Notis berhenti kerja wajib disediakan sebelum anda melangkah kaki untuk keluar dari syarikat anda terkini buat selama-lamanya. Sekiranya tidak menarik diri secara baik dan tidak memberikan notis berhenti kerja, pelbagai masalah akan berlaku kelak.

Kemungkinan gaji anda disekat, anda dianggap Missing in action, akan mengalami masalah ketika mencari kerja lain dan banyak lagi perkara yang tidak baik mungkin berlaku. Pentingnya notis berhenti kerja supaya syarikat sedia maklum dengan pemberhentian kerja anda.

Bagaimana nak tulis notis berhenti kerja? Pasti ramai yang memerlukan rujukan ataupun contoh notis berhenti kerja bukan? Jangan risau, jom kami sajikan 5 contoh notis berhenti kerja sebagai panduan buat anda.

Contoh Notis Berhenti Kerja Sebagai Panduan

Terdapat banyak contoh notis berhenti kerja yang berbeza-beza dan tidak semuanya sama bergantung kepada jenis notis tersebut. Ada notis berhenti kerja 24 jam, beberapa bulan, tahun dan sebagainya.

Antara 2 pilihan bahasa iaitu bahasa melayu dan juga bahasa inggeris, pilih mengikut kesesuaian anda. Namun dari segi format tidak jauh bezanya.

Dari segi format, struktur ayat dan contoh ayat dalam sesebuah notis berhenti kerja juga berlainan untuk memastikan maksud notis tersebut jelas dan mudah difahami majikan. Jom lihat contoh notis berhenti kerja seperti berikut.

1) Contoh Notis Berhenti Kerja – 24 Jam

Format yang digunakan adalah surat rasmi dimana nama pengurus, nama dan alamat syarikat harus diletakkan bersama tarikh surat ditulis.

Perkara atau subjek adalah jelas seperti Notis Berhenti Kerja 24 Jam. Kemudian, perkenalkan diri dengan nama, jawatan dan tujuan surat ini ditulis.

Seterusnya, anda perlu menyatakan sebab ingin meletakkan jawatan dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak. Jangan lupa untuk letakkan maklumat berkaitan pekerjaan anda selepas tandangan sebagai rujukan pihak syarikat juga.

contoh notis berhenti kerja
Imej via [portalmalaysia]

<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh :  <Tarikh>

Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,

PERKARA: NOTIS BERHENTI KERJA 24 JAM DI <NAMA SYARIKAT>

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya <Nama Pekerja> yang bertugas sebagai <Jawatan Sekarang> ingin memaklumkan kepada pihak Tuan tentang perletakan jawatan saya berkuatkuasa  <Tarikh berhenti kerja>

  1.    Untuk makluman pihak Tuan, perletakan jawatan ini disebabkan oleh <Sebab Berhenti Kerja>.
  1. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada <Nama Syarikat / Nama Majikan> kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan <Nama Syarikat>.
  1.      Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak Tuan dapat memberi kerjasama dan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,

……………………………………………
<Nama Pekerja>
No Pekerja :<No. Pekerja>
<Alamat Pekerja>
No. Tel : <No Telefon Pekerja>

2) Contoh Notis Berhenti Kerja – Sebulan

Format dan struktur notis berhenti kerja untuk sebulan sama seperti contoh notis berhenti kerja untuk 24 jam tadi. Namun, letakkan tarikh anda ingin berhenti kerja sebulan dari sekarang.

Nyatakan sebab kenapa anda perlu berhenti kerja pada bulan hadapan dan jadikan ianya sesuatu yang positif dengan menyatakan kerjasama pihak syarikat sangat anda hargai dan ucapkan terima kasih.

contoh notis berhenti kerja
Imej via [portalmalaysia]

<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh :  <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,
NOTIS BERHENTI KERJA  SEBULAN DI <NAMA SYARIKAT>

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya <Nama Pekerja> yang bertugas sebagai <Jawatan Sekarang> ingin memaklumkan kepada pihak Tuan tentang perletakan jawatan saya yang berkuatkuasa pada <Tarikh berhenti kerja>

