Setiap rumah perlu mempunyai kelengkapan rumah. Sebagai contoh, perabut, barang dapur rumah, cawan, mangkuk, barang memasak dan sebagainya. Jadi, jika barang rumah rosak atau habis, semestinya kita akan keluar pergi membelinya di pasaraya atau kedai yang menjualnya.

Semasa ini, kita lihat barang-barang yang dijual mempunyai pelbagai harga. Jika kita tidak pandai mencari barang di kedai yang menawarkan harga yang murah, kita pasti akan membelinya tanpa berfikir apa-apa. Oleh sebab itu, kos pembelanjaan kita bulan itu akan meningkat dan banyak berlaku pembaziran. Mulalah, kita akan rasa risau dan terpaksa meminjam wang daripada kawan-kawan.

Semasa membeli belah juga, kita suka membeli barang-barang yang kita sudah ada di rumah dengan alasan ‘murah’. Apabila kita berbuat sedemikian, kita akan membeli  barang tanpa sedar bahawa duit kita sudah banyak dibelanjakan.

Jadi, bagaimanakah cara untuk kita berjimat cermat semasa membeli belah?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 4 tips berjimat ketika membeli belah. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

Imej via Facebook

4 Tips berjimat ketika membeli belah

1. Bajet

Buat bajet untuk perbelanjaan diri sendiri. Sekurang-kurangnya korang tahu aliran duit keluar masuk. Senaraikan aset dan liabiliti. Senaraikan semua hutang yang ada. Jadi, dapatlah potong mana yang tak penting untuk dibelanjakan pada perbelanjaan berikutnya.

2. Banding Harga

Sebelum nak beli sesuatu barang, cuba buat perbandingan harga. Teliti dulu mana yang lebih berpatutan untuk dibeli. Jangan terus beli je. Barang murah tak semestinya tak berkualiti. Semuanya terpulang kepada kita. Jadilah pengguna yang bijak.

3. Senaraikan Barang Hendak Dibeli

Sebelum pergi ke pasaraya catat dulu barang yang hendak dibeli. Tak perlu gunakan troli barang kalau senarai barang nak beli tu sikit. Gunakan bakul je. Amalkan 10 saat berfikir sebelum letak barang dalam bakul. Jika nak beli kehendak atas daripada RM500 ataupun terpaksa berhutang, fikir 30 hari sebelum ambil keputusan muktamad. Supaya tiada penyesalan di masa depan.

4. Catat Perbelanjaan

Catat semua perbelanjaan. Walaupun setiap sen. Kalau setiap kali berbelanja makan RM10.10, 10 sen tu kena tulis juga. Jangan abaikan. 10 sen bocor. Kalau 10 kali dah RM1. Fikir-fikirkan. Bercintalah dengan aplikasi yang kau mudah untuk kesan aliran duit keluar masuk wang kau.

Ikut segala peruntukan bajet belanja kau, Tak guna ada telefon pintar kalau kau malas nak buat bajet. Paling simple kau buat group dekat WhatsApp dan tulis (-RM30) untuk duit keluar.

*Setiap kali pergi membeli belah, pastikan kita tetapkan bajet dan hanya membeli barang yang betul-betul perlu sahaja. Lebih mudah, jangan bawa wang yang banyak, pastikan maksimum dalam duir dalam dompet RM200 sahaja. Kira setiap kali ambil barang agar tidak berlebihan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang disayangi.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.