Dalam keadaan ekonomi yang kian mencabar, ramai yang mencari pendapatan tambahan untuk menambahkan pendapatan keluarga. Salah satu cara yang menjadi pilihan ialah memulakan perniagaan. Jom kami kongsikan bisnes modal rendah yang boleh anda pilih.

1. Dropship

 Dropship adalah perniagaan yang paling rendah modal kerana anda tidak pelu menyimpan stok barang jualan. Anda hanya perlu membayar yuran untuk menjadi dropship, kemudian anda promosikan barang. Apabila ada order yang masuk dan pelanggan sudah membuat bayaran, anda masukkan duit tadi ke akaun upline anda. Upline akan mengepos barang ke alamat pelanggan. Mudah kan? Tak perlu keluarkan duit untuk simpan modal dan tak perlu membungkus dan mengepos barang. Anda hanya perlu buat promosi saja.

2. Kelas online

Apa kemahiran yang anda ada? Boleh jual kepada orang ramai. Sebagai contoh, kalau anda pandai baking boleh buat kelas online untuk mengajar orang baking. Sekarang terdapat banyak kelas PJJ dan kebiasannya ramai yang berebut untuk join. Anda boleh buka pelbagai kelas baking online. Sebagai contoh:

  • Kelas brownies
  • Kelas kes
  • Kelas pastry
  • Kelas biskut raya
  • Kelas tart

3. Hotel untuk haiwan peliharaan

Dewasa ini, mereka yang mempunyai haiwan perliharaan seperti kucing lazimnya akan menghantar haiwan perliharaan mereka ke hotel apabil mereka ingin pergi bercuti atau balik kampung. Jarang sekali haiwan perliharaan mereka ditinggalkan sendirian di rumah. Anda boleh menyediakan servis hotel untuk binatang perliharaan. Anda hanya perlu mengeluarkan sedikit modal untuk menyediakan ruang tempat tinggal buat kucing tersebut.

Sediakan ruang yang comel dan selesa untuk menarik hati para pemilik haiwan perliharaan. Jangan lupa juga sediakan satu ruang untuk sicomel bermain. Ambil gambar haiwan perliharaan yang pernah menggunakan khidmat anda dan kongsikan di laman anda.

4. Penulis content

Hari ini ramai yang berniaga secara online sama ada di facebook, instagram, shopee, dan website. Kesemua platform tersebut memerlukan seseorang untuk memasukkan maklumat dan info produk yang dijual. Anda boleh ambil peluang untuk bekerja sebagai penulis content. Sebagai penulis content anda bertanggung jawab untuk menyediakan info produk dan perkhidmatan yang disediakan selain memastikan laman diupdate setiap hari dengan content yang menarik.

5. Jual makanan frozen

Sumber: Lilyecah

Anda suka memasak? Menjual makanan frozen adalah perniagaan yang tidak memerlukan modal yang tinggi. Anda buat karipap atau donut frozen dan iklankan difacebook atau whatsapp group kawasan kediaman anda, pastinya ramai yang akan membeli memandangkan pada zaman serba moden ini para ibu sangat sibuk dan mencari makanan mudah untuk dihidangkan kepada keluarga.

Selain itu anda juga boleh cuba bertanya kepada kedai, pasaraya dan kiosk berdekatan sama ada mereka mempunyai ruang untuk anda meletakkan produk frozen yang dijual. Ada kedai yang menyewakan ruang untuk jualan. Ia adalah salah satu peluang tambahan untuk anda.

6. Menjual ebook

Selain membuat kelas online, ilmu dan bakat yang anda ada juga boleh digunakan untuk menjana pendapatan. Katakan anda pandai menjahit, anda boleh abadikan bakat anda dalam e-book dan jual kepada mereka yang berminat. Menulis e-book tidak memerlukan modal yang besar. Apa yang diperlukan hanyalah ilmu dan minat untuk menulis. Jangan lupa untuk promosikan e-book anda diplatfom yang sesuai. Berikan promosi sekiranya pelanggan membeli lebih daripada satu e-book dalam satu masa.

7. Khidmat mengasuh

Mengasuh tidak memerlukan modal. Apa yang perlu anda sediakan adalah rumah yang bersih dan selamat untuk anak asuhan. Selain rasa kasih sayang kepada anak kecil. Mengasuh adalah satu perniagaan yang menguntungkan dan dalam masa yang sama sangat membahagiakan kerana anda dapat meluangkan masa bersama anak kecil. Sebagai pengasuh, pastikan anda berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pengasuh yang berdaftar akan menjadi rebutan para ibu bapa dan anda boleh meminta upah mengasuh yang lebih tinggi.

8. Personal shopper

Nak kan bisnes tanpa modal yang besar dan dalam masa yang sama menyeronokkan? Apa kata anda jadi personal shopper? Di antara personal shopper yang paling dikehendaki di Malaysia ialah personal shopper untuk barang hiasan rumah dari Ikea dan Kaison. Malahan personal shopper untuk GPO dan JPO juga tak menang tangan untuk menyelesaikan order. Apa lagi?

9. Runner 

Pada hari ini semuanya di hujung jari. Termasuklah membeli-belah barang keperluan harian dan makanan. Anda boleh ambil peluang untuk menjadi runner yang menghantar barang yang dibeli. Anda boleh jadi runner secara freelance atau boleh juga menjadi runner untuk Food panda, Grab, Bungkus It dan sebagainya.

10. Jurugambar

Sumber: Thejakartapost

Anda mempunyai minat dan berbakat dalam bidang fotografi? Apa kata gunakan bakat anda untuk menjana pendapatan? Jurugambar adalah satu lagi bisnes modal kecil yang boleh anda cuba. Pada hari ini ramai yang memerlukan khidmat jurugambar untuk majlis istimewa seperti pertunangan, pernikahan, aqiqah, cukur jambul, sambutan hari jadi, dan sempena hari raya.

Anda boleh iklankan perkhidmatan anda di media sosial. Sekiranya hasil kerja anda cantik, pastinya para pelanggan sedia ada akan mencadangkan anda kepada rakan dan kenalan. Testimony dari mulut ke mulut akan mengembangkan lagi perniagaan anda.

Itulah dia info  tentang  10 bisnes modal rendah boleh cuba jom usaha yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang bisnes online shopee dan bisnes online dari rumah.

Rujukan:

1. Ainon Mohamad

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.