Indeks Perindustrian Dow Jones atau dalam bahasa Inggerisnya, “Dow Jones Industrial Average (DJIA)”, merupakan satu indeks yang menjejaki 30 buah syarikat besar dan berpemilikan umum yang berdagang di pasaran saham New York (New York Stock Exchange / NYSE) dan NASDAQ. Indeks ini dinamakan dengan Dow Jones bersempena dengan nama Charles Dow, individu yang mencipta indeks ini serta rakan perniagaan Dow, Edward Jones.

Indeks ini lebih dikenali sebagai “the Dow”. DJIA merupakan satu indeks tertua dan indeks tunggal yang sering dilihat di dunia. Bagi para pelabur, DJIA boleh dikatakan sebagai satu himpunan syarikat-syarikat cip biru (blue chip companies) yang mempunyai pendapatan stabil yang konsisten. Syarikat-syarikat yang dimaksudkan adalah termasuk syarikat Walt Disney Company dan Micorsoft Corporation.

Jemput juga baca artikel dollar cost averaging dan saham blue chip

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.