Simpanan tetap atau fixed deposit adalah salah satu daripada pelaburan yang boleh anda pilih, sekiranya masih mencari-cari pelaburan yang sesuai untuk menyimpan dan menggandakan duit yang anda ada. Namun mungkin anda masih teragak-agak sama ada mahu memilih simpanan tetap atau tidak kerana tidak mempunyai ilmu yang lengkap tentangnya. Jom kami kongsikan info lengkap  tentang fixed deposit yang boleh menjadi panduan anda.

Sumber: Moneyissues

Apa itu fixed deposit?

Simpanan tetap atau lebih dikenali sebagai fixed deposit, atau nama popularnya “FD” merujuk kepada sejenis simpanan di bank atau akaun pelaburan yang menjanjikan pelabur satu kadar faedah yang tetap. Sebagai balasan, pelabur bersetuju untuk tidak mengeluarkan dananya dalam jangka masa yang ditetapkan. Ini bermaksud anda bersetuju untuk menyimpan wang anda untuk tempoh tertentu, di mana wang tersebut tidak boleh dikeluarkan.

Anda akan mendapat faedah apabila mencapai tempoh matang iaitu cukup tempoh yang dijanjikan. Iaitu apabila cukup tempohnya. Oleh kerana tempoh dan kadar faedah sudah ditetapkan, anda akan mengetahui berapakah jumlah faedah yang bakal diperolehi pada hujung tempoh pelaburan simpanan tersebut.

Bolehkah anda mengeluarkan duit lebih awal daripada tarikhnya?

Anda dibenarkan untuk membuat pengeluaran awal sebelum tarikh matang sijil akaun simpanan tetap namun ia akan menyebabkan pembayaran faedah akan dikurangkan. Dalam masa yang sama bayaran feadah anda aka diselaraskan menurut terma-terma dan syarat-syarat yang dipersetujui.

Berapa lamakah tempoh simpanan fixed deposit?

Tempoh simpanan fixed deposit  berbeza dari 1 bulan sehingga 5 tahun. Setiap tempoh akan memberikan kadar faedah yang berbeza. Secara amnya lagi lama tempoh simpanan, lebih tinggi kadar faedah yang anda akan dapat. Sebagai contoh, bagi fixed deposit Bank Rakyat, kadar faedah adalah seperti berikut:

  • 1 bulan: kadar faedah 3.00% setahun
  • 2 bulan: kadar faedah 3.00% setahun
  • 3 bulan: kadar faedah 3.05% setahun
  • 6 bulan: kadar faedah 3.10% setahun
  • 12 bulan: kadar faedah 3.15% setahun

Kadar faedah juga menjadi lebih tinggi sekiranya anda melabur amaun yang tinggi. Semakin tinggi jumlah pelaburan, semakin tinggi kadar faedah yang anda akan dapat.

Sumber: Rileklah

Bolehkah fixed deposit mendatangkan keuntungan?

Jawapannya ialah boleh. Namun jumlah keuntungan tidaklah setinggi bermain saham, stok, atau amanah saham. Namun bagi pelaburan fixed deposit, risiko yang anda hadapi adalah lebih rendah berbanding yang lain. Apa yang perlu anda lakukan ialah pilih bank yang menawarkan faedah paling tinggi, simpan duit anda dan tunggu sehingga mencapai tarikh matang untuk mendapat faedah iaitu keuntungan.

Adakah fixed deposit lebih menguntungkan daripada akaun simpanan?

Jawapannya ialah ya, fixed deposit adalah lebih menguntungkan berbanding menyimpan dalam akaun simpanan biasa. Namun harus diingat bahawa jika menyimpan dalam fixed deposit, anda tidak boleh mengeluarkan wang tersebut sehingga tarikh matang sekiranya ingin mendapatkan faedah. Faedah hanya akan diperolehi apabila tempoh matang dicapai. Berbeza dengan akaun simpanan di mana feadah akan diberikan pada setiap hujung bulan dan hujung tahun. Jika berlaku sebarang kecemasan, jika anda perlu mengeluarkan duit lebih awal daripada tarikh matang, untuk simpanan fixed deposit anda tidak akan mendapat faedah dari simpanan tersebut.

Bolehkah bukan warga negara memohon fixed deposit di Malaysia?

Jawapannya ialah ya. Simpanan fixed deposit dibuka kepada warga negara Malaysia dan juga bukan warganegara. Warga asing yang berminat boleh  memohon Deposit Tetap Matawang Asing yang selalunya ditawarkan sehingga tempoh 12 bulan.

Adakah fixed deposit sesuai untuk dijadikan sebagai simpanan untuk hari tua?

Fixed deposit boleh dijadikan sebagai salah satu daripada simpanan untuk hari tua memandangkan ia menawarkan faedah yang tetap dengan kadar risiko yang tidak begitu tinggi.

Berapa banyak wang deposit yang diperlukan untuk memohoh fixed deposit?

Simpanan tetap memerlukan minimum deposit yang selalunya bergantung kepada tempoh pelaburan yang dipilih. Kebiasaannya simpanan dengan tenpoh yang sekejap memerlukan deposit yang lebih tinggi berbanding simpanan untuk tempoh yang lebih lama. Sebagai contoh,  Akaun Simpanan Tetap Maybank menetapkan minimum deposit sebanyak RM5,000 untuk tempoh pelaburan 1 bulan namun bagi tempoh pelaburan 2 bulan ke atas, minimum deposit hanya RM1,000 sahaja.

Apa yang akan terjadi apabila fixed deposit matang?

Bergantung kepada jenis akaun simpanan tetap yang dipilih, jumlah deposit dan faedah akan dikreditkan ke akaun anda. Atau anda boleh perbaharui akaun fixed deposit tersebut secara automatik. Maybank dan CIMB menawarkan eFixed Deposit yang mempunyai pembaharuan secara automatik.

Boleh keluarkan wang dari fixed deposit pada bila-bila masa sebelum tarikh matang? Adakah ia akan menjejaskan kadar faedah?

Sekiranya berlaku kecemasan dan anda perlu mengeluarkan duit dari fixed deposit sebelum sampai tarikh matangnya, anda boleh membuat pengeluaran pramatang ataupun pengeluaran separa seperti yang ditawarkan oleh Maybank dan Alliance Bank. Bergantung kepada berapa lama tempoh pelaburan tersebut, anda mungkin akan mendapat sebahagian daripada faedah atau tidak mendapat sebarang faedah.

Sumber: Squarecapital

Simpanan tetap adalah medium pelaburan yang bagus untuk anda yang baru nak mula melabur. Anda hanya perlu letakkan sejumlah wang deposit dan tunggu sehingga mencapai tempoh matang. Itulah dia info  tentang senarai bank di malaysia yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang simpanan WAHED dan zakat wang simpanan.

Rujukan:
1. Loanstreet

2. Imoney

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.