Umum ketahui bahawa Movie memaparkan pelbagai kisah yang menyentuh tentang pelbagai isu bagi masyarakat setempat mahupun hanya sebagai hiburan semata-mata.

Namun, pernahkah anda melihat movie yang berlatar belakang kisah benar yang memberi inspirasi dalam hidup anda? Mungkin ramai yang berkata, movie tersebut hanyalah rekaan semata-mata dan tidak sama dengan kisah benar.

Di sini, kami ingin kongsikan 8 movie kisah benar inspirasi boleh anda tengok. Semoga ia dapat memberi inspirasi buat anda untuk berjaya dalam kehidupan.

1. Bravo 5

movie kisah benar
Imej via [youtube]

Bravo 5 adalah movie aksi atau perang Malaysia yang diarahkan oleh Yeop Hitler dan dilakonkan oleh Beto Kusyairy, Remy Ishak, Sofi Jikan, Sashi Tharan, Xavier Fong, Frank Peterson dan Chew Kin Wah.

Filem ini mengisahkan tentang lima komando Kumpulan Perkhidmatan Khas atau Kumpulan Gerak Khas yang cuba mengekang peningkatan operasi pengganas MCP. Movie Bravo 5 dikeluarkan pada 10 September 2015. 

Movie kisah benar inspirasi ini dikhaskan untuk para pejuang yang terbunuh semasa Darurat Kedua atau Pemberontakan Malaysia (1968-1989). Jadi, sememangnya movie ini diambil dari kisah benar. Apa yang menariknya, lima pelakon utama telah menjalani latihan intensif selama dua minggu di pangkalan komando di Kem Sungai Udang, Melaka. 

2. Ola Bola

kisah benar inspirasi
Imej via [rojakdaily]

Ola Bola adalah movie bola sepak sukan Malaysia pada tahun 2016 yang diarahkan oleh Chiu Keng Guan. Movie ini diilhamkan oleh kisah benar kegemilangan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia yang berjaya memasuki Olimpik Musim Panas 1980.

Movie ini dilancarkan di pawagam Malaysia pada 28 Januari 2016 yang lalu dan sehingga kini, Ola Bola masih berada di kedudukan movie Malaysia terlaris ‘top 10’ sepanjang masa.

Ola bola merupakan sebuah kisah seorang wartawan, Marianne yang telah ditugaskan untuk meneliti pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia tahun 80-an. Dengan perasaan kecewa mengenai kehidupan kerjanya di Malaysia, dia memutuskan untuk berhijrah ke England setelah menyelesaikan projek itu.

Movie ini bukan hanya berkisarkan perjalanan kisah benar wartawan dan juga pasukan bolasepak negara, namun turut berceritakan kisah tentang situasi dunia pada waktu ketika itu.

3. Redha

Redha adalah satu movie drama Malaysia 2016 yang telah dipilih sebagai penyertaan Malaysia untuk Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-89 tetapi sayangnya tidak dicalonkan.

Movie inspirasi dari kisah benar ini menceritakan tentang kehidupan ibu bapa membesarkan anaknya yang menghidap penyakit autisme.

Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai penyakit autisme, syarikat produksi Current Pictures Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif dengan menerbitkan sebuah filem berjudul Redha yang memberi tumpuan kepada penceritaan mengenai ibu bapa yang membesarkan anak yang menghidap autisme.

4. Leftenan Adnan

Leftenan Adnan merupakan sebuah movie patriotik Malaysia pada tahun 2000 yang diarahkan oleh Aziz M. Osman. Movie ini mengisahkan tentang kisah benar mengenai perjuangan Leftenan Adnan dalam menentang Tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Ketika Perang Dunia Kedua, Leftenan Adnan telah terkorban semasa menyerang tentera Jepun. Pertempuran itu menyaksikan gugurnya seorang perwira Melayu yang begitu digeruni oleh pihak musuh.

5. Bukit Kepong

movie inspirasi kisah benar
Imej via [youtube]

Bukit Kepong adalah movie aksi dan patriotik Malaysia 1981 yang dihasilkan dan diarahkan oleh Jins Shamsuddin. Movie ini berdasarkan kisah benar mengenai pengepungan pengganas Komunis di Bukit Kepong pada tahun 1950.

Pada tahun 2014, movie ini disunting semula oleh United Studios untuk memulihkan dan memperbaiki resolusi paparan definisi tinggi (HD) daripada movie asalnya. 

