Langkau ke kandungan
iLabur
Menu

Biodata Dato Aliff Syukri D'Herbs Terlajak Laris Dan Kisah Menarik

Bila sebut sahaja nama dato Aliff Syukri pastinya anda teringatkan tagline “Terlajak Laris” yang sangat popular di Malaysia. Apa yang menarik, populariti…

InspirasiKemas kini terakhir: 7 Mei 2020oleh Nurul Kasmadillawati ZakariaDisemak oleh Sidang Pengarang iLabur
Poster Dato Aliff Syukri Jutawan Kosmetik

Fakta Ringkas

Nama Penuh
Dato’ Aliff Syukri bin Kamarzaman
Nama Lain
Dato' Aliff Syukri, Aliff Syukri Kamarzaman
Peranan
Ahli Perniagaan, pelakon dan penyanyi
Dikenali Kerana
Tagline “Terlajak Laris” dan produk kosmetik D’Herbs
Tarikh Lahir
3 April 1987 · Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang
Pekerjaan
Ahli Perniagaan, pelakon dan penyanyi
Agama
Islam
Warganegara
Malaysia
Perniagaan
Produk kosmetik D’Herbs
Slogan Popular
Terlajak Laris
Umur
33 Tahun
Ibu
Rozita binti Ibrahim (Pengasas Sendayu Tinggi)
Isteri
Datin Nur Shahida binti Mohd Rashid
Anak
Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi

Pencapaian

  • Menubuhkan syarikat D’Herbs Healthy Sdn. Bhd pada September 2010
  • Mengeluarkan gincu kolagen pertama di Malaysia
  • Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) – Dato’
  • Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) – Dato’ Sri (2017)

Bila sebut sahaja nama dato Aliff Syukri pastinya anda teringatkan tagline “Terlajak Laris” yang sangat popular di Malaysia. Apa yang menarik, populariti beliau mungkin lebih menyerlah berbanding jenama D’Herbs yang dimiliki olehnya. Beliau sangat aktif di media sosial dan selalu memaparkan hidupan sehariannya untuk tontotan orang ramai. Hari ini kami akan kongsikan info menarik dan biodata Dato Aliff Syukri yang mungkin anda belum tahu.

Poster promosi Dato Aliff Syukri sebagai jutawan kosmetik

Sumber: Azhan.com

Biodata Dato Aliff Syukri

Nama Penuh: Dato’ Aliff Syukri bin Kamarzaman

Pekerjaan: Ahli Perniagaan, pelakon dan penyanyi

Agama: Islam

Warganegara: Malaysia

Perniagaan: Produk kosmetik D’Herbs

Slogan Popular: Terlajak Laris

Tarikh Lahir: 3 April 1987

Umur: 33 Tahun

Tempat asal: Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang

Pendidikan:

  • Sekolah Kebangsaan Sg. Besar, Selangor
  • Sekolah Menengah Telok Gadong, Klang
  • Sekolah Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan
  • Sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam
  • Taylor College

Dato’ Aliff Syukri merupakan anak ketiga kepada pengasas Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim. Kedua ibu-bapanya bercerai semasa beliau masih kecil lalu beliau terpaksa tinggal bersama neneknya sewaktu masih kecil lagi. Sejak kecil beliau sudah biasa berdikari dan hidup susah.

Beliau berkahwin pada usia yang sangat muda iaitu semasa berumur 19 tahun dengan rakan sekerjanya, Datin Nur Shahida binti Mohd Rashid yang berusia 22 tahun pada masa tersebut. Pasangan muda ini berkahwin sewaktu mereka tidak mempunyai apa-apa. Bermula dari bawah, mereka sama-sama mengorak kejayaan demi kejayaan sehingga memiliki apa yang ada pada hari ini.

Biodata keluarga Dato Aliff Syukri

Nama Ibu: Rozita binti Ibrahim (Pengasas Sendayu Tinggi)

Nama Isteri: Datin Nur Shahida binti Mohd Rashid

Nama Anak: Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 dan Yusoff Al Qardawi, 1.

Latar belakang jenama D’Herbs

Dato Aliff Syukri telah menubuhkan syarikat D’Herbs Healthy Sdn. Bhd pada September 2010. Syarikat ini mengeluarkan produk kosmetik dengan tagline “Terlajak Laris’ yang sangat catchy dan menjadi sebutan sehingga hari ini. Sebut sahaja terlajak laris pasti anda akan terbayang-bayang wajah Dato Aliff Syukri yang bersahaja. Produk pertama yang dikeluarkan oleh syarikat ini ialah gincu kolagen. Apa yang menarik, ia merupakan gincu kolagen yang pertama dikeluarkan di Malaysia.

