Terdapat 178 negara di dunia yang kita sebagai warganegara Malaysia boleh lawati tanpa memerlukan visa. Seronok kan? Tanpa perlu memohon visa kita boleh terus membeli tiket penerbangan dan menempah hotel di negara tersebut. Sampai masanya kita terus terbang dan pengembaraan pun bermula. Hari ini kami nak kongsikan 25 negara tanpa visa menarik untuk anda pergi iaitu:

Sumber: Empoylementlawworldwide
  1. Turki
  2. Dubai
  3. Vietnam
  4. Thailand
  5. Switzerland
  6. Sweeden
  7. Sepanyol
  8. Afrika selatan
  9. Singapura
  10. Portugal
  11. New Zealand
  12. Ilati
  13. Jerman
  14. Kanada
  15. Korea Selatan
  16. Maldives
  17. Indonesia
  18. Perancis
  19. Greece
  20. Denmark
  21. Vatican City
  22. Australia
  23. Belgium
  24. Brazil
  25. Brunei

Jenis visa

Ada negara lain di dunia yang masih memerlukan visa. Terdapat beberapa jenis visa dan jenis tersebut bergantung kepada tujuan anda masuk ke negara tersebut sama ada untuk melancong, belajar, menunaikan umrah dan haji, dan sebagainya. Berikut adalah beberapa jenis visa yang ada:

 (i) Visa Sekali Masuk 

Untuk visa jenis ini, anda hanya boleh memasuki negara tersebut sekali dengan visa yang diperolehi walaupun tempoh sah visa tersebut lebih lama daripada tempoh lawatan anda. Setelah anda pulang, visa tersebut dianggap sebagai batal dan anda perlu memohon visa yang baru jika mahu masuk semula ke negara tersebut.

(ii) Visa Beberapa Kali Masuk 

Jika anda memiliki visa jenis ini, anda boleh melawat negara tersebut beberapa kali tanpa had dalam tempoh sah visa tersebut. Namun begitu, walau pun ada mempunyai hak untuk melawat sebanyak mana kali yang anda inginkan, pastikan anda melawat dengan tujuan yang sah. Jika tidak, kemasukan anda mungkin akan dihalang di pintu masuk negara tersebut. Anda mungkin diarahkan untuk menunjukkan bukti seperti berikut: 

  • Anda perlu menunjukkan bukti yang anda mempunyai simpanan yang mencukupi untuk dibelanjakan semasa berada di negara tersebut.
  • Anda perlu mempunyai tiket pulang yang sah dan muktamad. 

Lawatan berkumpulan tidak layak untuk memohon Visa Beberapa Kali Masuk. Ia hanya akan dikeluarkan untuk mereka yang mengembara sendirian.

 (iii) Visa Transit

Visa transit ialah visa yang dikeluarkan untuk anda mempunyai perhentian atau persinggahan di negara yang memerlukan rakyat Malaysia memiliki visa. Untuk kes seperti ini anda perlu memohon visa transit sebelum memulakan perjalanan anda, walaupun anda tidak akan keluar daripada lapangan terbang. Di Australia, rakyat Malaysia dikecualikan daripada visa transit jika anda hanya singgah buat tempoh kurang daripada 72 jam namun di Amerika Syarikat dan Kanada, anda perlu mempunyai visa transit.

Sumber: Roadaffair

Berapa lamakah proses permohonan visa?

Bergantung pada negara yang anda ingin lawati, proses permohonan visa boleh mengambil masa dari sehari hingga empat minggu. Berapa lama proses menunggu juga bergantung kepada kesibukan Kedutaan dan Suruhanjaya Tinggi tersebut. Jika ramai yang membuat permohonan visa, mungkin kelulusan anda akan mengambil sedikit masa.

Apakah dokumen yang anda perlu sediakan untuk memohon visa?

Untuk membuat permohonan visa, pastikan anda menyediakan semua dokumen yang diperlukan dengan lengkap. Di antara dokumen penting yang diperlukan ialah:

  • Kad pengenalan Malaysia yang sah atau lesen memandu. Lebih elok sekiranya anda mengemukakan kedua-duanya.
  • Pasport asal. Pastikan tarikh tamat tempoh passport anda sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh berlepas. Jika tidak, permohonan visa anda akan ditolak.
  • Borang permohonan visa yang lengkap. Isi setiap maklumat yang diperlukan dengan maklumat dan benar dan tepat.
  • Maklumat penerbangan yang ingin ditempah atau dalam sesetengah kes, tiket penerbangan anda jika anda sudah mempunyai tiket penerbangan.
  • Bukti pembayaran fi visa.
  • Penyata bank atau cek kembara.
  • Gambar berukuran pasport dengan latar belakang berwarna biru muda atau putih. Warna later belakang yang lain akan ditolak.

Di antara eVisa dan permohonan melalui kedutaan, manakah yang lebih mudah?

Ada sesetengah negara yang menyediakan kemudahan eVisa di mana anda boleh memohon secara online tanpa perlu datang sendiri ke bangunan kedutaan. Memang benar eVisa lebih memudahkan namun berdasarkan pengalaman kami, permohonan melalui kedutaan adalah lebih cepat berbanding permohonan secara eVisa.

Punca kegagalan permohonan atau anda diminta untuk memohon semula

Bukan semua permohonan visa akan diluluskan. Permohonan anda mungkin gagal atau anda diminta untuk membuat permohonan semula sekiranya:

  • Anda mempunyai rekod jenayah. 
  • Anda pernah tinggal melebihi tempoh lawatan sebelum ini.
  • Anda mengemukakan dokumen perjalanan palsu.
  • Anda gagal memberikan tujuan lawatan yang sah.
  • Anda memberikan jawapan tidak tepat.
  • Jawapan temuramah di antara anda dan rakan perjalanan bercanggah.
  • Baki akaun bank anda tidak mencukupi.
  • Anda memakai gincu berwarna merah atau solekan yang tebal dalam gambar pasport. 
  • Kedua-dua bahu anda tidak dapat dilihat sepenuhnya dalam gambar pasport.
  • Anda memakai tudung berwarna-warni dalam gambar passport.

Jika anda ingin melancong, memilih negara yang tidak memerlukan visa pastinya akan memudahkan percutian anda. Itulah sebabnya 25 negara yang kami senaraikan di atas menjadi negara kegemaran rakyat Malaysia untuk bercuti bersama keluarga.

Sumber: Aveneus-worldwide

Itulah dia info  tentang 25 negara tanpa visa menarik untuk anda pergi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang tips travel solo , kelebihan BigPay bila ke luar negaradan tips beli tiket kapal terbang

Rujukan:

1. Traveloka

2. Kembara Murni

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.