Nak tak kalau kami kongsikan 10 cara menyimpan duit dengan bijak? Ini adalah cara menyimpan duit yang boleh diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat dari pelajar sehingga mereka yang sudah bekerja. Malah ia juga sesuai untuk semua tak kira berapa banyak pendapatan anda setiap bulan. Yang bergaji kecil juga boleh mengamalkannya. Semoga bermanfaat!
Ini adalah perkara pertama yang perlu anda lakukan. Sebaik sahaja mendapat duit gaji, apa yang perlu anda lakukan ialah:
Kad kredit kelihatan sangat bergaya. Malah anda juga akan berasa seronok membayar dengan menggunakan kad kredit memandangkan ia bukanlah duit yang akan ditolak dari akaun anda. Namun, penggunaan kad kredit akan menyebabkan anda berbelanja secara berlebihan. Anda akan menyesal apabila tiba waktu untuk membuat bayaran.
Oleh itu, elakkan daripada menggunakan kad kredit. Usahakan untuk menghabiskan hutang kad kredit yang ada dan seterusnya batalkan kad kredit anda. Percayalah! Anda akan dapat menyimpan dengan lebih banyak apabila tidak mempunyai kad kredit.
Seterusnya, untuk menyimpan duit dengan cara yang bijak, anda perlu pandai membezakan di antara keperluan dan kehendak. Bukan semua benda yang anda inginkan, wajib anda beli. Sebelum membeli sesuatu, pastikan anda nilaikan terlebih dahulu sama ada barang tersebut adalah satu keperluan atau sekadar nafsu anda semata-mata.
Sebagai contoh, jika anda ingin membeli kereta baru, nilaikan sama ada anda benar-benar memerlukan kereta baru atau sekadar untuk keseronokan diri. Jika kereta anda suda uzur dan sering rosak, maka kereta baru adalah satu keperluan. Jika ahli keluarga anda semakin bertambah dan tidak mampu untuk menampung keperluan anda seisi keluarga, ya. Kereta baru adalah keperluan. Namun jika kereta sedia ada masih elok dan selesa untuk anda sekeluarga, maka kereta baru hanyalah kehendak.
Setelah mengasingkan duit untuk simpanan dan selesai membayar semua hutang serta komitmen, kini tiba masa untuk anda menyediakan belanjawan bulanan. Pastinya anda sudah tahu anggaran belanja anda setiap bulan. Berapa total untuk minyak bulanan, berapa belanja untuk barang dapur, berapa pula belanja untuk lampin dan susu anak. Apa yang perlu anda lakukan ialah:
Dari sini anda akan nampak berapakah jumlah perbelanjaan bulanan keluarga anda. Anda boleh kurangkan mana yang tidak perlu.
Setelah mempunyai pelan belanjawan bulanan, tiba masa untuk mempraktikkannya. Pastikan anda disiplin dalam mengikut pelan belanjawan bulanan yang disediakan. Jangan membeli barang lain yang bukan keperluan melainkan ada lebihan wang.
Satu lagi cara untuk menyimpan duit ialah dengan cara memasak di rumah. Memasak di rumah adalah sangat menjimatkan berbanding makan di luar. Bukan itu sahaja, malah masakan rumah juga pastinya jauh lebih bersih, selamat, dijamin halal, dan lazat.
Tips seterusnya ialah anda boleh menyediakan satu tabung harian. Setiap hari anda boleh masukkan RM1 ke dalam tabung tersebut, atau pun sebarang jumlah. Atau anda juga boleh masukkan duit baki dari berbelanja ke dalam tabung ini. Pada hujung tahun, anda boleh gunakan duit ini untuk bercuti, membeli barang yang anda ingini, atau masukkan ke akaun bank.
Tabung berwarna bermaksud anda menyimpan wang mengikut warna pilihan. Katakana anda memilih duit berwarna oren. Maka setiap kali anda mendapat duit not RM20, anda tidak dibenarkan untuk menggunakan duit tersebut. Sebaliknya anda perlu menyimpannya ke dalam tabung. Pecahkan tabung berwarna anda pada hujung tahun dan kira jumlahnya.
Selain tabung berwarna, anda juga boleh sediakan tabung duit siling. Simpan duit siling yang anda perolehi semasa berbelanja ke dalam tabung ini. Jika anda terjumpa duit siling di atas lantai, usah dibiar. Kutip dan masukkan ke dalam tabung. Duit siling kelihatan seperti tidak mempunyai nilai, namun bak kata orang tua, kalau tiada 50 sen tak cukup RM100.
Akhir sekali anda boleh sediakan satu tabung khas untuk satu tujuan yang khusus. Sebagai contoh, katakana anda ingin membeli beg tangan berharga RM100 sebagai self reward memandangkan sudah 10 tahun anda tidak membeli beg tangan baru. Wujudkan satu tabung yang bernama Tabung Beg Tangan. Simpan duit ke dalam tabung ini sehingga cukup.
Itulah dia info tentang cara menyimpan duit dengan bijak yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara guna kad kredit dan cara cari duit lebih