Pelamin simple dan ringkas adalah pelamin idaman ramai bakal pengantin yang inginkan kesederhanaan serta penjimatan yang berbaloi. Kenapa tidak? Kalau ada pelamin yang cantik dan simple, murah pula, pastinya ia adalah pilihan yang terbaik.

Terdapat banyak idea pelamin simple boleh kita contohi, pastinya ia adalah pelamin cantik yang membolehkan anda jimat duit. Jom lihat 13 idea pelamin simple dan cantik ini.

1. Pelamin Ringkas Eksklusif

pelamin simple
Imej via [askwedding]

Tidak memerlukan props dan hiasan yang banyak, cukuplah bunga-bunga bertema dan juga langsir kain yang cukup indah. Ia mampu menjadikan pelamin simple ini nampak eksklusif.

Anda boleh memilih warna tema seperti merah, ungu, kuning, biru dan sebagainya. Warna tersebut akan menampakan ia lebih menaik dan cantik. Walhal pelamin simple seperti ini sangat jimat boleh didapatkan tak sampai RM 1,000.

2. Pelamin Simple Garden

pelamin simple
Imej via [pengantinbaru]

Hanya dengan daun-daun dan sedikit bunga, idea pelamin simple berkonsepkan garden ini sesuai bagi anda yang inginkan suasana alam semulajadi dan kesegaran tema warna hijau.

Walaupun majlis diadakan di dalam dewan atau rumah, ia tidak menjadi masalah untuk mengadakan konsep garden, taman, kebun, hutan dan sebagainya. Yang penting, barang-barang pelamin sangat murah tetapi nampak cantik sangat!

3. Pelamin Simple Bunga Putih

pelamin simple
Imej via [pengantinbaru]

Dengan hiasan latar belakang bunga-bunga putih yang nampak suci, pelamin simple ini sangat cantik dipandang, pasti menjadi pujaan hati ramai. Namun tahukah anda, kos pelamin sebegini tidaklah terlalu mahal tetapi agak mampu milik. Jimat bukan?

4. Pelamin Simple Tema Gold

pelamin simple
Imej via [pengantinbaru]

Pelamin simple bertemakan warna gold ini kelihatan seperti pelamin kuning diraja tetapi ia lebih kepada warna gold, bukanlah kuning. Namun, konsep sebegini jelas tampak sangat eksklusif dan mewah.

Jangan terkejut, sebenarnya, walaupun konsep sebegini, ia tidak memerlukan kos yang besar kerana bergantung kepada barang dan pakej hiasan juga. Cukuplah simple tetapi cantik begini kan? Pasti anda pun sukakannya!

5. Pelamin Tema Bollywood

pelamin simple
Imej via [pinterest]

Pelamin simple lagi jimat dan nampak cantik adalah pelamin yang berkonsepkan bollywood. Dengan hiasan warna yang berwarna-warni dan sangat meriah, anda boleh menjadikan majlis ini sangat gilang gemilang.

Pelamin simple ini juga tidak memerlukan barang-barang hiasan yang terlalu banyak, ia jimatkan ruang dan wang anda. Malah, amat mudah dan cepat untuk menyiapkannya.

6. Pelamin Simple Tema Rustik

pelamin simple
Imej via [pengantinbaru]

Warna coklat, hijau dan putih sangat terkenal dan trending bagi konsep pelamin rustik ini. Ramai yang suka pelamin simple yang indah begini, ia agak sederhana tetapi sangat cantik.

Ia kelihatan sangat mewah apabila dihiasi dengan warna coklat daun palma dan penggunaan kerusi rotan berwarna putih menjadikan ia sangat unik dan menarik.

7. Pelamin Simple Kayu Pallet

pelamin simple
Imej via [pinterest]

Kayu pallet menjadi salah satu sumber yang unik digunakan sebagai perabot mahupun perhiasan. Sama ada kerusi, meja, penghadang dinding kebanyakan dihasilkan oleh kayu pallet. Ia juga menjadi salah satu konsep pelamin indah dan cantik yang boleh anda ikuti.

8. Pelamin Simple Gaya Klasik

pelamin simple
Imej via [pinterest]

Klasik dan gaya lagenda menjadi pilihan ramai terutamanya mereka yang inginkan pelamin cantik tetapi simple. Pelamin ini juga pasti akan menjadi pujaan ramai tetamu yang melihatnya. Sangat klasik dan cantik!

9. Pelamin Kerawang Atau Seni Bina Melayu

pelamin simple
Imej via [pinterest]

Kerawang menjadi simbol atau adat bagi hiasan pelamin pada zaman seni bina melayu. Boleh dikatakan, kalau ikut pada tradisi dan budaya masyarakat melayu, pelamin kerawang ini sering digunakan dan menjadi sebutan ramai.

Sama seperti pelamin diraja, pastinya akan mempunyai konsep kerawang dan juga warna kuning sebegini. Selain simple, ia kelihatan sangat-sangat cantik!

10. Pelamin Simple Inggeris Klasik

pelamin simple
Imej via [pinterest]

Pelamin gaya English Classic ini mempunyai pelbagai bentuk dan idea hiasan. Salah satunya adalah berbentuk begini, warna yang pastel atau cerah menjadi pilihannya. Tempat duduk sama ada di bawah ataupun mempunyai kerusi yang tersendiri.

Penting sekali, konsep warna dan hiasannya sangat klasik dan nampak seperti English style.

11. Pelamin Ala Princess Beradu

pelamin simple
Imej via [pinterest]

Pelamin ala-ala tempat princess beradu ini sangat cantik, simple dan nampak sweet. Ia umpama tempat puteri beradu hanya kerana lampunya agak romantik, bunga merah yang sangat romantis serta mendapat ketenangan tatkala memandangnya.

12. Pelamin English Vintage

pelamin simple
Imej via [pinterest]

Tahukah anda, konsep pelamin english vintage sangat digemari ramai khasnya mereka yang mengadakan masjid perkahwinan di hotel-hotel mewah. Namun, sebenarnya juga sangat unik untuk dihias di dewan atau rumah-rumah.

Pelamin jenis ini nampak mewah dan eksklusif tetapi ia agak murah dan jimat sekiranya anda tahu konsep vintage bagaimana yang ingin anda lakukan. Terdapat banyak pilihan yang membolehkan anda menyemak apakah hiasan atau bahan yang perlu ada untuk realisasikan dekorasi pelamin English Vintage ini.

13. Pelamin Mix & Match

pelamin simple
Imej via [pinterest]

Akhir sekali adalah pelamin simple konsep mix and match ataupun campur warna. Ini adalah berdasarkan kesesuaian si penggubah atau penghias pelamin tersebut. Namun anda boleh nyatakan warna yang anda suka dan inginkan.

Mereka juga akan tentukan warna pelamin ini berdasarkan warna baju pengantin anda. Jadi, pastinya memerlukan anda bekerjasama dengan mereka lebih lagi.

Itulah dia idea pelamin simple yang boleh anda pilih dan pertimbangkan. Mana tahu, ada di antara idea pelamin ini menjadi pilihan dan kegemaran anda! Jom baca juga cara guna kad kredit, Biodata Rentap, Movie kisah benar inspirasi dan semut charlie.

Rujukan:

  1. Pelamin hiasan simple dan ringkas. https://www.askwedding.com.my/news-detail.php?news=30
  2. Mini pelamin yang cantik dan simple. https://www.pengantinbaru.com.my/mini-pelamin/
  3. Pinterest pelamin simple www.pinterest.com
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.