Langkau ke kandungan
iLabur
Menu

Biodata Pandelela Rinong Atlet Terjun Malaysia

Pandelela Rinong merupakan atlet terjun Malaysia yang telah berjaya memasyhurkan nama Malaysia semasa Sukan Olimpik 2012 di London. Walau pun hanya…

InspirasiKemas kini terakhir: 21 Ogos 2020oleh ItawrahDisemak oleh Sidang Pengarang iLabur
Gambar Pandelela Rinong, atlet terjun wanita Malaysia berdiri dengan pingat.

Fakta Ringkas

Nama Penuh
Pandelela Rinong anak Pamg
Nama Lain
Lulu
Peranan
Atlet Terjun
Dikenali Kerana
Memenangi pingat Olimpik bagi Malaysia dalam acara terjun 10m platform (Gangsa 2012 London, Perak 2016 Rio)
Tarikh Lahir
2 Mac 1993 · Kampung Jugan, Bau Sarawak
Ibu bapa
Pamg Joheng dan Hartini Lamim
Adik-beradik
Pardika Indoma, Pici Parnia, Parcelia Renyelia
Keturunan
Bidayuh
Pendidikan
Sekolah Sukan Bukit Jalil, Universiti Malaya (Ijazah Sains Sukan Pengurusan Sukan)
Minat
K-Pop, animasi Jepun, kumpulan muzik Big Bang

Pencapaian

  • Pingat Emas Sukan SEA Nakhon Ratchasima 2007 (10m synchro platform)
  • Pingat Gangsa Kejohanan Dunia Rom 2009 (10m synchro platform)
  • Pingat Perak Youth Olympics Singapura 2010 (10m platform)
  • Pingat Perak Youth Olympics Singapura 2010 (3m batu loncatan)
  • Pingat Gangsa Sukan Asia Guangzhou 2010 (10m platform)
  • Pingat Emas Sukan Komanwel New Delhi 2010 (10m platform)
  • Pingat Perak World Series Moscow 2011 (10m platform)
  • Pingat Gangsa Sukan Olimpik London 2012 (10m platform)
  • Pingat Perak Sukan Olimpik Rio 2016 (10m platform)
  • Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) 2016
  • Johan Bintang Kenyalang (J.B.K) Sarawak
  • Empat pingat emas di Kejohanan Remaja Akuatik Asia 2007

Pandelela Rinong merupakan atlet terjun Malaysia yang telah berjaya memasyhurkan nama Malaysia semasa Sukan Olimpik 2012 di London. Walau pun hanya memenangi pingat Gangsa buat Malaysia, namun kejayaan tersebut telah mengharumkan nama Malaysia di persada sukan antarabangsa. Siapakah sebenarnya Pandelela Rinong ini ? Anda akan ketahuinya di laman web ini.

Latar Belakang

Tanggal 2 Mac 1993, Pandelela Rinong anak Pamg telah dilahirkan di Kampung Jugan, Bau Sarawak. Beliau berketurunan Bidayuh turut dikenali dengan nama Lulu. Pandelela telah mula aktif sejak berumur 7 tahun dan pernah dipilih menjadi perenang peringkat negeri dan telah menyambung latihan renang di Sekolah Sukan Bukit Jalil di Kuala Lumpur.

Berasal dari keluarga yang sederhana di mana bapanya hanyalah seorang buruh dengan upah gaji harian. Biarpun dilahirkan dari keluarga yang kurang berada, kejayaan Pandelela di arena renang ini telah membuahkan hasil yang lumayan sehingga kedua ibu bapanya mampu tersenyum melihat kejayaan Pandelela.

Potret atlet terjun Pandelela Rinong

Imej via heraldmalaysia

Pendidikan

Pandelela mendapat pendidikan di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya telah menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sains Sukan di Universiti Malaya dalam bidang Pengurusan Sukan.

Keluarga dan Kehidupan Peribadi

Pandelela merupakan anak kepada pasangan Pamg Joheng dan Hartini Lamim. Beliau memiliki seorang abang iaitu Pardika Indoma dan dua orang adik perempuan bernama Pici Parnia dan Parcelia Renyelia. Sejak kecil, bapanya telah Sama seperti individu lain, Pandelela turut meminati artis K-Pop dan juga animasi Jepun. Beliau begitu menggemari lagu – lagu kumpulan muzik Big Bang yang serasi dengan jiwanya. Pandelela mempunyai seramai 117,000 rakan di laman Facebook serta seramai 100,000 pengikut di laman Instagram.

Setiap kali Hari Krismas, beliau akan mengambil kesempatan untuk pulang dan bercuti di kampung halaman bagi meraikan perayaan tersebut bersama keluarga. Malah, sekiranya berkesempatan, Pandelela akan pulang menghabiskan masa bersama keluarga sekiranya jadual latihannya tidak sibuk. Masakan dari air tangan ibunya sering dirindui setelah tinggal berjauhan buat seketika.

