Bilik tidur lelaki pastinya mempunyai design yang tersendiri dalam memastikan dekorasinya menjadi lebih cantik dan menarik, malah ia penuh dengan aura positif. Namun, tidak sesuai jika ia dihias sama seperti bilik perempuan.

Justeru, bagaimanakah cara yang sesuai untuk menghias bilik tidur lelaki? Jangan khuatir, jom kami sajikan kepada anda 10 idea kreatif bilik tidur lelaki yang anda boleh tiru. Pasti lepas ini, lelaki pun suka duduk dalam bilik lama-lama!

1. Bilik Tidur Lelaki Minimalist

bilik tidur lelaki
Imej via [desainrumahid]

Bilik tidur lelaki gaya minimalist ini adalah yang ringkas dan menjimatkan kerana ia tidak memerlukan anda menggunakan banyak props, cukuplah beberapa hal yang perlu anda titik beratkan.

Warna tema bilik ini juga tidak perlu menggunakan warna yang pelbagai. Cukuplah hanya 2 atau 3 warna sahaja bagi memastikan bilik ini sedap mata memandangnya.

Kekemasan juga penting dimana jangan biarkan barang terlalu banyak di dalam bilik, sebaliknya susun atur barang dengan baik sekali lokasinya. Bukan sahaja lebih kemas dan tersusun, tetapi anda juga akan berasa senang hati.

2. Bilik Tidur Lelaki Corak Abstrak

bilik tidur lelaki
Imej via [desainrumahid]

Corak abstrak sangat sesuai untuk kaum lelaki dimana ia menunjukkan seseorang lelaki itu sangat hebat citarasanya. Idea kreatif bilik tidur lelaki yang boleh anda contohi juga adalah dengan menggunakan corak abstrak di dinding atau ruang dalam bilik tersebut.

Pastinya ia boleh dipadankan dengan warna katil, almari, meja dan lain-lain lagi. Ia pasti menakjubkan!

3. Bilik Tidur Lelaki Gaya Eksklusif

bilik tidur lelaki
Imej via [desainrumahid]

Inginkan bilik tidur lelaki yang bergaya tampak eksklusif? Boleh sahaja. Tidak mempunyai modal yang besar pun tiada masalah, anda masih mampu memilikinya.

Konsep idea bilik tidur lelaki eksklusif ini memerlukan anda membuat pilihan warna bilik yang sesuai seperti warna hitam, gold, putih, silver dan lain-lain lagi. Dihias dengan lampu bilik yang menarik, lantai yang sesuai serta perabot yang tampak mewah, idea bilik tidur lelaki ini pasti menjadi!

4. Bilik Tidur Lelaki Gaya Moden

bilik tidur lelaki
Imej via [says]

Pada era moden ini, bilik tidur pun boleh dihias dan didekorasi dengan idea kreatif yang sangat moden. Antara idea kreatif bilik tidur lelaki yang best sangat adalah bilik tidur gaya moden.

Jenis moden yang dimaksudkan ini dipengaruhi oleh jenis lantai bilik, perabot katil, almari, meja, kerusi, lampu bilik dan lain-lain lagi. Nak lebih cantik, permaidani juga akan mempengaruhi betapa kemasnya bilik seorang lelaki.

Ia tidak memakan kos yang banyak sekiranya anda bijak membuat pilihan. Penting sekali, jom susun atur semuanya untuk mendapatkan sentuhan yang terbaik!

5. Bilik Tidur Lelaki Klasik

bilik tidur lelaki
Imej via [facebook]

Tak sangka wujud juga bilik tidur lelaki jenis klasik ini. Secara umumnya, idea kreatif bilik tidur lelaki sebegini nampak amat jarang sekali digayakan. Namun, ia mempunyai nilai dan gaya yang cukup mewah sekali.

jenis warna karpet, katil dan perabot juga mempengaruhi suasana ini. Lebih menjadi kalau kalau perabot yang digunakan adalah yang diperbuat daripada kayu. Hiaskan juga dengan daun-daun pokok yang tinggi dan halus untuk lebih cantik lagi.