Movie ini menceritakan mengenai perjuangan Polis Persekutuan Tanah Melayu dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong, berperang melawan serangan gerila Parti Komunis Malaya semasa Darurat Tanah Melayu pada tahun 1950.

Movie kisah benar inspirasi ini menggambarkan tentang semangat pasukan polis yang tidak dapat dikalahkan yang telah ‘berjuang hingga titisan darah yang terakhir’ untuk mempertahankan negara.

6. Alive

Alive adalah sebuah movie drama survival biografi Amerika tahun 1993 berdasarkan buku Piers Paul Read tahun 1974 Alive: The Story of the Andes Survivors.

Ia diadaptasi dari kisah benar yang menceritakan tentang kemalangan pesawat terhempas pasukan ragbi Uruguay di  pergunungan Andes pada 13 Oktober 1972.

Pelbagai kejadian telah menimpa mangsa nahas pesawat sehinggakan ada yang terpaksa memakan daging mayat saudaranya sendiri akibat kelaparan.

7. Deepwater Horizon

kisah benar inspirasi
Imej via [medium]

Deepwater Horizon adalah movie yang berdasarkan kisah benar mengenai bencana kebakaran Deepwater Horizon dan tumpahan minyak di Teluk Mexico.

Movie ini diadaptasi dari artikel The New York Times pada 25 Disember 2010, Deepwater Horizon Final Hours, yang ditulis oleh David Barstow, David Rohde, dan Stephanie Saul. Movie ini berkisahkan tentang seorang ketua teknisi, Mike Wiliams yang harus kembali bekerja ke pelantar minyak Deepwater Horizon. 

Di pelantar minyak tersebut, dia ditemani rakan-rakan yang lain, iaitu Jimmy Jarrel dan juga Andrea Fleytas. Pada mulanya ianya tidak terjadi masalah. Namun, setelah Mike Williams mencuba penggalian minyak tersebut, barulah terjadinya masalah sedikit demi sedikit sehingga terjadinya kebakaran yang dahsyat dan telah meragut ramai nyawa pekerja.

8. The 33

movie inspirasi kisah benar
Imej via [empireonline]

The 33 adalah sebuah movie yang diarahkan oleh Patricia Riggen dan ditulis oleh Mikko Alanne, Craig Borten dan José Rivera. Movie ini diadaptasi daripada peristiwa kisah benar bencana perlombongan 2010.

Ia mengisahkan tentang sekumpulan pelombong telah terperangkap di dalam lombing San José di Chile selama lebih dari dua bulan. 

Pada mulanya, pemiliknya mengabaikan amaran kestabilan lombong, yang akhirnya runtuh tidak lama kemudian. Satu-satunya jalan untuk keluar di dalam lombong itu tersekat sepenuhnya.

Mereka mendapati bahawa radio tidak berguna, alat perubatan kosong dan makanan yang disimpan sangat sedikit jumlahnya. 

Mario Sepúlveda telah menjadi ketua pelombong, membagikan makanan dan menghentikan pencetus keganasan dan kejatuhan semangat bagi pelombong-pelombong yang lain. Terdapat banyak konflik dan drama berlaku semasa ianya berlaku.

Kesimpulannya, terdapat banyak lagi movie kisah benar yang boleh dijadikan inspirasi yang sesuai untuk ditonton seisi keluarga.

8 senarai movie di atas adalah movie terbaik yang memberikan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Jom baca juga biodata Rentap, apa itu asnaf dan semut charlie.

Rujukan

  1. 5 Filem ‘Survival’ Inspirasi Dari Kisah Benar Yang Korang Konfem Teruja Nak Tonton! http://ohhangat.com.my/article/C1807111621598293/5-filem-survival-inspirasi-dari-kisah-benar-yang-korang-konfem-teruja-nak-tonton
  2. Kisah benar, 8 filem yang menyentuh hati rakyat Malaysia! https://www.mediahiburan.my/kisah-benar-8-filem-yang-menyentuh-hati-rakyat-malaysia/
  3. 10 Filem Patriotik Adaptasi Kisah Benar Wajib Tonton Hari Kebangsaan Ini https://www.pendidik.com.my/2019/08/16/10-filem-patriotik-adaptasi-kisah-benar-wajib-tonton-hari-kebangsaan-ini/
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.