Tanggal 27 Januari 1955, lahir anak ketiga bagi pasangan Sheikh Mohamad Amin dan Salbiah Abdul Majid di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau telah diberikan nama Sheikh Mohammad Nasimuddin atau juga dikenali dengan nama SM Nasimuddin ini memiliki sepuluh orang adik beradik.

Sejak kecil, SM Nasimuddin telah menunjukkan minat terhadap kereta dan juga industri automobil. SM Nasimuddin dan isteri, Zaleha Ismail dikurniakan lima orang cahaya mata yang terdiri dari tiga lelaki dan dua perempuan.

Imej via usahawanhavoca161

Latar Belakang Kehidupan

SM Nasimuddin telah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dari Tingkatan 1 hingga 5.

Pada usia yang begitu muda, SM Nasimuddin memiliki wang simpanan sebanyak RM 80,000 ketika berusia 19 tahun hasil titik peluh bekerja sebagai pembantu bapanya yang ketika itu merupakan seorang kontraktor. Beliau juga telah memulakan kerjaya awal sebagai kontraktor binaan di syarikat pembinaan bapanya.

Bermodalkan RM 80,000, SM Nasimuddin telah memulakan perniagaan automobil dengan mengimport kereta buatan negara luar menggunakan Permit Import (AP). Beliau telah membeli sebanyak 20 AP (Permit Import) seterusnya beliau ke Jepun dan menghabiskan masa sehingga tiga bulan di sana.

Sekembalinya ke tanah air, beliau telah membawa pulang sebanyak 20 unit kereta terpakai dari Jepun dan berjaya habis dijual dalam tempoh tiga bulan. Pada peringkat awal, beliau telah berjaya meraih sehingga sejuta ringgit pertama dalam tempoh setahun.

SM Nasimuddin telah memulakan perniagaan kereta di sebuah kedai di Taman Maluri dan berjaya menjual antara 10 hingga 15 buah kereta sebulan. Bagi mengembangkan perniagaan peruncitannya, beliau kemudiannya telah membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada tahun 1979 dan menjual antara 40 hingga 60 buah kereta sebulan.

Pada peringkat awal, syarikatnya hanya memiliki lima orang pekerja sahaja, namun kini ianya mencecah sehingga 4,000 orang pekerja.

Kumpulan NAZA Ditubuhkan

Kumpulan Naza telah ditubuhkan oleh SM Nasimuddin pada tahun 1975 dan beliau merupakan Pengarah Urusan di syarikat tersebut. Terdapat pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan antaranya perniagaan permotoran, perladangan, perhotelan, kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, pengedaran rokok, alat – alat mesin, kredit dan sewaan, insurans, alat ganti jentera, pengilangan, automotive, kenderaan air dan hartanah.

Selain itu, Kumpulan Naza juga merupakan pemegang hak francais di Malaysia bagi kenderaan bermotor seperti Ducatti, Kia dari Korea, Peugeot dari Perancis, pengimport kenderaan Mazda, Ferrari, Hamman serta Mercedes-Benz. Sebagai mercu tanda syarikat, Kumpulan Naza telah membuka dewan pameran automotif yang baru iaitu Naza Auto Mall di Petaling Jaya, Selangor.

Kelab bola sepak Kuala Muda Naza FC yang bertapak di Kuala Muda, Kedah juga diasaskan oleh SM Nasimuddin. Selain itu, syarikat hartanah TTDI Development juga adalah milik beliau. Pada tahun 2008, Kumpulan Naza telah memasuki pasaran perniagaan pula dengan melancarkan Bubba Gump Shrimp Co. Restaurant and Market di Malaysia.

Imej via Facebook

Anugerah dan Pengiktirafan

SM Nasimuddin telah dikurniakan pingat Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu, beliau juga pernah menerima pingat khidmat industri Anugerah Presiden Korea Selatan dari Son Sang-Ha duta negara Korea ke Malaysia bagi pihak Presiden Korea Selatan diatas sumbangannya di dalam industri automotif. Beliau merupakan rakyat Malaysia pertama yang meraih anugerah Korea tersebut.

NAZA TOWER @ PLATINUM PARK

Naza Tower@Platinum Park merupakan mercu tanda empayar perniagaan yang diidamkan SM Nasimuddin. Bangunan ini setinggi 50 tingkat dan telah dibina pada tahun 2009 di kawasan segitiga emas di Kuala Lumpur.