Kejayaan dan Pencapaian

Tahun 2007

  • Pingat Emas di Sukan SEA Nakhon Ratchasima 2007  acara 10 m synchro platform

Tahun 2009

  • Kejohanan Dunia Rom 2009 acara 10 m synchro platform - Pingat Gangsa
  • Sukan SEA Vientiane 2009 acara 10 m platform - Pingat Emas
  • Sukan SEA Tenggara Vientiane 2009 acara 10 m synchro platform - Pingat Emas 

Tahun 2010

  • Youth Olympics Singapura 2010 acara 10 m platform - Pingat Perak  
  • Youth Olympics Singapura 2010 acara 3 m batu loncatan - Pingat Perak 
  • Sukan Asia Guangzhou 2010 acara 10 m platform - Pingat Gangsa
  • Sukan Asia Guangzhou 2010 acara 10 m synchro platform - Pingat Perak 
  • Komanwel New Delhi 2010 acara 10 m synchro platform - Pingat Perak
  • Sukan Komanwel New Delhi 2010 acara 10 m platform - Pingat Emas

Tahun 2011

  • World Series Moscow 2011 acara 10 m platform - Pingat Perak
  • World Series Beijing 2011 acara 10 m synchro platform - Pingat Perak
  • Universiade Shenzhen  2011 acara 10 m platform - Pingat Perak 
  • Universiade Shenzhen 2011 acara 10 m synchro platform - Pingat Gangsa

Tahun 2012

  • Sukan Olimpik London 2012 acara 10 m platform - Pingat Gangsa

Tahun 2016

  • Sukan Olimpik Rio 2016 dalam acara 10 m platform - Pingat Perak

Pandelela Rinong semasa acara terjun

Imej via freemalaysiatoday

Anugerah dan Pingat

  • Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) 2016
  • Johan Bintang Kenyalang (J.B.K) Sarawak

Pengalaman

Seawal berumur 7 tahun lagi, Pandelela telah dipilih menjadi perenang peringkat negeri. Beliau telah menyambung persekolahan di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap latihan renang bersama jurulatih yang bertauliah. Pada tahun 2007, Pandelela telah membuat kemunculan pertama di dalam persaingan antarabangsa di Kejohanan Remaja Akuatik Asia dan memenangi empat pingat emas.

Pandelela pernah membuat penampilan pertama di Sukan Olimpik Beijing 2008 di usia 15 tahun.

Beliau pernah diamanahkan untuk membawa bendera bagi Kontigen Malaysia semasa Sukan Olimpik Belia 2010 di Singapura. Malah, pada Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London, beliau juga ditugaskan untuk membawa bendera Malaysia. Pandelela juga telah dianugerahkan dengan pingat Johan Bintang Kenyalang dari Kerajaan Negeri Sarawak dalam satu majlis khas dan beliau adalah atlet pertama Sarawak yang menerima anugerah tersebut.

Pada tahun 2010, kejadian yang tidak diingini telah menimpa Pandelela. Beliau telah mengalami patah tulang di kaki dan telah mengambil masa selama enam bulan untuk sembuh. Sekali lagi beliau berhadapan dengan kecederaan pada tahun 2012 di mana buku lali beliau cedera dan terpaksa melupakan penyertaan kejohanan Asia dan Sukan Universiti ASEAN.  Dua tahun kemudiannya, iaitu pada tahun 2014 pula, Pandelela telah mengalami kecederaan lutut dan menjejaskan persembahan beliau semasa Sukan Komanwel 2014 serta telah mengehadkan penyertaannya semasa Sukan Asia 2014.

Pandelela Rinong

Imej via astroawani

Kesimpulan

Pandelela tidak menjadikan kesempitan hidupnya sebagai satu halangan untuk berjaya dan mencapai impian. Kekurangan yang dihadapinya sejak kecil menjadi pemangkin untuk beliau terus berusaha sehingga mendapat apa yang diimpikan selama ini. Sokongan kedua ibu bapanya yang tidak henti memberi dorongan sejak kecil menjadikan beliau atlit renang yang berjaya mengharumkan nama negara di arena renang sehingga berjaya mendapat pingat emas, perak dan gangsa untuk Malaysia tercinta. Berbekalkan semangat “Agi Idup Agi Ngelaban” membuatkan Pandelela terus berdedikasi serta komited terhadap bidang yang diceburinya tanpa menoleh ke belakang lagi.

Jemput baca juga biodata Mark Zuckerberg dan biodata Datuk Prof Dr Muhaya

 Rujukan

Rujukan

Maklumat dalam artikel ini disediakan berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Pengguna digalakkan merujuk sumber asal untuk kepastian lanjut.