Accounts Receivable (AR) ataupun di dalam Bahasa Malaysia, Akaun Penghutang atau Akaun Belum Terima merupakan hutang atau wang yang belum dibayar oleh pelanggan sama ada individu ataupun syarikat kepada vendor sebagai pertukaran untuk barangan atau perkhidmatan yang diberikan.

Penghutang kebiasaanya adalah dalam bentuk lines of credit** (LOC) dan biasanya juga akan tamat dalam tempoh yang agak singkat iaitu dari beberapa hari hingga setahun. Di dalam lejar perakaunan atau kunci kira-kira, Akaun Penghutang (AR) biasanya direkodkan atau dicatatkan sebagai aset kerana ia mewakili tunai atau hutang yang belum dibayar oleh pelanggan secara sah.

** Lines of Credit (LOC) merupakan had peminjaman pra-tetap yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Peminjam boleh menggunakan wang sebagaimana yang diperlukan sehingga mencapai had. Apabila wang telah dibayar balik, peminjam boleh meminjam semula dalam kes LOC terbuka.

Penerangan Akaun Penghutang (AR)

Apabila syarikat mempunyai penghutang, ini menunjukkan bahawa syarikat telah membuat jualan tetapi belum menerima wang daripada pembeli itu lagi. Kebanyakkan syarikat beroperasi menggunakan kaedah ini. Kaedah ini membolehkan pelanggan mengelakkan daripada mengalami kerumitan dalam membuat bayaran secara tunai bagi setiap transaksi atau urusan jualbeli. Dalam erti kata lain, syarikat berkenaan menerima IOU** untuk barangan dan perkhidmatan yang diberikan.

**IOU atau resit hutang adalah notis tidak rasmi yang ditandatangani oleh pemiutang dan penghutang untuk hutang yang belum dibayar. Kadang-kala ia disebabkan oleh pembayaran separa dan baki tertunggak.

AR bukan hanya dimiliki oleh syarikat, malah individu juga turut mempunyai AR di mana sebagai contoh dalam bentuk cek gaji bulanan atau dua minggu sekali. Cek tersebut merupakan IOU syarikat terhadap individu ke atas perkhidmatan atau kerja yang diberikan.

Perbezaan Akaun Penghutang (AR) Dan Akaun Pemiutang (AP)

Pada dasarnya, akaun penghutang atau accounts receivable (AR) dan akaun pemiutang atau accounts payable (AP) adalah berbeza. AP adalah wang atau hutang syarikat kepada pembekal atau pemiutang, manakala AR merupakan wang atau hutang yang belum diterima oleh syarikat atau belum dibayar oleh pelanggan. Apabila syarikat melakukan transaksi secara kredit dengan pihak lain, ianya akan direkodkan di dalam AP pada lejar perakaunan sementara rekod lain akan dimasukkan ke dalam bahagian AR.

Jemput baca:

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.