Ia juga merupakan syarikat pertama yang berjaya membangunkan projek di kawasan ini dan telah siap pada tahun 2015. Kos pembinaan bangunan ini mencecah RM 4 bilion dan ditadbir urus oleh Pengarah Eksekutif Bersama Kumpulan Naza iaitu SM Nasarudin SM Nasimuddin.

Naza Tower@Platinum Park ini telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak sempena ulang tahun ke-40 Kumpulan Naza.

SENARAI ANAK SYARIKAT KUMPULAN NAZA:

Automotif

  • Naza Motor Trading Sdn Bhd (Pengimpot kereta mewah)
  • Naza Italia Sdn Bhd (Pengedar Ferrari and Maserati di Malaysia)
  • Naza Swedish Motors Sdn Bhd (Pengedar Koenigsegg di Malaysia & Indonesia)
  • Naza Kia Malaysia Sdn Bhd (Pengedar Kia Motors di Malaysia)
  • Nasim Sdn Bhd (Pengedar Peugeot di Malaysia)
  • Naza Quest Sdn Bhd (Pengedar Chevrolet di Malaysia)
  • Naza-Brabus Motor Sdn Bhd (Pengedar Brabus di Malaysia)
  • Naza Corporation Sdn Bhd (Pengedar Kenderaan Naza)
  • NZ Wheels Sdn Bhd (Mercedes-Benz dealer)
  • Naza Wheels Sdn Bhd (Chevrolet dealer)
  • Naza Quest Auto Sdn Bhd (Chevrolet dealer)
  • Naza Mekar Sdn Bhd (Perodua dealer)
  • Next Bike Sdn Bhd (Pengedar Ducati di Malaysia)
  • Naza Prestige Bikes Sdn Bhd (Pengedar Harley-Davidson di Malaysia)
  • Naza Premira Sdn Bhd (Pengedar Piaggio, Vespa, Aprilia and Gilera di Malaysia)
  • Harmony Fabulous Sdn Bhd (Pengedar Indian Motorcycle di Malaysia & Singapore)
  • Naza Bikers Dream Sdn Bhd (Pengimpot motorsikal mewah)
  • Naza Bikers Sales and Distribution Sdn Bhd (Pengedar Naza Bikes di Asia Pasifik)
  • Naza Auto Solutions Sdn Bhd (Rekabentuk aksesori dan peralatan kenderaan)
  • NZ Galaxy Sdn Bhd (Runcit aksesori kereta)

Pembuatan

  • Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd
  • Naza Bikes Sdn Bhd

Hartanah dan Pembinaan

  • Naza TTDI Sdn Bhd (pembina Platinum Park di KLCC)
  • Laman Premium Sdn Bhd
  • Naza Engineering and Construction Sdn Bhd
  • Naza Properties Sdn. Bhd
  • Sri Kemaman Sdn. Bhd

Hospitaliti

  • Naza Hotel Management Sdn Bhd
    • Naza Talyya Penang
    • Naza Talyya Melaka
    • Howard Johnson, Torrance, California
    • Crowne Plaza Hotel, San Pedro, California

Restoran Makanan dan Minuman

  • NZ Diners Sdn Bhd (Pemegang Francaishise bagi rangkaian Bubba Gump Shrimp Co di Malaysia)
  • Naza Tutti Frutti (Malaysia) Sdn Bhd (Pemegang lesen utama bagi rangkaian Tutti Frutti Frozen Yogurt di Malaysia, Singapore, Cambodia, Brunei and Thailand)

Pendidikan

  • Naza KIA Academy Sdn Bhd (Pusat Latihan KIA Motors bagi rantau Asia Pasifik)
  • Naza Education Sdn Bhd (Syarikat JV dengan Help International Corporation Berhad)

Pengangkutan dan Logistik

  • Naza Ventures Holdings Sdn Bhd (Prestige Limo – Menyewa limousine mewah)
  • Naza Transport Sdn Bhd Sdn Bhd (Perkhidmatan Logistik Kenderaan)
  • Zalnas Limousine Sdn. Bhd (Perkhidmatan Airport Limo dan teksi)

Kewangan dan Insurans

  • Naza Credit & Leasing Sdn Bhd (Pembiayaan Kenderaan)
  • Naza Coverage Sdn Bhd (Agen Insuran)
  • Zalnas Coverage Sdn Bhd (Agen Insuran)

Perladangan

  • Wood Vision Sdn Bhd

Pengedaran Rokok

  • Bahau Cigarette Distributors Sdn Bhd
  • Asas Sejati Sdn Bhd

SIKAP PERIBADI

Sentiasan Berusaha dan Bijak Merebut Peluang

Beliau seorang yang sentiasa berusaha dan sentiasa merebut peluang yang mendatang. Dengan sikap sebegini membuatkan beliau cekap mencari dan mengenal pasti peluang perniagaan yang ada serta berkemampuan untuk memperluaskan pasaran.

