Ekonomi skala atau istilah bahasa Inggerisnya, “economies of scale”, merujuk kepada peningkatan dalam kecekapan pengeluaran di mana jumlah barangan yang dihasilkan bertambah. Kebiasaannya, sesebuah syarikat yang mencapai ekonomi skala menurunkan kos purata seunit dengan meningkatkan pengeluarkan (output), yang mana menyebarkan kos tetap ke atas jumlah barangan yang dihasilkan.

Terdapat dua jenis ekonomi skala iaitu;

  1. Ekonomi luaran –
    Ekonomi luaran merujuk kepada kos seunit bergantung kepada saiz industri, bukannya kepada saiz syarikat.
  2. Ekonomi dalaman –
    Ekonomi dalaman pula merujuk kepada kos seunit bergantung kepada saiz syarikat itu sendiri.

Selain daripada itu, ekonomi skala memberikan syarikat-syarikat besar akses kepada pasaran yang lebih luas dengan membolehkan mereka untuk beroperasi dengan jangkauan geografi yang lebih luas.

Walau bagaimanapun, untuk syarikat yang lebih tradisional, iaitu syarikat-syarikat bersaiz kecil hingga sederhana, saiz sememangnya had. Selepas satu ketika, peningkatan saiz atau pengeluaran (output), sebenarnya akan menyebabkan peningkatan dalam kos pengeluaran. Kes sebgini dipanggil disekonomi skala (diseconomies of scale).

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.