Siapa yang tak impikan rumah yang cantik? Apatah lagi ruang tamu yang cukup memukau semua tetamu yang datang. Deko ruang tamu merupakan perkara penting untuk kita lakukan bagi memastikan ruang tamu rumah sentiasa kemas, bersih dan sedap mata memandang.

Ramai orang mula buat deko ruang tamu apabila hari raya bakal menjelma. Katanya susah nak deko yang betul-betul cantik. Sebenarnya tak susah, mudah sahaja dan cantik pula idea deko ruang tamu yang kita boleh buat.

Cuma ia harus dilihat dari setiap sudut dan ruang tamu rumah kita. Dari segi konsep dan tema, kita boleh padankan dengan setiap perabot yang kita letakkan. Jom lihat antara idea deko ruang tamu yang cantik sangat boleh kita buat.

1. Jenis, Warna Dan Corak Karpet

deko ruang tamu
Imej via [mstar]

Jenis karpet merupakan perkara penting dalam mendapatkan idea deko ruang tamu. Warna dan corak karpet akan menaikkan seri dan kecantikan ruang tamu sekiranya ia bersesuaian dengan warna cat ruang tamu rumah anda.

Survey dan dapatkan bayangan dahulu bagaimana corak, warna dan jenis karpet ruang tamu yang sesuai bagi pilihan anda.

2. Susunan Perabot Yang Bagus

deko ruang tamu
Imej via [azlanrumadi]

Susunan perabot yang bagus merupakan asas dalam deko ruang tamu. Buang segala barang yang tidak diperlukan di ruang tamu anda supaya ia lebih kemas dan ringkas.

Berdasarkan ruang dan keluasan, susun perabot mengikut kesesuaian. Jika boleh, elakkan meletak barang yang tidak penting di ruang tamu. Simpan sahaja barang yang tak diperlukan di bilik stor.

3. Lampu Yang Sesuai

deco ruang tamu
Imej via [pinterest]

Lampu ruang tamu boleh disesuaikan dengan jenis siling serta keluasan ruang tamu anda. Paling penting adalah pencahayaan sudut bahagian depan kerana ia adalah satu-satunya lampu yang akan anda gunakan pada malam hari.

Nak deko ruang tamu cantik-cantik, lampu yang cantik juga merupakan faktornya.

4. Kipas Ruang Tamu

Imej via [dekoruma]

Kipas ruang tamu yang berstyle juga merupakan elemen yang perlu ada dalam proses deko ruang tamu. Terdapat pelbagai jenis kipas ruang tamu boleh anda pilih. Dengan bentuk dan ciri-ciri yang unik, pasti ia akan menyerikan lagi ruang tamu anda.

5. Pilihan Jenis Sofa

deko ruang tamu
Imej via [desainrumahid]

Deko ruang tamu dengan sofa yang cantik dan sepadan dengan saiz ruang tamu anda. Terdapat banyak jenis pilihan sofa dalam pasaran. Jika sesuai gunakan sofa berbentuk L, pilihlah mengikut warna tema yang anda inginkan.

6. Hiasan Pokok Bunga

deko ruang tamu
Imej via [smallkitchen]

Antara idea deko ruang tamu yang boleh kita masukkan juga adalah hiasan pokok bunga. Sama ada bunga hidup atau bunga hiasan, tiada masalah tetapi haruslah diletakkan di tempat yang betul dan sesuai.

Jenis pokok bunga yang sesuai diletakkan adalah pokok bunga kecil atas meja dan juga pokok dedaun sebagai hiasan dalam pasu sebelah almari tv. Namun, ia bergantung kepada susunan perabot dalam ruang tamu anda juga.

7. Rungan Cermin Ruang Tamu

deko ruang tamu
imej via [architectaria]

Salah satu aksesori untuk deko ruang tamu adalah cermin. Pertama sekali, pilih jenis cermin yang anda minat dan sesuai untuk diletakkan di ruang tamu.

Pilih ruangan yang ingin anda letakkan di ruang tamu anda. Pastikan cermin diletakkan dalam posisi yang betul, tepat dan mudah untuk anda melihatnya.

8. Hiasan Karya Seni

deco ruang tamu
Imej via [seon]

Hiasan karya seni seperti gambar, lukisan dan lain-lain seni merupakan elemen penting dalam deko ruang tamu. Selain menambah seri ruang tamu anda, ia juga dapat menjadikan ruang tamu anda lebih moden dan hipster.

Tambahkan juga buku, majalah atau apa-apa barang sekiranya ada, boleh disusun diruang barang yang anda sediakan di ruang tamu.

9. Pilihan Langsir

deko ruang tamu
Imej via [314167]

Jangan lupa, warna langsir juga sangat penting dalam mencantikkan ruang tamu. Ia boleh dipadankan dengan tema yang anda mahukan.

Terdapat banyak juga jenis langsir pastinya menjadi pilihan anda. Jahitan langsir yang kreatif juga amat menarik dan menjadikan deko ruang tamu anda semakin cantik.

10. Kabinet TV Pilihan

deko ruang tamu
Imej via [indonesian]

Jika ruang tamu kecil, gunakan kabinet tv dinding yang tidak perlu tapak, tetapi boleh dipasang di dinding. Banyak kabinet tv sebegitu yang dijual di Shopee atau Lazada boleh anda pilih.

Sekiranya ruang tamu anda sangat luas, tidak ada masalah untuk menggunakan kabinet tv yang besar.

11. Meja Kopi

deko ruang tamu
Imej via [rumah]

Jangan fikir meja tak penting kalau sudah ada sofa! Ia sangat penting kerana anda perlu padankan meja dengan sofa anda. Meja seperti kayu juga sangat cantik jika digunakan, pasti akan sesuai berdasarkan konsep anda.

Ada juga meja yang mempunyai rak atau laci membolehkan anda untuk menyimpan barang. Ada juga meja yang bulat bersaiz kecil khas untuk minum kopi sahaja.

12. Susun Atur Bantal

deko ruang tamu
Imej via [riihanz]

Susun atur bantal juga penting untuk deko ruang tamu menjadi lebih sempurna. Ia akan kelihatan lebih selesa bagi tetamu yang duduk di sofa anda. Pemilihan jenis, corak dan warna bantal juga perlu dititikberatkan.

Itulah dia perkara yang boleh anda tambah baik untuk deko ruang tamu rumah anda. Ruang tamu sangat cantik jika anda pandai susun atur, cari barang yang bagus dan matchingkan warnanya.

Jom baca juga halau lipas dalam kereta, renovate bilik air, renovate bilik tidur dan renovate rumah kos rendah.

Rujukan:

  1. Teknik deko rumah di ruang tamu seperti pakar. https://www.wanisukarno.com/2020/02/teknik-deko-rumah-di-ruang-tamu-seperti-pakar.html
  2. Dekorasi hotel https://www.mstar.com.my/xpose/isuke/2019/01/07/dekorasi-hotel
  3. Tips memilih dekorasi ruang tamu yang sesuai untuk rumah anda https://www.propertyguru.com.my/property-guides/7-tip-memilih-dekorasi-ruang-tamu-yang-sesuai-untuk-rumah-anda-28498
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.