Mencari cara membayar hutang dengan cepat? Hidup dengan bebanan hutang bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Nak-nak lagi hutang bukan keperluan yang anda buat dan akhirnya menyesal. Jika anda berazam untuk menyelesaikan hutang dengan cepat dan berusaha untuk hidup bebas hutang, kami ingin mengucapkan jutaan tahniah kerana anda telah diberikan kesedaran yang tidak mampu dimiliki oleh semua orang.
Kami akan kongsikan 10 cara bayar hutang dengan cepat yang terbukti berkesan. Selamat mencuba.
Langkah pertama yang perlu anda lakukan untuk membayar hutang dengan cepat ialah dengan menyediakan belanjawan bulanan. Senaraikan semua pendapatan perbelanjaan bulanan anda dan pastikan tiada satu pun yang tertinggal termasuklah belanja untuk membeli air di Starbucks dan tiket untuk bayaran parking. Anda boleh sediakan dalam bentuk Excel atau gunakan mana-mana aplikasi pengurus kewangan.
Pastikan anda jujur semasa menyediakan senarai. Kemudian anda boleh lihat ke mana duit anda habis setiap bulan. Tiba masanya untuk anda membetulkan cara anda berbelanja.
Apabila anda sudah mempunyai senarai semua hutang yang ada, langkah seterusnya ialah dengan cara menyelesaikan hutang yang paling kecil dahulu dengan menggunakan kaedah snowball. Dengan teknik ini, apa yang perlu anda lakukan ialah bayar hutang yang paling kecil dahulu. Apabila selesai hutang tersebut, anda selesaikan pula hutang seterusnya. Ulang sehingga semua hutang selesai.
Kebanyakan daripada suka suka membayar hutang pada jumlah minima. Jika anda ingin menghabiskan hutang dengan cepat, kami nasihatkan anda untuk membayar lebih daripada jumlah minima agar hutang anda selesai dengan lebih cepat dan anda dikenakan kadar faedah yang kurang. Jika anda tidak mampu membayar dengan jumlah lebihan yang banyak, lebihkan dalam jumlah RM30 pun sudah memadai.
Ini adalah cara bayar hutang dengan cepat yang tak ramai orang tahu. Satukan hutang dengan pinjaman peribadi adalah langkah untuk mengurangkan jumlah hutang dengan mengurangkan kadar faedah. Mungkin anda terlepas pandang bahawa pinjaman periba mempunyai kadar faedah yang lebih rendah.
Penyatuan hutang bermaksud menyatukan semua hutang yang anda ada menjadi satu pembayaran ansuran. Dengan cara ini, anda boleh kurangkan jumlah bayaran bulanan dan fokus untuk membayar satu hutang sahaja.
Sesetengah kad kredit membenarkan anda melakukan pindahan baki iaitu untuk memindahkan dana pada kadar faedah 0%. Oleh itu, jika anda mempunyai hutang yang anda yakin akan dapat diselesaikan dalam tempoh beberapa bulan, semak dengan bank anda untuk membuat pindahan baki bagi membayar hutang dengan lebih cepat dengan cara yang menguntungkan.
Walau pun anda sudah mempunyai belanjawan bulanan, sebagai manusia pastinya anda tersasar daripada perancangan yang disediakan. Nasihat kami, jika anda betul-betul mahu melangsaikan hutang dengan cepat, berbelanjalah secara berhemah. Jangan membazir dengan perkara yang bukan keperluan. Banyakkan memasak di rumah dan kurangkan makan di luar. Banyak wang yang mampu anda jimatkan.
Apabila mendapat bonus, pastinya anda teruja untuk berbelanja, atau teringin untuk pergi bercuti. Nasihat kami, gunakan sedikit daripada duit bonus tadi untuk membayar hutang. Jangan digunakan kesemua duit tesebut untuk berbelanja dan berseronok.
Cara bayar hutang dengan cepat yang seterusnya ialah dengan cara menambah pendapatan. Pada hari ini terdapat pelbagai cara untuk menambah pendapatan. Anda boleh berniaga secara online. Ia adalah cara yang paling mudah. Kalau anda rajin boleh juga jadi rider Food Panda atau Grab Food. Anda pandai memasak dan baking? Ia juga boleh menjadi punca pendapatan yang lumayan. Dengan menambah pendapatan, anda akan mempunyai lebihan wang untuk membayar hutang dengan lebih banyak.
Salah satu cara untuk mendapat duit lebih ialah dengan menjual barang yang tidak digunakan lagi. Mungkin anda akan berasa sayang untuk menjual barang tersebut. Nak-nak lagi jika ia adalah pemberian orang atau mempunyai kenangan tersendiri. Namun percayalah dapat menyelesaikan hutang dengan cepat adalah sangat membahagiakan.
Menjual barang yang tidak digunakan juga akan menjadikan rumah anda lebih kemas dan tersusun. Tiada lagi barangan yang menjadi tempat memerangkap habuk dan sarang lipas. Pastinya anda akan terkejut apabila melihat berapa banyak duit yang anda mampu perolehi daripada hasil jualan barangan yang hanya bergelimpangan dan tidak pernah digunakan lagi. Gunakan duit yang diperolehi untuk membayar hutang.
Menyelesaikan hutang bukanlah perkara yang mudah, lebih-lebih lagi bagi hutang yang mempunyai nilai yang besar. Ianya memerlukan keazaman dan disiplin yang kuat.
Apa yang perlu anda lakukan ialah fokus dan sentiasa bayangkan betapa indahnya hidup tanpa hutang. Dalam masa yang sama jangan sesekali buat hutang baru melainkan terpaksa dan ia adalah satu keperluan. Nafsu untuk membuat hutang baru akan dapat dijinakkan sekiranya anda betul-betul bertekad untuk hidup bebas hutang.
Itulah dia info tentang cara membayar hutang dengan cepat yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang:
Rujukan:
1. Directlending