Sukar hendak menyimpan kerana duit gaji kecil? Bagaimana kalau kami katakan anda masih boleh lagi menyimpan walaupun dengan gaji rendah. Hanya menggunakan teknik pembiayaan ASB Loan.

Benar!

Seperti ramai orang kaya, untuk kaya, kita mestilah tahu untuk menggunakan duit orang lain dan memberanakkannya.

Artikel penulisan daripada Cik Puan Syafieqa Alya ini adalah jawapannya.

Rata-rata mereka yang sudah berkahwin mempunyai pinjaman peribadi sebagai perbelanjaan dan hantaran perkahwinan mereka atau atas urusan lain.

Bukan atas jumlah pinjaman yang kecik, kebanyakannya jumlah yang besar dan hinggakan bayaran semula pinjaman mencecah separuh dari gaji. Tak masuk akal kan?

Sekarang saya kongsikan tips ini agar korang juga mempunyai simpanan.

1. Jumlah kan gaji korang dan pasangan, tolak komitmen yang melibatkan bank serta asing kan perbelanjaan harian anda.

2. Jika tiada simpanan langsung, korang disarankan lakukan sesuatu sama ada cari tambahan income atau kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu

3. Saya tunjukkan kiraan di bawah, korang sesuaikan lah dengan kewangan dan mengikut kemampuan korang tu. Tetapkan simpanan setiap bulan dan meletakkan target simpanan untuk setiap anak korang (atau korang letakkan target sebagai simpanan keluarga)

 

Cara 1 : Apply ASBF RM40K @ RM219 sebulan

Tak susahkan simpan RM219 ni untuk korang.

Tempoh pembiayaan ASBF ambil max iaitu 30 tahun. Keuntungan bank 5.2%. Tempoh pembiayaan 30 tahun. Kadar purata dividen tahunan 6.75%. Korang kekalkan simpanan ini dan tidak sentuh dividen tahunan. Ini hasilnya:

3 tahun : RM10,459
5 tahun : RM18,665
10 tahun : RM44,135 (sijil habis dibayar)

Korang tahu tak simpanan di ASBF yang disimpan hingga tempoh 10 tahun, korang mampu untuk settlekan pembiayaan ASB korang secara tunai dan korang dapat semula sijil ASB 40K korang tu tanpa perlu tunggu 10 tahun pun.

Jika di bandingkan korang simpan sendiri sendiri dengan jumlah dan tahun yang sama, anda hanya peroleh R37,182(simpan sendiri)

Lagi best kalau korang boleh buat 40K + 40K dengan kekalkan bulanan yang sama iaitu RM219 sebulan.

Caranya adalah apply lagi sijil kedua asbf bernilai 40k jugak pada tahun kedua. Di sarankan apply pada bulan 11. Maka bayaran bulanan akan start pada bulan 1 tahun ketiga.

Sijil kedua ni korang guna teknik rolling. Ambil dividen sijil pertama dan gunakan sebagai bayaran lum sump setahun untuk sijil kedua.

Maka hasilnya selepas 9 tahun : RM9,061

Dan jumlah untuk kedua sijil 1 & 2 adalah RM53,196

Cara 2 : Jadikan hutang negatif korang menjadi positif

Jika korang ada simpanan sedikit, gunakan simpanan tersebut untuk bayaran lump sum ASBF untuk tempoh setahun.

Selarikan jumlah dividen ASBF itu mampu bayar untuk bayaran satu tahun pinjaman negatif korang. (Disarankan ambil pulangan dividen yang lebih sedikit dari jumlah pinjaman setahun korang untuk settle kan tempoh pinjaman anda.

 

Cara 3 : Setiap pasangan ada simpanan sendiri iaitu apply ASBF atas nama sendiri.

Ia boleh dijadikan simpanan kecemasan jika salah seorang pasangan mengalami masalah kewangan. Maka hasilnya akan jadi double jika pasangan suami isteri membuat simpanan tersebut

 

Cara 4 : Pelbagaikan simpanan kewangan keluarga.

ASB Loan
Imej via stevepb

Sekurang-kurangnya korang mempunyai kesemua instrument kewangan yang saya pernah kongsikan.

4. Jika korang buat tabung khas atau simpanan untuk pendidikan anak-anak. Korang boleh mula follow Cara 1 di atas menggunakan nama korang.

Bayangkan selepas 10 tahun simpanan setiap anak korang sudah mempunyai simpanan sendiri berjumlah RM53K. Boleh lah gunakan simpanan ini tanpa perlu meminjam PTPTN lagi.

5. Jika pasangan adalah seorang yang boros, anda mestilah kawal kewangan anda dari bocor setiap bulan sampai kering simpanan korang

6. Didik anak-anak budaya sikap menyimpan agar mereka dapat kawal kewangan mereka lebih bijak.

7. Pastikan simpanan meningkat dari tahun ke tahun seiring dengan kenaikan gaji anda

8. Pasangan anda tidak bersetuju dengan Cara ini? Korang lakukan lah at least untuk diri sendiri serta anak-anak

Semoga perkongsian yang singkat ini dapat beri input bermanfaat untuk korang

LIKE, SHARE dan TAG pasangan korang sekarang, ia mungkin dapat bantu urus kewangan keluarga korang

 

Artikel Menarik Lain

Suka dengan artikel di atas? Selain artikel teknik loan ASB ini, kami juga menulis artikel tips kewangan meanrik yang lain. Jemput baca dan hadam ya.

 

Copy

Penulis: SyafieqahAlya

Rajin berkongsi tips urus kewangan diri , cara menjadi pelabur bijak dan rancang kewangan untuk masa depan kita. Seorang anak mudah yang rajin berkongsi info tips ASB dan berjaya mencapai impian 'kewangan' dalam usia muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.