Tiba bulan ramadhan, ramai peniaga akan bermula berniaga di baazar ramadhan atau dari rumah sahaja. Pelbagai jenis perniagaan yang dibuat ketika bulan ramadhan, yang tidak pernah berniaga juga akan mula berniaga di bulan ramadhan. Contoh perniagaan yang dibuat ketika bulan ramadhan seperti menjual pelbagai jenis makanan, air, baju, kuih muih dan banyak lagi.

Kita juga akan mengeluarkan wang untuk membeli makanan-makanan dan barang-barang yang dijual kerana harga promosi yang murah. Semasa kita seronok berbelanja tanpa sedar kewangan kita akan mula rosak dan banyak wang yang telah dibazirkan. ‘Takpe bulan ni je sebab nak raya, bulan depan boleh jimat’ ayat ini langsung tidak boleh pakai.

Jika tidak mahu rasa terseksa selepas raya disebabkan masalah kewangan, lebih baik kita mula mengambil langkah untuk bertindak awal. Bagaimana mahu berjimat ketika bulan puasa?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips berjimat setiap minggu ketika bulan ramadhan. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

Imej via gilahartanah

Tips berjimat setiap minggu

Minggu Pertama :

Korang boleh mula membuat bajet untuk perbelanjaan diri sendiri. Sekurang-kurangnya kau orang tahu aliran duit keluar masuk.

Senaraikan aset dan liabiliti. Senaraikan semua hutang yang ada. Jadi, dapatlah potong mana yang tak penting untuk dibelanjakan pada perbelanjaan berikutnya.

Minggu Kedua :

Sebelum nak beli sesuatu barang, cuba buat perbandingan harga. Teliti dulu mana yang lebih berpatutan untuk dibeli. Jangan terus beli je.

Barang murah tak semestinya tak berkualiti. Semuanya terpulang kepada kita. Jadilah pengguna yang bijak.

Minggu Ketiga :

Sebelum pergi ke pasaraya catat dulu barang yang hendak dibeli. Tak perlu gunakan troli barang kalau senarai barang nak beli tu sikit. Gunakan bakul je.

Amalkan 10 saat berfikir sebelum letak barang dalam bakul. Jika nak beli kehendak atas daripada RM500 ataupun terpaksa berhutang, fikir 30 hari sebelum ambil keputusan muktamad. Supaya tiada penyesalan di masa depan.

Minggu Keempat :

Catat semua perbelanjaan. Walaupun setiap sen. Kalau setiap kali berbelanja makan RM10.10, 10 sen tu kena tulis juga. Jangan abaikan. 10 sen bocor. Kalau 10 kali dah RM1. Fikir-fikirkan. Bercintalah dengan aplikasi yang kau mudah untuk kesan aliran duit keluar masuk wang kau.

*Cuba amalkan tips-tips ini sebelum bulan ramadhan lagi untuk mengajar diri kita berjimat cermat dan membuat keputusan dengan tepat. Bezakan yang mana keperluan dan kehendak . Jika barang tersebut kategori kehendak, maka tidak perlu beli manakala barang itu adalah keperluan maka perlu dibeli. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.