Zaman kini, jika tiada duit, maka semua perkara tidak dapat dijalankan dengan lancar. Jika mahu makan, kita memerlukan duit untuk membeli lauk pauk atau barang masakan untuk dimasak. Menaiki pengangkutan awam untuk ke tempat kerja juga memerlukan tambang walaupun sedikit.
Semua perkara yang dilakukan sekarang memerlukan duit untuk dijalankan. Jadi, bila masa kita boleh menabung dan mengumpul duit untuk masa hadapan? Adakah cara yang mudah untuk kita gandakan duit yang berada di tangan kita?
Semestinya ada. Bagaimana?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 3 cara mudah untuk menggandakan duit. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.
Ramai orang boleh buat duit jika dia RAJIN dan BERUSAHA. Dunia maya sediakan banyak sumber duit sebenarnya. Kita hanya perlu faham caranya.
Ini tahap kedua, ada berjaya dan ada gagal. Ramai orang gaji besar kerja bagus GAGAL SIMPAN duit. Simpan duit bukan tunggu gaji besar, ia harus bermula dengan kecilkan nafsu.
Tak ramai golongan ini. Duit yang ada dilaburkan dalam saham, hartanah, perniagaan untuk hasilkan BANYAK DUIT. Tahap ni kita harus belajar kekalkan duit yang ada.
Dalam buku kewangan barat tidak disebutkan sedekah. Sedekah ini secara matematiknya keluarkan duit, tetapi secara MAGIKNYA tuhan beri duit pada kita berkali ganda. Orang biasa percaya, “dah kaya nanti aku sedekah la”. Orang kaya percaya, “dengan sedekah inilah aku jadi kaya”
*Berikut adalah cara mudah untuk menggandakan duit dengan mudah. No.4 adalah cara yang paling berkesan dan semua orang boleh melakukannya. Bersedekahlah walaupun sedikit kerana orang itu akan mendoakan kita dan amalan sedekah itu adalah amalan mulia. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.