Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP adalah skim faedah persaraan di Malaysia yang disediakan untuk semua pekerja bergaji sama ada bekerja di sektor swasta, kerajaan ataupun pekerja persendirian juga. Semuanya boleh mendaftar.
KWSP dibentuk di Malaysia dalam menyediakan kerangka kerja yang mudah bagi majikan untuk menolong mereka memenuhi kewajipan pekerja mereka.
Adalah menjadi tanggungjawab majikan dan pekerja untuk membuat caruman yang diperlukan untuk akaun KWSP individu berdasarkan gaji bulanan pekerja yang berkenaan.
Bagi pekerja yang memperolehi gaji bulanan sekitar RM5,000 dan ke bawah, para majikan diminta menyumbang 13% daripada gaji pekerja ke dana KWSP. Bagi pekerja yang berpendapatan lebih dari RM5,000 sebulan pula, akan mendapat sumbangan 12% dari para majikan masing-masing.
Berdasarkan keperluan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, majikan dikehendaki mendaftar dengan pejabat KWSP dalam masa seminggu dari tarikh pekerja itu bekerja.
Untuk mendaftar dengan KWSP, majikan perlulah mengisi Borang 1 KWSP dengan dokumen sokongan. Ia termasuklah Bahagian 14, Seksyen 15 yang akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat atau Sijil Pendaftaran Perniagaan bersama dengan permohonan pendaftaran tersebut.
Jadi, setelah majikan didaftarkan syarikat atau pekerja yang berkenaan akan menerima nombor rujukan majikan, borang KWSP 6, borang KWSP 3, borang KWSP 4 dan juga sijil pendaftaran majikan.
Pasti anda teruja kan, siapa sangka bekerja sendiri pun mampu membuka akaun KWSP? Memang bagi anda yang bekerja sendiri pun boleh membuka akaun KWSP ini. Caranya adalah menggunakan i-Saraan akaun.
i-Saraan KWSP adalah caruman sukarela dan insentif pemasaran bagi anda yang bekerja secara persendirian. Ianya bukan sahaja untuk anda yang bekerja sendiri, malahan ini termasuk juga jika anda seorang suri rumah. Jadi, anda juga boleh mencarum sebagai i-Saraan walaupun sekiranya anda juga seorang suri rumah sepenuh masa.
Dalam Pelan Pemulihan Ekonomi yang dilancarkan perdana menteri pada baru-baru ini, sejumlah RM50 juta geran yang diperuntukkan untuk ekonomi membuat simpanan KWSP melalui i-Saraan yang dianjurkan. Terdapat beberapa faedah yang boleh anda perolehi sekiranya anda menjadi pencarum kepada i-Saraan ini. Antara faedahnya adalah:
Sekiranya anda ingin memohon, terdapat beberapa syarat yang perlu anda patuhi. Berikut adalah syarat yang dikeluarkan oleh pihak KWSP untuk mereka yang ingin membuat permohonan i-Saraan.
Sekiranya anda adalah seorang suri rumah, anda hanya dibenarkan memilih satu insentif sahaja dalam satu masa. jika anda telah mendaftar dengan Suri Incentive (i-Suri), anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru untuk permohonan i-Saraan. Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada kelayakan pemohon.
Sekiranya anda layak dan ingin mendaftar sebagai ahli i-Saraan, anda boleh mendaftrkannya di kaunter KWSP yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Apa yang diperlukan adalah seperti berikut:
Jumlah maksimum yang perlu dibayar adalah sebanyak RM60,000 setahun untuk semua Sumbangan Sukarela (Sumbangan Pilihan, i-Saraan, i-Suri, Sumbangan Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)
Membuka akaun KWSP di cawangan berdekatan adalah sangat mudah. Anda cuma perlu sediakan kad pengenalan dan juga telefon pintar. Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah terus ke pejabat KWSP yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.
Selepas itu, memasukkan kad pengenalan di mesin yang disediakan pejabat KWSP tersebut. Ikuti segala langkah-langkah yang di ajar oleh pegawai atau pekerja di situ. Kemudian semak nama, nombor kad pengenalan dan masukkan nombor telefon yang anda gunakan.
Jadi, anda harus menunggu sehingga nombor TAC tersebut telah diterima oleh telefon anda. Akhir sekali, buka komputer yang telah disediakan untuk mengedit apa yang patut dan akaun KWSP anda telah pun siap dibuka.
i-Akaun adalah sistem aplikasi dalam talian untuk Ahli atau Majikan Akaun KWSP dalam melakukan transaksi berkaitan. Dengan memiliki akaun ini, ahli atau Majikan dapat menggunakan perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh pihak KWSP.
Ahli KWSP disarankan untuk memiliki i-Akaun kerana memudahkan para ahli untuk mengambil bahagian dalam setiap tinjauan maklum balas dan tinjauan. Ia juga untuk mendapatkan pelbagai kemudahan lain yang disediakan dalam perkhidmatan i-Akaun.
Dengan menggunakan i-Akaun KWSP, ahli dan majikan tidak perlu lagi datang ke kaunter cawangan pejabat KWSP untuk melakukan urusan yang tertentu. Jadi, mereka dapat mengakses i-Akaun di mana sahaja yang mempunyai akses internet pada peranti mudah alih atau komputer milik mereka. Jadi, jom kita ketahui cara mendaftar i-Akaun ini.
Pertama sekali anda harus ke kaunter KWSP untuk mendaftar i-Akaun. Selepas itu, anda akan menerima ID pengguna dan kata laluan menerusi SMS. Kemudian, layari www.kwsp.gov.my dan pilih ‘saya ahli i-akaun’ dan klik pada butang ‘log masuk’.
Kedua, masukkan nama atau ID pengguna tadi berserta kata laluan yang diterima oleh SMS tersebut. Pilih ruangan ‘setuju’ setelah anda bersetuju dengan segala terma dan syarat yang telah diberikan.
Kemudian, tukarkan ID pengguna dan kata laluan tersebut kepada yang baru dan buat pengesahan. Apabila selesai, i-Akaun anda telah berjaya didaftarkan dan siap untuk digunakan.
Jom baca juga apa itu forex, cara main saham, cara tuntutan perkeso dan harimau malaya.