Hampir 80% penduduk Malaysia tidak tahu lagi cara yang sangat senang dan mudah untuk menyimpan duit ASB ini tanpa bank charges RM1.06 !

Seperti yang anda semua tahu, kalau nak simpan duit ASB melalui Maybank atau CIMB, biasa akan dikenakan charges RM1.06 sekali transaksi. Sedangkan cara yang kami kongsikan ini tidak ada sedikit apa-apa caj yang dikenakan.

Terbukti penulis sudah cuba simpan duit ASB melalui MyASNB dan guna bank CIMB dan Maybank untuk transfer, berita gembiranya adalah kedua-duanya tidak dikenakan apa-apa caj pun. Lebih dasyat lagi, dari semua bank tempatan dan oversea pon boleh seperti HSBC, OCBC dan lain-lain.

Jadi mulai dari hari ini anda boleh la simpan duit ASB dengan senang hati. Di bawah ini akan dikongsikan kepada anda semua.

Langkah-langkah Cara Paling Mudah Untuk Simpan Duit ASB Melalui MyASNB

Cara Paling Mudah Nak Simpan Duit ASB Melalui MyASNB

Imej via Facebook

Kepada anda yang tak pernah register myASNB , boleh click link ini untuk belajar register.

Baiklah, kepada anda yang sudah register myASNB, boleh mulakan step by step di bawah ini ya.

1) Click “Log Masuk”,

2) Masukkan ID Pengguna anda,

3) Click “Teruskan”,

4) Masukkan “Kata Laluan”,

5) Click “Teruskan”,

6) Scroll ke bawah sedikit, akan nampak point No.6 iaitu “Pelaburan Tambahan”. Click saja mana-mana, sama ada ASB 1 atau ASB 2. Sudah tekan? Jom tengok step seterusnya pula.

7) Pilih mana-mana bank yang anda mahu guna untuk tolak duit bank anda ke tabung ASB. Contoh: “Maybank Islamic Berhad”. Lepas pilih click “Done”.

8) Isikan “No Akaun Bank” anda,

9) Click “Seterusnya”,

12) Masukkan berapa jumlah yang anda nak simpan ke dalam ASB anda. Contoh : RM500.

13) Click “Seterusnya”,

14) Untuk teruskan, anda perlu masukkan huruf dan nombor yang tertera di bawah ‘Captcha’,

15) Click “Seterusnya”,

16) Click “Proceed To Pay”,
Part ni anda perlu double check supaya semuanya betul.

Scroll sikit di bawah ini akan jumpa list of ‘Retail Banking’.

18) Click “Agree and Continue”,
Akan keluar/pop-up Maybank2u untuk login.

19) Masukkan “Username” anda dan click Next,

20) Masukkan password dan click “Login”,

21) Click “Continue”,

22) Click “Request for TAC” dan masukkan number TAC setelah mendapat SMS TAC Code.

23) Click “Confirm”,

24) Akhir sekali, Click “Continue with Transaction”

Anda telah berjaya menyimpan duit dalam akaun myASNB.

Nanti cuba anda check baki dalam akaun myASNB, pastikan amaun yang anda topup itu akan bertambah. Dan pastikan juga dalam akaun Maybank2u anda duit akan tolak juga tanpa ada apa-apa bank caj.

Tahniah! Dan selamat menyimpan duit ke tabung ASB.

Nota tambahan : Transaksi hanya boleh dibuat dari hari ahad hingga jumaat dari 7am – 6pm sahaja. Kecuali hari sabtu dan cuti umum

 

Artikel Menarik Lain

Suka dengana rtikel di atas? Selain artikel teknik loan ASB ini, kami juga menulis artikel tips kewangan meanrik yang lain. Jemput baca dan hadam ya.

 

Copy

Penulis: Nur Aliah Mohd Nor

Usahawan muda dan rajin berkongsi tips-tips kewangan yang praktikal. Ikuti beliau di Facebook untuk info kewangan santai yang menarik.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.