6. Bilik Tidur Lelaki Elegant

bilik tidur lelaki
Imej via [new-linker]

Bilik tidur lelaki dengan idea yang kreatif juga membolehkan ia berkonsep elegant. Nampak seperti eksklusif, kemas dan cantik walaupun ia sangat ringkas dan bersaiz kecil.

Lampu bilik, hiasan serta perabot yang diletakkan akan menampakkan bilik tidur kreatif dan elegant atau tidak. Biarpun ringkas dan kecil, tetapi jika kena pada susunannya, ia akan jadi cantik dan menarik.

7. Bilik Tidur Lelaki Artstyle

bilik tidur lelaki
Imej via [malaysiacontemporaryart]

Kebanyakan lelaki akan menghias bilik tidur mereka mengikut apa yang mereka minati. Sebagai contoh, kartun, bola, artis, model dan sebagainya. Namun bagi pecinta seni pula, pastinya konsep idea bilik tidur yang dibawa mereka adalah artstyle.

Bilik tidur lelaki gaya artstyle boleh anda lakukan adalah seperti menghias dengan gambar poster, potrait atau lukisan seni yang cantik, warna yang menonjol dan memberi maksud buat anda untuk lebih inspirasi. Apabila bangun tidur di pagi hari, pasti semangat anda akan lebih berkobar-kobar.

8. Bilik Tidur Gaya Legend

bilik tidur lelaki

Adakah anda penggemar barang-barang lama atau barangan antik? Anda boleh menghias bilik dengan barang tersebut. Namun, barangan unik seperti tanduk rusa, aksesori rumah berasaskan kayu, tembaga, rotan dan lain-lain lagi juga boleh anda gunakan.

Sesekali, hiasan seperti buku-buku novel tebal, kerusi rotan, poster turut menjadikan bilik tidur anda berkonsepkan legend. Cadar pula boleh dihiaskan mengikut corak petak untuk menampakkan seperti zaman dahulu kala.

9. Bilik Tidur Lelaki Mix And Match

bilik tidur lelaki
Imej via [ms.tierient]

Jangan terkejut, idea bilik tidur lelaki bukan hanya lebih kepada warna hitam atau putih sahaja, tetapi anda juga boleh gayakannya dengan konsep mix and match. Ia sangat mudah tetapi haruslah digayakan dengan rapi.

Setiap perabot yang disusun atur dalam bilik, boleh mengikut kesesuaian kedudukan katil, meja dan lain-lain lagi. Namun, ia akan jadi lebih indah sekiranya anda memilih gabungan warna yang padan dan sesuai. Menarik bukan?

10. Bilik Tidur Lelaki Pencahayaan Terbaik

bilik tidur lelaki
Imej via [new-linker]

Idea bilik tidur lelaki juga penting bagi faktor pencahayaan. Pastikan pencahayaan masuk ke dalam bilik anda terutamanya berdekatan dengan meja solek, cermin ataupun katil.

Ia adalah untuk mendapatkan pencahayaan yang baik dan juga pengudaraan yang bersih dan sihat.

Itulah dia idea bilik tidur lelaki yang sangat menarik dan boleh anda contohi. Jom baca juga semut charlie, cara guna kad kredit, movie kisah benar inspirasi dan biodata Rentap.

Rujukan:

  1. Idea Bilik Tidur Lelaki https://web.facebook.com/ResepiTerviral/photos/pcb.2416973001659530/2416969128326584
  2. Hiasan Bilik Tidur Lelaki https://desainrumahid.com/hiasan-bilik-tidur-lelaki-bujang.html
  3. Cara Hias Bilik Tidur Kecil Cantik https://siraplimau.com/cara-hias-bilik-tidur-kecil-simple/
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.