“Rezeki tidak pernah salah alamat” . Kita selalu dengar ayat ini daripada mulut-mulut orang sekeliling. Memang betul setiap orang ada rezekinya masing-masing dan tidak sama. Rezeki boleh datang dengan pelbagai cara.

Kita mahu membeli rumah, kereta, berbelanja barang dapur dan memberi keluarga makan. Tetapi gaji setiap bulan tidak mencukupi dan hanya cukup-cukup saja untuk pembelanjaan seharian. Sudah pelbagai cara digunakan untuk meningkatkan pendapatan hidup tetapi masih sama.

Apa kata jika tidak dapat tingkatkan pendapatan bulanan, kita boleh kurangkan pembelanjaan kita. Bagaimana?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 20 cara untuk mengurangkan pembelanjaan seharian. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

20 Cara untuk mengurangkan pembelanjaan seharian

kurangkan pembelanjaan
Imej via sirapanggur.com

1. Jalan kaki sahaja jika tempat tersebut terlalu dekat.

2. Masak sendiri di rumah. Lebih berkhasiat dan terjamin kebersihannya.

3. Jika makan diluar, pilih restoran biasa. Tak perlu ke restoran mahal.

4. Batalkan langganan siaran berbayar atau beli majalah artis.

5. Tutup lampu dan air jika tidak digunakan. Baiki paip air yang rosak.

6. Hentikan keahlian yang berbayar seperti gym, golf. Kalau kaya tak apa.

7. Bandingkan harga barang sebelum beli.

8. Beli secara tunai dan tak perlu berhutang yang tidak perlu.

9. Kurangkan wang dalam dompet bila jalan-jalan. Cukuplah RM200.

10. Tak perlu pergi pasar raya tanpa hala tuju. Baik membaca di rumah.

11. Berhenti beli majalah pasal artis. Kau je nak tahu cerita artis. Sedangkan artis kesayangan kau tak kisah pun kau ada duit ke tak.

12. Beli barang dapur untuk dua minggu sekali ataupun sebulan sekali. Tak perlu pergi pasar raya hari-hari.

13. Buat bajet dan patuhi bajet yang dibuat.

14. Tak perlu makan tempat mewah semata-mata nak up gambar dekat Insta.

15. Pakai pakaian berjenama kalau dompet nipis tak guna.

16. Lelaki bujang beli motor je dulu.

17. Berhenti ke salon ataupun spa.

18. Berhenti lawan dengan jiran sebelah. Jiran tukar sofa baru, kau nak tukar sama. Jiran beli TV besar kau menggelupur nak beli baru juga.

19. Bawa bekal ke pejabat.

20. Berhenti merokok dan hisap vape.

*Berikut adalah cara-cara untuk mengurangkan pembelanjaan seharian. Jika anda dapat lakukan 10 daripada 20 cara-cara tersebut, Insyaallah, anda dapat merasa duit lebih dan tidak akan rasa terbeban. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.