MyONLINE PASPORT  kemudahan kepada warganegara Malaysia renew pasport secara online. Sebelum anda pergi ke luar negara, penting untuk periksa pasport anda mempunyai tempoh sah laku. Iaitu melebihi 6 bulan dari tarikh akhir anda balik.

renew pasport secara online

Jadi dengan ada MyOnline Pasport akan membantu anda untuk renew pasport. Dengan membuat bayaran menggunakan kad kredit atau online banking (FPX), anda tak perlu lagi beratur untuk renew pasport.

Semua boleh dibuat secara online dan ambil pasport yang siap di pejabat Imegresen yang terpilih.

Cara Renew Pasport Secara Online

Berikut dikongsikan cara-cara untuk renew passport antarabangsa Malaysia secara online di sistem My Online Passport.

Syarat Permohonan Renew Passport Antarabangsa

Setiap pemohon harus mencapai usia 13 tahun dan ke atas serta telah menjadi pemegang pasport yang sah. Pemohon juga telah diberikan kebenaran oleh ibu bapa penjaga untuk membuat permohonan yang berusia dari 13 hingga 17 tahun sebelum memohon.

Setiap maklumat yang diisi oleh pemohon menerusi sistem yang disediakan haruslah benar dan tepat. Sekiranya didapati anda memberikan maklumat palsu, permohonan serta merta akan ditolak dan akan dikenakan tindakan undang-undang.

Cara-cara membuat permohonan pembaharuan pasport Malaysia adalah seperti berikut:

Buka myIMMs e-Services

Mula-mula, pergi ke myIMMs e-services

Setelah membaca terma dan syarat, klik butang ‘Agree’ untuk meneruskan proses pembaharuan pasport anda.

Isi Maklumat Yang Diperlukan

Seterusnya, anda akan diminta untuk mengisi maklumat dan butiran peribadi yang diperlukan untuk melengkapkan pembaharuan pasport.

Pastikan anda dah sediakan pasport lama di depan komputer supaya mudah nak buat rujukan nanti.

Pilih Cawangan Kutipan

Kemudian, anda boleh google cawangan pejabat imegresen yang paling dekat dengan rumah atau pejabat anda. Jadi, senanglah nak pick up bila dah siap nanti.

  • Johor Bahru
  • Pejabat Imigresen UTC Johor
  • UTC Kuantan, Pahang
  • Alor Setar, Kedah
  • Pelabuhan Pulau Pinang, (Georgetown)
  • Pulau Pinang, (Seberang Jaya)
  • Ipoh, Perak
  • Kangar, Perlis
  • Shah Alam, Selangor
  • Kelana Jaya
  • Bangi, Kajang
  • Pelabuhan Klang
  • Jim Kuala Kubu Bharu
  • Puchong
  • Kuala Selangor
  • Kuala Langat
  • Kota Kinabalu
  • Lahad Datu
  • Pusat Transformasi Bandar Tawau, Sabah
  • UTC Keningau
  • Bintulu, Sarawak
  • UTC Kuching
  • Pusat Transformasi Bandar Miri, Sarawak
  • Pusat Transformasi Bandar Sibu, Sarawak
  • 1Serve Kuching
  • Kuala Lumpur (Jalan Duta)
  • Kuala Lumpur (Wangsa Maju)
  • UTC Kuala Lumpur
  • UTC Sentul
  • Pejabat Imigresen Putrajaya (Menara Ikhlas)
  • Mini UTC Keramat
  • Suruhanjaya Tinggi Malaysia-London
  • Hong Kong
  • Jakarta
  • Suruhanjaya Tinggi Malaysia Singapura
  • New York

Upload Gambar Mengikut Kriteria Yang Ditetapkan

Spesifikasi Gambar Passport

Gambar pasport perlu dimuat naik terus melalui sistem ketika proses permohonan dibuat. Berikutnya adalah syarat yang ditetapkan untuk membuat gambar passport yang sah.

spesifikasi gambar

  • Saiz gambar berukuran 50mm X 35mm (tinggi dan lebar)
  • Memastikan ada ruang 10mm antara kepala anda dengan bahagian atas bingkai gambar dan ruang 10mm antara dagu dengan bahagian bawah bingkai gambar
  • Latar belakang gambar harus berwarna putih
  • Pakaian diwajibkan berwarna gelap. Sekiranya anda memakai tudung atau penutup kepada, disarankan ia berwarna hitam

Kalau nak selamat, scan gambar yang dah diambil dekat kedai gambar tu.

Buat Bayaran

Lepas dah upload gambar tadi, bolehlah buat pembayaran yang diperlukan secara online.

Kadar bayaran adalah seperti berikut
i. Permohonan Biasa 13 – 59 tahun : RM 200
ii. Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100

Simpan Resit

Setelah semuanya selesai, anda akan mendapat maklumat transaksi seperti status, nombor resit, cawangan kutipan, tarikh kutipan dan masa kutipan.

PENTING: Sila bawa bersama-sama resit, kad pengenalan dan pasport asal. Bagi pemohon di bawah 18 tahun, sila bawa juga kad pengenalan penjaga dan surat beranak.

Jika anda gagal mengemukakan semua dokumen seperti yang diarahkan serta gagal menghadirkan diri untuk proses pengambilan, passport anda tidak akan diserahkan. Selain itu, perlu diingatkan pasport yang lama masih lagi dalam keadaan baik, tidak rosak, kotor atau terkena air.

Anda juga wajib tahu bahawa anda tidak boleh menghantar mana-mana wakil ketika proses pengambilan pasport bagi pihak anda. Walau dengan berbagai macam alasan sekalipun. Untuk semua pemohon yang berusia bawah 17 tahun, anda harus datang bersama ibu bapa penjaga ketika mengambil passport.

Waktu serahan pasport ni bergantung pada waktu kita lengkapkan permohonan tadi.

Bagi permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja, pasport baru yang dah siap akan diserahkan pada hari yang sama, iaitu kira-kira 1 jam selepas permohonan lengkap dihantar beserta bayaran. Manakala bagi permohonan selepas jam 3 petang, ia akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.