Negara Malaysia ini mewah dengan pelbagai jenis makanan sama ada makanan tempatan mahupun luar negara. Kiranya di Malaysia ini ada pelbagai jenis pilihan makanan hingga boleh menyebabkan sesiapa saja sukar untuk membuat keputusan. Sebut saja nak makan apa, beratur senarai tempat makan yang ada. Tapi, jika tiba-tiba hati rasa teringin nak makan burger, salah satu pilihan yang terbaik adalah di Burger King.

Burger King Malaysia, hampir semua orang tahu nama ini kerana ianya sudah lama bertapak di Malaysia. Bahkan sudah lama popular di negara yang lain juga. Menu burger di sini bukan saja ada pelbagai jenis malah rasanya juga sangat sedap dengan pelbagai variasi. Bahan yang digunakan juga dijamin segar. 

IMej via BurgerKing

Itu belum lagi diambil kira soal layanan mesra staff dan juga rupa hiasan dalaman premis yang menarik. Sebagai salah satu contoh, betapa uniknya dekorasi cawangan baru Burger King yang di buka di Mid Valley Megamall ini. 

Keputusan Burger King Malaysia untuk membuka cawangan terbaru mereka di Mid Valley Megamall ini pastinya menggembirakan ramai pecinta burger. Ini kerana burger yang ditawarkan oleh Burger King memang sangat bagus dan berbaloi dengan harganya. Lagi-lagi jika dapat makan di restoran yang kelihatan sangat selesa dan santai dalam suasana yang menarik seperti ini.

Restoran cawangan terbaru Burger King ini, reka bentuk restorannya adalah dengan konsep ‘20 / 20 Garden Grill ’ di mana terdapat pemanggang tembaga semula jadi. Konsep tampilan Burger King ini seakan kembali ke zaman retro. Makin menarik apabila tempat duduknya disediakan dalam susun atur seakan gerai dengan meja makan gaya jamuan untuk duduk santai ramai-ramai.

Menu Menarik

20/20 Garden Grill telah dikembangkan sejajar dengan prinsip reka bentuk BURGER KING’s®️ dan mempamerkan estetika yang asli, hangat dan berani. Reka bentuk baru yang seakan mengembalikan kenangan bersejarah dapat menonjolkan nostalgia zaman awal jenama BURGER KING®️. 

Pelbagai pilihan tempat duduk yang selesa turut ditawarkan untuk para tetamu termasuk bilik, meja komuniti dan tempat makan gaya jamuan dalam persekitaran lebih menarik, hangat dan selesa.

Menggabungkan bahan semula jadi dengan palet warna terang, hiasan dalamannya benar-benar dengan gaya yang menarik. Makin terserlah dengan set pencahayaan yang lengkap. Seronok juga bila dapat nikmati menu burger dengan patty yang dipanggang seperti ini. Barulah syok!

Promosi

Satu perkara penting perlu di ingat! Burger King turut menawarkan pakej lebih berbaloi yang dikenali sebagai Perfect Dinner bermula dari jam 18:00 hingga 21:00. Ada dua pilihan untuk Set A dan juga Set B. 

Set A menawarkan Grilled Chicken Burger bersama cheesy fries dan Fried chicken manakala untuk set B cheese burger, cheesy fries dan juga fried chicken. Minuman yang ditawarkan pula adalah coke. Harganya pula hanyalah RM13.90, memang sangat berbaloi dan menjimatkan sebagai hidangan menu makan malam yang terbaik! 

Jika nak makan menu ini di luar waktu yang telah ditetapkan pun boleh, anda masih boleh mendapatkannya dengan harga RM16.90. Beza sikit saja tapi masih lagi tahap berbaloi dan berpatutan.  

Order Online

Imej via BurgerKing

Jika terasa nak makanan menu burger dari Burger King tetapi tiba-tiba tak ada masa untuk terus ke premis Burger King, boleh terus gunakan servis online food delivery dari Foodpanda. Dengan Foodpanda, bukan saja boleh jimat masa dan tenaga malah dapat memudahkan urusan bila-bila masa tatkala rasa teringin nak menikmati menu yang sedap di Burger King. 

Lepas ni kalau terasa nak makan burger sebagai menu makan malam, jangan teragak-agak untuk mencuba menu dari Burger King. Lagi-lagi jika kebetulan berada di sekitar kawasan Mid Valley, bolehlah berkunjung sendiri ke sana. Alang-alang dah sampai boleh terus ambil gambar sebagai kenangan dengan upload ke akaun media sosia masing-masing. 

Tak payah nak susah payah terus ke restoran Burger King untuk order, terus balik ke rumah dan buat tempahan melalui website Foodpanda. Kemudian tunggu makanan yang dihantar oleh Foodpanda sampai depan pintu tanpa perlu bersusah payah. Burger King’s Perfect Dinner Deal memang tidak mengecewakan. 

Foodpanda juga sama. Balik kerja boleh terus berehat depan TV sambil menikmati burger sedap yang terbaik. Jom makan burger dari Burger King! Sedap sangat-sangat! Memang puashati! 

Copy

Penulis: Dhia Iz

Penulis tetapi di iLabur yang suka dunia saham. Suka menulis tentang saham dan juga ekonomi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.