Dato Aliff Syukri bersama produk D'Herbs Terlajak Laris

Sumber: NST

Pada hari ini syarikat D’Herbs milik beliau mempunyai 30 produk kosmetik dan penjagaan diri bukan sahaja untuk wanita malah untuk lelaki juga. Di antara produk utama keluaran syarikat beliau ialah bedak asas, produk pelansingan, minuman kesihatan wanita dan gincu rawatan bibir.

Pada hari ini syarikat D’Herbs memiliki bangunan empat tingkat yang dijadikan sebagai ibu pejabat. Setakat ini mereka mempunyai seramai 15 orang pekerja. Malah syarikat D’Herbs juga menghasilkan produk keluarannya dari kilangnya sendiri yang bernama Aliff Herbs Manufacturing Sdn Bhd. Produk D’Herbs mempunyai jurucakap selebriti iaitu Bienda dan Watie Elite.

Latar belakang sebelum menjadi jutawan kosmetik di Malaysia

Beliau sangat meminati bidang perniagaan sejak kecil lagi. Seawal umur tujuh tahun sewaktu menetap bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor. Dato Aliff Syukri mula menjual jeruk mempelam dan jambu di sekolah. Malah beliau membuat sendiri jeruk yang dijual. Beliau akan memanjat pokok untuk memetik buah jambu dan mempelam. Kemudia beliau akan memproses buah tersebut sehingga menjadi jeruk. Jeruk tadi akan dibawa ke sekolah untuk dijual.

Setelah habis sekolah beliau mula berniaga secara kecil-kecilan. Beliau menjual jamu, kerongsang, tudung, dan pelbagai jenis produk kecantikan jenama terkenal dari Indonesia, Thailand dan Filipina. Beliau berniaga rumah ke rumah dan dari pejabat ke pejabat selain pernah bekerja sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan, penjaga stor, dan model sambilan.

Kemudian Dato Aliff Syukri berniaga dengan membuka khemah di Pasar Tani Seksyen 13, Shah Alam, diikuti Kelana Jaya dan Sri Andalas, Klang. Apabila perniagaannya semakin berjaya, beliau menyewa sebuah kiosk di pusat beli-belah di Subang Jaya, Selangor. Akhirnya beliau mempunyai perniagaan dengan jenama sendiri yang dinamakan D’Herbs.

Drama dan filem yang dibintangi oleh Dato Aliff Syukri

Selain bergelar seorang jutawan kosmetik dengan syarikat dan kilang yang gah, Dato Aliff Syukri juga sebenarnya bergelar seorang pelakon. Mungkin anda tak tahu bahawa yang sebenarnya beliau pernah membintangi banyak filem dan drama di Malaysia. Berikut adalah di antara filem dan drama yang pernag dibintangi oleh beliau:

  • Biar Aku Jadi Penunggu
  • Duda Terlajak Laris
  • Tuyul Ke London
  • My Coffee Prince
  • Upin & Ipin (Musim 11)
  • Ooops! Terlajak Nikah
  • Badang

Lagu yang dinyanyikan oleh Dato Aliff Syukri

Selain berlakon, beliau juga suka menyanyi. Sehingga hari ini beliau telah menghasilkan beberapa buah lagu yang mempunyai video muzik yang boleh ditonton di laman Youtube. Dato Aliff Syukri terkenal dengan lagu yang catchy dan penuh kontroversi seperti:

  • Bobo di Mana
  • Abang Nak Tegur
  • Selawat Dodoi Anakku
  • Agama Kedamaian
  • Cowok Baru
  • Jom Raya
  • Biar Apa Orang Kata
  • Cuba Bahagia

Anugerah dan darjat kebesaran yang dimiliki oleh Dato Aliff Syukri

Dato Aliff Syukri telah dikurniakan beberapa anugerah dan darjah kebesaran seperti yang berikut:

  • Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) – Dato’
  •  Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) – Dato’ Sri (2017)

Dato Aliff Syukri menerima darjah kebesaran dan anugerah

Sumber: NST

Itulah dia info  tentang biodata Dato Aliff Syukri yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang kisah jutawan Malaysia, biodata Neelofa dan biodata Vivy Yusof.

Rujukan:
1. Pubiperak

2. Wikipedia

Rujukan

Maklumat dalam artikel ini disediakan berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Pengguna digalakkan merujuk sumber asal untuk kepastian lanjut.