Siapa tak kenal Azran Osman Rani? Bekas CEO Air Asia X, Iflix dan pengasas Naluri Kecil. Seorang anak melayu yang berjaya menaikkan dirinya dengan berusaha tanpa kenal penat-lelah dan cekal dalam mengharungi segala dugaan dalam bidang perniagaan. Hari ini kami akan kongsikan kisah di sebalik kejayaan beliau. Semoga menjadi inspirasi untuk kita semua.

1. Kelayakan

Beliau yang mempunyai kelayakan Sarjana dalam Sains Pengurusan dan Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Elektrik merupakan Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan untuk Astro All Asia Networks PLC sebelum dilantik ke jawatan sekarang.

2. Subjek kegemaran

Subjek kegemaran beliau semasa di sekolah ialah mata pelajar Fizik.

3. Idola

Tiga anak lelaki beliau merupakan idolanya. Ini kerana ketiga-tiga anak lelaki beliau adalah pencapaian terbesar dalam hidup beliau dan beliau melihat mereka sebagai lambang potensi tanpa had, rasa ingin tahu yang kuat, dan cinta tanpa syarat.

4. Fobia dengan air yang dalam

Beliau pernah menjalani terapi hipnosis untuk mengatasi rasa takut terhadap air dalam. Fobia dan ketakutan yang teramat yang beliau rasai adalah berpunca daripada pengalaman hampir lemas pada satu masa dahulu.  Hari ini beliau adalah peserta bagi acara Ironman triathlon yang mana salah satu daripada aktiviti yang terlibat ialah berenang di lautan sejauh 3.8km.

5. Makanan kegemaran: makanan ringan

Beliau sangat sukakan makanan ringan dan akan makan dengan lebih banyak semasa berada dalam keadaan tertekan. Makanan ringan yang paling beliau gemari ialah aiskrim.

6. Mempunyai rutin harian yang tetap

Setiap hari beliau akan bangun seawall jam 5 pagi dan perkara pertama yang akan dilakukan ialah minum air.

7. Buku kegemaran

Beliau adalah seorang yang suka membaca dan di antara semua buku tersebut, berikut adalah 3 buku yang menjadi kegemaran beliau:

  • The Indispensible Calvin and Hobbes, Bill Watterson
  • Asterix and Cleopatra, Goscinny dan Uderzo
  • Manual of The Warrior of Light, Paolo Coelho

8. Perkara terbaik dalam kerjaya

Pada beliau, perkara terbaik dalam kerjayanya ialah apabila melihat orang ramai mampu terbang ke destinasi jauh untuk pertama kalinya dalam hidup mereka. Jika sebelum ini tak ramai yang mampu terbang jauh dan bercuti untuk mencipta memori bersama yang tersayang, kini ramai yang mampu terbang dengan harga murah.

9. Perkara terburuk dalam kerjaya

Sementara itu perkara paling buruk dalam kerjaya beliau adalah apabila terpaksa berurusan dengan mereka yang ingin melihat beliau gagal dan sengaja berusaha untuk menggagalkan beliau.

Sumber: Techniasia

10. Cara untuk mengendalikan orang yang sukar

Beliau berpegang kepada prinsip bahawa situasi berbeza memerlukan pendekatan yang berbeza. Tidak ada istilah pendekatan yang sama untuk semua masalah dan keadaan. Begitu juga apabila mengendalikan manusia yang sukar, setiap individu memerlukan pendekatan yang tersendiri bergantung kepada personality dan tahap kesukaran setiap orang.

11. Cara untuk sentiasa bermotivasi tinggi

Setiap kali motivasi diri menurun, beliau akan mengenang semula pengalaman Ironman triathlon beliau yang pertama dengan member fokus kepada segala yang bermain dalam fikiran beliau pada jam-jam yang terakhir. Pada saat itu minda beliau berada dalam keadaan yang paling teruk dan gelap, namun beliau berjaya mengatasinya dan mengahabiskan triathlon tersebut dengan  melepasi garisan penamat di bawah sasaran masa 13 jam.

12. Kegagalan paling besar dalam hidup

Bagi baliau kegagalan paling besar dalam hidupnya adalah apabila terpaksa menutup perniagaan dan membuang beratus-ratus pekerja yang baru diambil bekerja walaupun dalam masa tersebut perniagaan sedang berkembang pesat dengan potensi yang hebat semata-mata disebabkan oleh pertikaian yang tidak dapat diselesaikan di kalangan pemegang saham.

13. Nasihat untuk anak muda

Berikut adalah beberapa nasihat dari Azran Osman Rani buat anak muda yang baru mengorak langkah dalam hidup:

  • Kejar cabaran hidup, bukannya harta benda atau kelayakan. Apabila kita berjaya mengatasi cabaran, secara automatik kita akan mempunyai harta-benda dan kelayakan. Anak muda hari ini rata-rata terlalu mengejar kekayaan sehingga terlupa tentang perkara lain yang lebih penting dalam hidup. Anak muda zaman kini juga terlalu obsess dengan kelayakan sehingga terlupa bahawa kelayakan bukan jaminan bagi sebuah kejayaan.
  • Jangan takut untuk melabur masa dan tenaga untuk membina sedikit persahabatan yang mendalam dan bukannya membina sejumlah besar kenalan. Utamakan kualiti dan bukannya kuantiti. Kawan yang ramai tidak sama dengan kawan yang sedikit namun berkualiti. Biarlah kita tak punyai ramai kenalan namun kenalan yang ada sanggup bersama kita saat susah dan senang, dan sentiasa ada di sisi tanpa mengharapkan sebarang balasan atau mengharapkan sesuatu dari kita.
  • Jangan mempunyai matlamat jangka panjang kerana ia akan mengecilkan dan menghadkan pilihan dan perspektif kita. Sebaliknya fokus kepada matlamat jangka pendek yang lebih realistik dan mudah untuk dijayakan. Terutamanya bagi anak muda yang baru nak memulakan hidup sendiri. Fokus kepada matlamat janga pendek seperti bila akan mempunyai rumah sendiri, sebelum umur berapa perlu berkahwin, dan target gaji bulanan sebelum mencecah umur 30 tahun contohnya.
Sumber: Timeauction

Itulah dia info  tentang Azran Osman Rani: bekas CEO Air Asia X, Iflix dan pengasas Naluri Kecil yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang kisah jutawan Malaysia dan kisah usahawan berjaya

Rujukan:

1. The Vocket

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.