Malah, kompetensi ini antara faktor penting dalam mencapai kejayaan dan daya tahan bagi sesuatu perniagaan untuk terus maju serta dapat memanjangkan tempoh hayat perniagaan.

Yakin Terhadap Keupayaan Diri

Sebagai seorang usahawan, beliau mempunyai keyakini diri yang sangat tinggi. Keyakinannya yang tinggi dapat dilihat ketika beliau berminat untuk membeli 40% kepentingan dalam PROTON yang ketika itu dilaporkan sedang berhadapan dengan kemelut kewangan. Sikap berani mencuba tanpa takut pada risiko gagal antara sikap seorang usahawan yang berjaya.

Malah, keyakinannya yang tinggi terhadap satu-satu keputusan yang diambil membuktikan kejayaan Kumpulan Naza sehingga hari ini.

Seorang Yang Cekal

Tan Sri SM Nasimuddin seorang yang sangat cekal dan tidak pernah merasa jemu mencari jalan untuk mencapai matlamat yang diidamkan. Beliau tidak pernah merasa lelah dan tidak juga pernah mengalah dan sentiasa berusaha semasa mendepani masalah yang datang.

Beliau pernah berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan bagaimana untuk menyakinkan para pelanggan untuk membeli kereta import terpakai kerana rakyat Malaysia kurang berminat dengan kereta terpakai dari luar negara. Walau bagaimana pun, sikapnya yang sentiasa cekal dalam perniagaan tetap berusaha untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan.

Mencari Maklumat Atau Membuat Penyelidikan

Beliau seorang yang sentiasa mendapatkan maklumat, membuat kajian serta analisis pasaran di dalam perniagaan yang dijalankan. Ia secara tidak langsung dapat memperbaiki pencapaian prestasi perniagaan yang diceburi.

Tegas

Merupakan seorang yang tegas dan ini dapat dilihat semasa beliau menyuarakan pendapat atau idea kepada orang ramai secara langsung dan berani bertindak walaupun terpaksa menghadapi tentangan dari pihak lain semasa berhadapan dengan kontroversi pemonopolian permit import pada tahun 2005.

KEMATIAN TAN SRI SM NASAMUDDIN SM AMIN

Tanggal 1 Mei 2008 (Khamis) jam 9.00 pagi (waktu Malaysia), Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin telah menghembuskan nafas terakhirnya di Los Angeles, California. Beliau meninggal akibat kanser paru – paru dan pernah menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Long Beach sejak Januari 2008.

Jenazah Allahyarham telah diuruskan dan disolatkan oleh Persatuan Islam Malaysia Amerika Utara di Pusat Islam sebelum diterbangkan ke Malaysia dengan pesawat MH 94 pada jam 1.40 pagi hari Sabtu, 3hb Mei 2008.

Jenazah arwah disemadikan Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka, Batu 9 Hulu Langat pada 4.30 petang, 4 Mei, bersebelahan kubur ibu beliau, Salbiah Abdul Majid.

Penutup

Legasi Tan Sri SM Nasimuddin tetap diteruskan oleh isteri serta anak-anak beliau. Isterinya iaitu Puan Sri Datin Seri Utama Zaleha Ismail telah dilantik menjadi Pengarah Syarikat Kumpulan dan dan juga Co-Founder.

Datuk Wira SM Faizal SM Nasimuddin selaku anak sulung dilantik menjadi Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza. Selain itu juga, anak-anak Allahyarham yang lain juga dilantik sebagai Pengarah Syarikat Kumpulan Naza dan menjadikan Kumpulan Naza ini sebagai legasi perniagaan keluarga sehingga hari ini.

Jemput baca biodata Tony Fernandes dan biodata Jack Ma

Rujukan

Penulis: Itawrah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.