“Bear Market” tidak mempunyai terjemahan yang khusus di dalam bahasa Melayu. Bear Market merupakan keadaan pasaran yang menunjukkan harga saham menurun, pesimisme yang meluas dan juga sentimen negatif yang menjejaskan yang menyebabkan para pelabur menjual stok.

Walaupun jumlah atau amaun berbeza-beza, namun kemerosotan atau penurunan 20% atau mungkin lebih dalam indeks pasaran yang luas seperti Dow Jones Industrial Average (DJIA) atau Standard & Poor’s 500 Index (S&P 500) dalam tempoh dua bulan dianggap sebagai Bear Market.

Bear Market tidak boleh disalah anggap sebagai pembetulan (correction). Ini kerana market correction merupakan kaedah jangka pendek yang bertahan kurang daripada dua bulan. Walaupun correction selalunya merupakan masa yang tepat untuk para pelabur nilai untuk melompat atau menukar pasaran, namun bear market agak berisiko untuk ditetapkan masa kerana seseorang tidak pernah tahu bila pasaran akan menurun. Justeru, ianya adalah sukar bagi para pelabur untuk mendapatkan keuntungan dalam pasaran bear market melainkan mereka adalah “short sellers”.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.