Perlindungan beli atau istilah bahasa Inggerisnya, “covered call”, merupakan satu strategi opsyen yang mana seseorang pelabur memegang dengan lama ke atas satu-satu aset dan “menulis” menjual opsyen beli ke atas aset tersebut dalam cubaan untuk menjana peningkatan pendapatan daripada aset tersebut.

Strategi ini sering digunakan apabila pandangan jangka pendek seseorang pelabur mengenai sesuatu aset itu bersifat neutral. Apabila aset dibeli dan opsyen dijual terhadap saham, pelabur tersebut akan menerima pendapatan daripada menerima premium opsyen.Ini juga dikenali sebagai nilai beli (buy-write).

Sebagai contoh, katakan yang anda memiliki saham dengan TSJ Sports Conglomerate dan anda yakin dengan prospek jangka panjang syarikat dan saham. Walau bagaimanapun, dalam jangka pendek anda berfikir saham akan didagangkan secara rata, mungkin hanya dalam beberapa dolar sahaja daripada harga pasaran semasa, sebagai contoh, $25. Sekiranya anda menjual opsyen beli untuk TSJ pada harga $26, anda memperoleh premium daripada penjualan opsyen tetapi mengehadkan potensi anda kepada $26. Untuk itu, satu daripada tiga situasi ini akan berlaku, iaitu;

  1. Saham TSJ terdagang secara rata (lebih rendah daripada harga tetap, $26) di mana opsyen tersebut tamat dengan tiada nilai dan anda menyimpan premium daripada opsyen tersebut. Dalam kes ini, dengan menggunakan strategi nilai beli, anda telah mengalahkan saham.
  2. Harga saham TSJ menurun di mana opsyen tersebut tamat dengan tiada nilai dan anda menyimpan premium. Sekali lagi anda telah mengalahkan saham.
  3. Saham TSJ meningkat melebihi $26 di mana opsyen tersebut terlaksana, dan potensi anda telah terhad kepada $26, ditambah dengan premium opsyen yang anda terima. Dalam kes ini, sekiranya harga saham melebihi $26 dan ditambah dengan premium yang anda terima, saham TSJ telah mengalahkan strategi nilai beli anda,

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.