  1.    Untuk makluman pihak Tuan, perletakan jawatan ini disebabkan oleh <Sebab Berhenti Kerja>
  1. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada <Nama Syarikat / Nama Majikan> kerana telah <Beri Penghargaan>.
  1.      Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak Tuan dapat memberi kerjasama dan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,

……………………………………………
<Nama Pekerja>
No Pekerja :<No. Pekerja>
<Alamat Pekerja>
No. Tel : <No Telefon Pekerja>

3) Contoh Notis Berhenti Kerja – 2 Minggu

Kali ini, kami tunjukkan contoh notis berhenti kerja dalam bahasa inggeris pula. Untuk berhenti kerja dalam masa 2 minggu, beritahu tujuan notis ini secara lengkap dan terperinci.

Sebagai contoh, nyatakan dalam notis berhenti kerja tersebut bahawa anda ingin memberitahu bahawa ingin meletakkan jawatan 2 minggu dari sekarang. Kemudian beritahu sebabnya dan ucapkan kata-kata penghargaan.

contoh notis berhenti kerja
Imej via [maukerja]

Contoh Dalam Bahasa Melayu:

<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh :  <Tarikh>

Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA 2 MINGGU DI <NAMA SYARIKAT>

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya <Nama Pekerja> yang bertugas sebagai <Jawatan Sekarang> ingin memaklumkan kepada pihak Tuan tentang perletakan jawatan saya berkuatkuasa  <Tarikh berhenti kerja>

  1.    Untuk makluman pihak Tuan perletakan jawatan ini disebabkan oleh <Sebab berhenti kerja>.
  1. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada <Nama Syarikat / Nama Majikan> kerana <Beri Penghargaan>. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan <Nama Syarikat>.
  1.      Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak Tuan dapat memberi kerjasama dan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,

……………………………………………
<Nama Pekerja>
No Pekerja :<No. Pekerja>
<Alamat Pekerja>
No. Tel : <No Telefon Pekerja>

4) Contoh Notis Berhenti Kerja – Serta Merta

Tahukah anda, ingin berhenti kerja serta merta juga memerlukan notis berhenti kerja yang lengkap dan mudah difahami, walaupun ringkas.

Letakkan nama majikan dan alamat syarikat, kemudian mula menulis dengan menyatakan bahawa anda ingin memaklumkan dimana anda buat keputusan untuk berhenti kerja serta merta. Jangan lupa maklumkan sebabnya.

Pastikan anda mendapat feedback ataupun kata jawapan dari majikan anda sebelum berhenti kerja. Hantar sahaja notis berhenti kerja, pastinya majikan anda panggil anda untuk berbincang.

contoh notis berhenti kerja
Imej via [maukerja]

5) Contoh Notis Berhenti Kerja – Kurang Dari Tempoh Sepatutnya

Contoh notis berhenti kerja di bawah ini adalah sama sahaja formatnya seperti surat berhenti kerja yang lain. Namun, jelaskan sebab kenapa anda perlu berhenti kerja kurang dari tempoh yang sepatutnya.

Jangan lupa, pastikan anda menutup surat dengan kata positif yang menyokong syarikat anda dan berterima kasih kepada mereka.

contoh notis berhenti kerja
Imej via [maukerja]

Itulah dia 5 contoh notis berhenti kerja sebagai panduan anda semua. Semoga contoh notis berhenti kerja ini dapat membantu anda menyediakan notis terbaik dan memudahkan urusan anda.

Jom baca juga kisah benar inspirasi, idea pelamin simple, bilik tidur lelaki dan cara guna kad kredit.

Rujukan:

  1. Himpunan Contoh Terbaik Notis Kerja https://blog.maukerja.my/ms/22222/himpunan-contoh-terbaik-notis-berhenti-kerja-24-jam-2-minggu-sebulan-lain-lain-alasan
  2. Contoh Notis Berhenti Kerja. https://therohani.com/contoh-notis-berhenti-kerja/
  3. Contoh Surat Resign. https://www.portalmalaysia.com/contoh-surat-resign/
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.