Ingin mengetahui bidang kerjaya matematik yang boleh diceburi?
Kerjaya matematik merupakan antara bidang kerjaya yang paling penting di negara kita. Kemahiran seseorang ahli matematik sememangnya memberikan sumbangan yang besar pada negara walaupun berbeza kerjayanya.
Bukan hanya ahli matematik sahaja, malah prospek kerjaya bidang ini memang luas. Dari industri pendidikan, keselamatan, perbankan, kejuruteraan dan kewangan, memang banyak!
Bagi yang tertanya-tanya, berikut kami senaraikan 9 bidang kerjaya matematik yang boleh anda ceburi. Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!
Penganalisis data adalah seseorang yang mengumpul, memproses dan menjalankan analisis statistik data. Mereka akan menterjemahkan nombor dan data ke bahasa Inggeris dengan jelas.
Antara kemahiran yang wajib dikuasai oleh seseorang penganalisa data ialah mempunyai tahap keupayaan matematik yang tinggi, menguasai ahasa pengaturcaraan, seperti SQL, Oracle dan Python.
Mereka juga seharusnya mempunyai keupayaan untuk menganalisis, memodelkan dan mentafsir data, mahi dalam menyelesaikan masalah dan mengamalkan pendekatan yang sistematik dan logik.
Penganalisis data akan mengumpulkan data dan melihat trend dalam data tersebut. Ini akan membantu sesebuah syarikat untuk mengecapi target yang diinginkan berdasarkan data tersebut.
Lebih berminat untuk mengajar di peringkat yang tinggi? Jika anda sudah mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang matematik, lanjutkan sahaja pengajian anda ke peringkat Master’s atau PhD untuk menjadi pensyarah.
Khidmat pensyarah matematik sememangnya sangat diperlukan di kebanyakan universiti atau kolej di negara kita. Memandangkan matematik ada banyak cabangnya, tidak dapat disangkal lagi yang kerjaya ini cukup ‘hangat’.
Subjek yang akan diajar juga ada berbagai. Baik Matematik biasa, Calculus, Statistic dan cabang Matematik lain, jelas menunjukkan yang prospek kerjaya ini cukup luas.
Jangan terkejut jika kami katakan bidang matematik juga dapat membantu anda untuk menceburkan diri dalam bidang Metereologi. Kemahiran matematik semestinya diperlukan dalam bidang metereologi selain fizik dan geografi.
Mereka akan mengeluarkan ramalan cuaca, mengeluarkan amaran cuaca, memantau dan mengeluarkan maklumat gempa bumi dan tsunami. Mereka juga menganalisis perubahan keadaan cuaca secara profesional.
Untuk mengurangkan impak cuaca buruk, pegawai metereologi akan mengkaji tentangnya terlebih dahulu dan seterusnya akan memberi khidmat nasihat berkaitan dengannya.
Semua kerjaya yang kami senaraikan ini tidak akan wujud tanpa sumbangan seorang guru. Jadi, semestinya kerjaya guru dalam bidang matematik amat penting bagi melahirkan individu-individu yang turut sama akan berbakti dalam bidang ini.
Walaupun ianya tampak susah, namun kerjaya ini memang diperlukan di institusi pendidikan. Anda boleh memilih sama ada untuk mengajar di peringkat sekolah rendah mahupun menengah, bergantung kepada kelayakan dan pengalaman.
Di sekolah rendah, anda akan mengajar matematik asas kepada pelajar. Manakala, di sekolah menengah anda akan mengajar matematik asas atau matematik tambahan kepada pelajar.
Jurutera kualiti (QA) / kawalan kualiti (QC) bertanggungjawab memastikan kualiti produk dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh syarikat mereka. Ini bagi memastikan kualiti produk sentiasa terkawal.
Mereka bertanggungjawab untuk melakukan jaminan kualiti pada semua bahan yang masuk dari vendor serta menolak produk yang tidak mencapai tahap kualiti yang diinginkan.
Mereka juga akan mengukur dimensi produk, memeriksa fungsi & bandingkan produk akhir kepada spesifikasi yang ditetapkan. Jika kualiti yang diinginkan dalam keadaan baik, ini bermaksud tugas mereka dijalankan dengan sempurna.
Pengauditan Dalaman adalah satu fungsi penilaian bebas yang diadakan di dalam sesebuah organisasi bagi memeriksa dan menilai aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk organisasi tersebut.
Pegawai audit dalaman akan mengkaji keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab untuk memberi khidmat nasihat mengenai sistem pengurusan kewangan.
Mereka akan mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa dan memastikan yang aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan.
Penganalisis kewangan mengkaji data kewangan dan menggunakan hasil kajian mereka untuk membantu sesebuah syarikat atau organisasi membuat keputusan pelaburan.
Pendek kata, penganalisis kewangan bertanggungjawab dalam meramal tentang masa depan syarikat melalui data kewangan yang sedia ada. Ini akan menentukan bahawa ianya akan merosot atau sebaliknya.
Kemahiran matematik semestinya merupakan kemahiran utama yang wajib dikuasai oleh seseorang penganalisa kewangan bagi memastikan data yang dikaji tepat.
Eksekutif projek biasanya akan berkomunikasi dengan pihak pengurusan atasan untuk membangunkan program strategik, matlamat projek, pemantauan program dan prestasi projek.
Mereka akan merekomendasikan dan meluluskan tahap pembiayaan dan pelan perbelanjaan sesebuah organisasi atau syarikat, memantau pembinaan projek dan pengubahsuaian serta memantau metrik prestasi.
Selain itu, mereka juga akan menganalisis semua keperluan pelanggan untuk semua pembangunan projek mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Mereka akan bekerja bersama pengurus projek bagi urusan sebegini.
Tugas utama jurutera perisian ialah mereka atau mengubah perisian bagi menjamin kualiti yang terbaik untuk perisian komputer.
Mereka akan menerapkan prinsip-prinsip kejuruteraan bagi reka bentuk, pembangunan, penyelenggaraan, pengujian, dan penilaian perisian dan sistem yang membolehkan peralatan yang mengandungi perisian berfungsi.
Jadi, adakah matematik dan sistem komputer berkait? Semestinya! Sebelum dan semasa mereka sesebuah sistem, jurutera perisian akan membuat pengiraan yang sangat banyak. Di sini, kemahiran matematik akan diaplikasikan.
Sudah temukan bidang kerjaya matematik yang ingin anda ceburi? Setiap kerjaya yang kami senaraikan ini mempunyai kelebihan masing-masing, jadi jangan takut untuk mencuba.
Semoga artikel ini membantu anda untuk menambahkan pengetahuan tentang kerjaya yang kami senaraikan ini. Jangan lupa kongsikan di media sosial dan juga kepada rakan-rakan ya!
2. http://www.ukm.my/ppsd/wp-content/uploads/2015/12/Kerjaya-Matematik.pdf