Ibu bapa mahupun bakal ibu bapa mesti rasa risau tidak mampu untuk menanggung kos pendidikan anak dengan keadaan ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat.

Kalau kos sara hidup boleh meningkat dari tahun ke tahun, sudah tentu 20-30 tahun akan datang, kos pendidikan juga turut terkesan dengan peningkatan inflasi. Sama ada untuk pengajian dalam atau luar negara.

Lihat saja hari ini berapa ramai ibu bapa mengeluh dengan bayaran yuran tadika yang mahal, bayaran untuk menghantar anak ke sekolah asrama, dan kos untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Namun sebagai ibu bapa, sudah semestinya sanggup berkorban demi masa depan anak kita sendiri bukan?

Oleh itu, anda mesti baca rahsia yang kami dedahkan tentang cara membina dana pendidikan untuk anak dan bila masa yang sesuai untuk melakukan simpanan dana tersebut.

Dana Pendidikan Anak

Imej via Comparehero

Ada Beberapa Cara Membina Dana Pendidikan Anak Dan Bila Boleh Dibuat?

1. Seawal mengandung letak di tabung buluh bawah katil pun okay. RM3 sehari sudah dapat RM840 sepanjang mengandung.

2. Seawal hari pertama anak lahir bukalah Tabung Haji atau SSPN. Wang sedekah saudara mara RM300 hingga RM500 sorok di sana. Pengecualian cukai SSPN tahunan pun letak di TH/SSPN.

3. Seawal umur anak 6 bulan, bukalah akaun ASB pada minimum simpanan RM2.74 sehari bersamaan RM1,000 setahun. Umur anak 10 tahun paling busuk sudah ada RM10,000 tidak termasuk dividen.

4. Sebelum anak 10 tahun belikan rumah sebuah seorang. Mama Papa koreklah KWSP anggaran RM5,000 hingga RM10,000 sebagai modal awal.

5. Seawal anak 18 tahun buat maksimum ASBF RM400K. Mama Papa mohon gunakan kuota anak. Kalau ada dua anak tambah Mama Papa RM400K x 4 orang = RM1.6 juta simpanan keluarga.

6. Ini bukan sekadar teori. Penulis sudah membuktikan dengan buat nombor 1 hingga nombor 4. Nombor 5 pula akan buat bila umur mereka 18 tahun nanti.

7. Ini juga bukan sekadar kerana gaji laki bini besar. Mungkin anda memiliki gaji lebih besar. So, anda boleh buat lebih baik. Yang gaji kecil, carilah pendapatan kedua.

8. Banyak cara nak bina dana pendidikan anak. In fact kumpul modal perkahwinan mereka pun boleh.

9. Untuk yang sudah mengetahui rahsia ini, anda tahu tak semestinya rakan lain tahu juga. Semoga bermanfaat buat sahabat yang belum tahu.

Sila like dan kongsikan kepada rakan-rakan anda untuk membina keluarga yang lebih baik di masa depan.

Penulis: Marlia Ramli

Marlia Ramli

Rajin berkongsi tentang ilmu kewangan di status Facebooknya. Tips yang dikongsi mudah untuk dipraktikkan. Klik sini untuk maklumat lanjut Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.