James H. Clark merupakan seorang usahawan yang berjaya yang mungkin paling dikenali kerana mengasaskan Netscape bersama Marc Andreessen, pada tahun 1994. Netscape Navigator” telah menjadi peneraju pasaran di dalam pelayar web (web browser) pada saat awal kemunculan internet.

N demikian, oleh kerana ianya bukan percuma, akhirnya hilang pasaran saham kepada pesaing percuma daripada Microsoft“Internet Explorer”, dan Netscape selepas itu dibeli oleh America Online (AOL) pada tahun 1998, menjadikan beliau seorang jutawan. Beliau keluar dengan bayaran sebanyak $1.2 bilion, yang mana merupakan 300 kali ganda daripada $4 juta pelaburan asal beliau.

Selain daripada Netscape, antara perusahaan lain beliau adalah mengasaskan Silicon Graphics, sebuah syarikat yang mengeluarkan kesan visual berkualiti tinggi untuk filem dan gambar 3-D untuk para jurutera dan LucasFilm milik George Lucas dan Steven Spielberg merupakan pelanggannya, mengasaskan Healtheon, yang mana telah bergabung dengan WebMD.

Beliau juga menjadi pelabur dan pengerusi asal laman web perkongsian gambar digital dan penyimpanan, Shutterfly, yang diasaskan pada tahun 1999. Clark juga merupakan pelabur terawal di dalam kebanyakan syarikat teknologi terkenal seperti Apple, Facebook dan Twitter, yang telah membayarnya dengan jumlah yang banyak.

 

 

Imej via TOM ASH

Latar Belakang Dan Kerjaya

James H. Clark dilahirkan di Plainview, Texas pada 23 Mac 1944. Beliay menyertai tentera laut setelah berhenti dari sekolah tinggi, di mana beliau menjalankan perniagaan sampingan, memberi pinjaman kepada kelasi-kelasi lain.

Beliau kemudiannya kembali untuk menyambung pelajaran beliau, bermula dengan Universiti New Orleans di mana beliau mendapatkan ijazah sarjana dalam fizik dan kemudiannya mendapatkan ijazah kedoktoran (Ph.D.) dalam sains komputer dari Universiti Utah. Clark kemudiannya menjadi profersor madya untuk kejuruteraan elektrik di Universiti Stanford dan penaung utama James H. Clark Center, pusat bagi program penyelidikan biosains, Bio-X di Stanford.

Selain itu, Clark paling terkenal sebagai pengasas bersama perintis internet, Netscape, namun sejak dari itu telah menggandakan kekayaan beliau melalui pelaburan teknologi yang tepat di dalam syarikat-syarikat seperti Facebook, Apple, Twitter dan Palantir. Perniagaan terbaru beliau adalah CommandScape, satu aplikasi yang mengawal kesemuanya bermula daripada penggera dan kamera bangunan kepada pencahayaan dan pelaras suhu bangunan.

Setakat tahun 2018, majalah Forbes menganggarkan nilai bersih kekayaan beliau sebanyak $2.2 bilion yang menjadikan beliau salah seorang individu terkaya di Amerika.

Beliau juga yang merupakan seorang pencinta laut, mempunyai banyak kapal layar yang terdiri daripada Athena, kapal layar sepanjang 300 kaki dan Comanche, perahu layar lumba sepanjag 100 kaki. Beliau juga merupakan penderma yang dikenali, menyumbang kebanyakannya kepada institusi pengajian lebih tinggi seperti Universiti Stanford dan Universiti Tulane. Beliau juga merupakan ahli lembaga World Wide Fund for Nature (WWF).

Clark telah berkahwin sebanyak empat kali dan pada masa sekarang berkahwin dengan Kristy Hinze, bekas model Victroria’s Secret dan Sports Illustrated. Perceraian dengan isteri ketiga beliu selepas 15 tahun bersama, Nancy Rutter, seorang wartawan Forbes telah membebankan beliau dengan $125 juta dalam bentuk tunai dan aset dalam persetujuan. Bersma Kristy Hinze, beliau mempunyai dua orang anak perempuan, Dylan Vivienne dan Harper Hazelle.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.