Nak tahu cara bebas hutang yang mudah diamalkan? Financial freedom atau kebebasan kewanangan adalah impian setiap manusia. Siapa yang tak mahu hidup tanpa hutang?

Namun hakikatnya dalam dunia yang serba mencabar, nak tak nak kita terpaksa juga berhutang demi kelangsungan hidup. Bukan semua orang mampu untuk membeli rumah dan kenderaan secara tunai tanpa berhutang. Bagi anda yang benar-benar sedang berusaha untuk membebaskan diri daripada belenggu hutang, jom kami kongsikan cara bebas hutang dengan teknik snowball yang terbukti berkesan dan tidak membebankan.

Sumber: Cahayaislam

1. Senaraikan semua hutang yang ada

Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan menyenaraikan semua hutang yang anda ada. Pastikan tiada satu pun hutang yang tercicir dari senarai. Senaraikan semua hutang termasuklah hutang dengan bank, pinjaman pendidikan, dan juga hutang peribadi dengan ahli keluarga dan kenalan. Susun hutang anda dengan menyenaraikan hutang berbaki paling sedikit di bahagian paling atas dan hutang berbaki paling tinggi pada bahagian paling bawah. Sebagai contoh:

  1. Hutang dengan Kak Long RM100.00
  2. Hutang mak ayah RM1000.00
  3. Hutang peribadi CIMB RM9000.00
  4. Hutang PTPTN RM13,000.00
  5. Hutang kereta RM23,000.00
  6. Hutang rumah RM600,000.00

2. Senaraikan kadar faedah (interest rate) untuk setiap hutang

Langkah seterusnya yang perlu anda lakukan ialah untuk menyenaraikan kadar faedah  (interest rate) untuk setiap hutang. Jika anda tidak pasti berapakah kadar faedah untuk pinjaman anda, anda boleh menghubungi pihak bank dan minta mereka berikan maklumat tersebut:

  • Baki pinjaman.
  • Kadar faedah.
  • Jumlah baki pinjaman termasuk kadar faedah yang dikenakan.

Kemudian jangan lupa untuk mencatatkan kadar faedah di sebelah hutang yang telah disenaraikan. Sebagai contoh:

  1. Hutang dengan Kak Long RM100.00 ( Tiada faedah)
  2. Hutang mak ayah RM1000.00 (Tiada faedah)
  3. Hutang peribadi RM9000.00 ( 3%)
  4. Hutang PTPTN RM13,000.00 (3%)
  5. Hutang kereta RM23,000.00 (3.6%)
  6. Hutang rumah RM600,000.00 ( 7%)

3. Catat tarikh akhir pembayaran untuk mengelakkan denda lewat bayar

Setiap hutang dengan bank atau syarikat kewangan pastinya mempunyai tarikh akhir atau due date yang perlu dikejar agar anda tidak dikenakan denda akibat bayaran lewat. Denda bayaran lewat akan menyebabkan hutang anda bertambah, walau pun sedikit. Kenal-pasti tarikh akhir bayaran setiap hutang dan catatkan pada senarai hutang anda tadi.

  1. Hutang dengan Kak Long RM100.00 ( Tiada faedah) ( Tiada tarikh akhir)
  2. Hutang mak ayah RM1000.00 (Tiada faedah) (Tiada tarikh akhir)
  3. Hutang peribadi RM9000.00 ( 3%) ( 29hb)
  4. Hutang PTPTN RM13,000.00 (3%) (Tiada tarikh akhir)
  5. Hutang kereta RM23,000.00 (3.6%) (3hb)
  6. Hutang rumah RM600,000.00 ( 7%) ( 15 hb)
Sumber: Codeburst

4. Dari senarai hutang anda, pilih hutang yang paling kecil nilainya

Dalam cara menyelesaikan hutang dengan menggunakan teknik snowball, anda perlu menyelesaikan hutang dengan nilai yang paling kecil terlebih dahulu. Oleh itu, lihat semula senarai hutang anda dan pilih hutang yang paling kecil untuk diselesaikan dahulu.  Lihat semula senarai tadi:

  1. Hutang dengan Kak Long RM100.00 ( Tiada faedah) ( Tiada tarikh akhir)
  2. Hutang mak ayah RM1000.00 (Tiada faedah) (Tiada tarikh akhir)
  3. Hutang peribadi RM9000.00 ( 3%) ( 29hb)
  4. Hutang PTPTN RM13,000.00 (3%) (Tiada tarikh akhir)
  5. Hutang kereta RM23,000.00 (3.6%) (3hb)
  6. Hutang rumah RM600,000.00 ( 7%) ( 15 hb)

Hutang yang paling kecil ialah hutang dengan Kak Long. Sekarang anda perlu fokus untuk membayar hutang tersebut secara konsiten setiap bulan atau kumpul duit sebanyak RM100.00 dan bayar sekali gus kepada beliau.

5. Setelah anda berjaya menyelesaikan hutang yang paling kecil, pilih pula hutang kedua di dalam senarai anda

Apabila hutang dengan Kak Long selesai, anda pergi pula kepada hutang kedua kecil didalam senarai.

  1. Hutang dengan Kak Long RM100.00 ( Tiada faedah) ( Tiada tarikh akhir)
  2. Hutang mak ayah RM1000.00 (Tiada faedah) (Tiada tarikh akhir)
  3. Hutang peribadi RM9000.00 ( 3%) ( 29hb)
  4. Hutang PTPTN RM13,000.00 (3%) (Tiada tarikh akhir)
  5. Hutang kereta RM23,000.00 (3.6%) (3hb)
  6. Hutang rumah RM600,000.00 ( 7%) ( 15 hb)

Hutang kedua kecil ialah hutang dengan mak ayah iaitu sebanyai RM1000.00. Tiba masanya untuk anda fokus menyelesaikan hutang ini. Bayar sedikit demi sedikit atau kumpul duit untuk membayar secara sekali gus.

6. Ketepikan nilai yang anda gunakan setiap bulan untuk membayar hutang sebelum ini, dan tambah nilai tersebut untuk membayar hutang seterusnya

Mudah sahaja. Katakan anda sudah berjaya menyelesaikan hutang kereta dan kini fokus untuk menyelesaikan hutang rumah, apa yang perlu dilakukan ialah gunakan duit yang sepatutnya digunakan untuk membayar kereta tadi untuk membayar hutang rumah dengan lebih banyak. Sebagai contoh, jika selama ini anda membayar RM500 sebulan untuk kereta, setelah hutang kereta habis, gunakan RM500 tersebut untuk membuat bayaran lebih untuk rumah. Dengan cara ini, hutang rumah anda akan selesai dengan lebih cepat.

7. Ulang strategi ni setiap kali anda membuat hutang

Gunakan 6 langkah di atas setiap kali anda terpaksa membuat hutang baru. Insya Allah anda akan berjaya menghabiskan bayaran hutang dengan lebih cepat.

Sumber: Imoney

Itulah dia info  tentang cara bebas hutang yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang:

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.