
Untuk pengetahuan anda, pada Mac 2016, ikan empurau seberat 7.9 kg telah berjaya dijual dengan harga RM 7,900 manakala ikan empurau seberat 27kg pula berjaya dijual dengan harga RM 15,000 pada tahun sebelumnya.
Tidak semua tempat menawarkan harga yang sama tetapi ia dalam lingkungan kadar tersebut. Harga biasa bagi ikan empurau adalah seperti berikut:
Jangan terkejut kenapa harga ikan empurau terlalu mahal. Terdapat banyak sebab mengapa harganya mencecah ratusan ringgit di seluruh dunia. Ia sedikit berbeza dengan ikan empurau yang diternak jauh lebih rendah harganya berbanding ikan empurau liar.
Tidak ada ikan lain yang dapat menandingi kesedapan ikan empurau, namun harganya yang tinggi ini membuatkan ramai nelayan atau orang yang memiliki ikan ini lebih memilih untuk menjualnya berbanding makan sendiri. Anda pula bagaimana?
Kalau dah nama rezeki, pasti akan berpeluang merasa juga ikan empuray yang termahal di Malaysia ini. Jom baca juga idea hadiah untuk ibu, jenis ular di Malaysia, biodata Dato Alha Alfa dan sekolah terbaik di Malaysia. Semoga bermanfaat buat semua.