Tahukah anda bahawa terdapat banyak filem yang difilemkan berdasarkan kisah benar yang betul-betul berlaku dalam dunia nyata. Malah filem tersebut mendapat sambutan ramai yang meletup-letup di pawagam. Jom kami akan kongsikan beberapa kisah benar movie inspirasi motivasi yang anda kena wajib tonton. Rugi kalau terlepas.

1. The Aviator

Sumber: Goldenglobe

Filem lakonan Leonardo Di Caprio ini diterbitkan pada tahun 2004. Ia adalah sebuah filem tentang seorang pemuda bernama Howard Hughes yang mempunyai pelbagai kelebihan dalam hidup seperti kekayaan dan rupa yang kacak. Beliau memilih untuk menjadi seorang pengarah filem. Filem pertamanya ialah tentang perang dunia pertama dengan fokus kepada pertempuran pesawat terbang.

Pada awalnya ramai yang mentertawakan Howard kerana ideanya nampak pelik dan memerlukan modal yang besar. Howard telah bekerja keras dan mengeluarkan duitnya sendiri untuk menghasilkan filem tersebut. Ternyata filem tersebut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Howard mendapat untung besar dari filem tersebut.

2. Invictus

Filem hebat lakonan Morgan Freeman dan Matt Damon ini diterbitkan pada tahun 2009. Ia berkisar tentang kepemimpinan Nelson Mandela yang dilakonkan oleh Morgan Freeman. Filem ini berlatar belakangkan Afrika Selatan pada tahun 1994 semasa Nelson Mandela dibebaskan dari penjara selepas 27 tahun.  Apa yang menarik, beliau cuba untuk menyatukan Afrika Selatan melalui sukan ragbi. Tontonlah filem ini untuk menyaksikan kehebatan kisah benar tersebut.

3. The Wolf Of Wall Street

Filem yang diterbitkan pada tahun 2013 ini sememangnya hangat diperkatakan di Malaysia kerana ia juga terpalit dalam skandal 1MDB. Ketepikan skandal yang melanda dan tonton sendiri file mini kerana kisah benar yang dipaparkan pastinya akan membarikan inspirasi kepada anda. Filem ini dibintangi oleh Leonardo Di Caprio sebagai Jordan Belfort yang bekerja sebagai broker saham di New York City dan kejatuhan syarikatnya iaitu Stratton Oakmont akibat penipuan dan penyelewangan.

4. 127 Hours

Jika anda sukakan filem berbentuk pengembaraan, ini adalah filem berdasarkan kisah benar yang sangat sesuai untuk anda tonton. Filem ini adalah tentang perjuangan seorang pengembara bernama Aron Ralston lakonan James Franco untuk terus hidup apabila badannya tersepit pada celah batu. Beliau tersepit di celah batu selama 127 jam dalam keadaan kesakitan sambil melawan selama 127 jam melawan lapar, haus, dan kepenatan. Apabila tubuh badanya semakin lemah dan pasti bahawa tiada siapa yang akan datang untuk menyelamatkannya, beliau mengambil keputusan yang paling besar dalam hidup iaitu dengan memotong tangan untuk terus hidup. Tonton sendiri untuk mengetahui apakah kesudahannya.

5. Remember The Titans

Sumber: Disneyplus

Jika anda seorang peminat Denzel Washington, pastinya anda tidak mahu terlepas daripada menonton filem hebat berdasarkan kisah benar ini. Filem ini mengisahkan tentang Herman Boone lakonan Denzel Washington iaitu seorang jurulatih American football berkulit hitam. Apa yang menarik, pasukan beliau yang bernama The Titans terpecah berdasarkan kaum. Kemenangan pasukan ini memecahkan isu perkauman dalam sukan American football dan member pengajaran kepada penonton tentang hormat dan dedikasi.

6. Lion

Filem yang diterbitkan pada tahun 2016 ini adalah berdasarkan sebuah kisah benar di India Utara di mana seorang budak lelaki yang berusia 5 tahun bernama Saroo tersesat semasa dalam perjalanan bersama keluarganya menuju ke Kalkuta. Akhirnya beliau dijumpai oleh orang ramai dan dimasukkan ke rumah anak yatim.

Akhirnya Saroo diambil sebagai anak angkat oleh sepasang suami isteri dari Australia. 25 tahun kemudian Saroo secara diam-diam cuba menjejak semula keluarga sebenarnya dengan menggunakan Google Earth. Bagaimanakah kesudahan filem ini? Anda perlu tonton sendiri.

7. The Blind Side

Ini adalah sebuah filem yang pastinya akan memberikan inpirasi kepada anda. Ia mengisahkan tentang Michael Oher iaitu seorang remaja keturunan Afrika Amerika yang diambil dari ibunya waktu kecil. Beliau tidak pandai dalam pelajaran namun hebat dalam sukan American football. 

Seorang yang berhati baik menaja beliau untuk memasuki sekolah  swasta dan di sana beliau bertemu dengan keluarga Leanne Tuoy lakonan Sandra Bullock yang merupakan seorang perempuan berkulit putih. Keluarga Leanne Touy menerima Michael sebagai ahli keluarga mereka.

Dengan kasih sayang dari keluarga baru, beliau semakin menyinar dalam bidak akademik dan sukan American football sehingga ditawarkan pelbagai biasiswa semasa memasuki universiti. Filem ini mengajar kita tentang kasih sayang dan kecekalan untuk berjaya.

8. Cinderella Man

Filem ini adalah berlatar belakangkan tahun 1930-an di Amerika. Ia mengisahkan perjalanan hidup Jim Braddock yang bermula sebagai seorang peninju biasa dan akhirnya bergelar seorang peninju lagenda. Saksikan sendiri ketabahan dan semangat beliau untuk berjaya.

9. Moneyball

Filem lakonan Brad Pitt ini mengisahkan tentang Billy Bean iaitu pengurus pasukan baseball Oakland Athletics yang bertarung dengan masalah kewangan pasukan. Tonton sendiri bagaimana beliau berusaha mencari pemain terbaik dengan kewangan yang terhad.

10. Into The Wild

Sumber: Facebook

Ini adalah sebuah filem pengembaraan yang sangat baik di mana Christopher McCandless yang baru sahaja habis belajar di university merancang untuk menjadi pengembara mengelilingi Amerika Utara tanpa pengetahuan keluarganya. Sepanjang perjalanan beliau berjumpa dengan pelbagai jenis manusia dan mengalami pelbagai dugaan yang membuatkan beliau menjadi seorang yang lebih kuat. 

Itulah dia info  tentang filem kisah benar yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cerita motivasi perniagaan dan kisah inspirasi.

Rujukan:

  1. Facebook
Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.