Ramai yang ingin tahu apa saja apps penting yang perlu ada di handphone. Terkadang timbul rasa risau dan rugi sangat-sangat  apabila kita yang punya handphone canggih ini tak tahu gunakan apps dengan sepenuhnya!

Kami yakin dan percaya, pasti ramai usahawan di luar sana yang ingin tahu sangat-sangat apps apa yang menarik dan sesuai digunakan oleh orang bisnes. Jadi semoga dengan perkongsian ini, anda boleh terus apply dan download apps ini di app store (iPhone) atau play store (Android) di handphone anda.

InshaaAllah dengan izin Allah, inilah apps yang terbaik boleh membantu usahawan semua untuk tingkatkan lagi perniagaan anda menjadi lebih hebat sepanjang tahun.

10 Apps Paling Penting Yang Biasa A Pada Handphone Jutawan.

Imej via Imore

Susunan gambar di bawah ini secara random saja. Semuanya ialah apps yang terbaik.

1. PHONTO

Imej via Facebook

Siapa gemarkan gambar yang ada tulisan quotes, inilah satu-satunya apps yang terbaik anda boleh guna. Apps ini senang sangat digunakan, fungsi apps ini sedikit saja tapi kita boleh edit banyak sangat gambar atau style yang kita mahu.

Biasanya edit gambar untuk letak quotes, seperti pada gambar di atas, gambar sebelum dan selepas. Gambar sebelum itu gambar original, gambar selepas itu sudah bagi background gelap, letak tulisan warna putih dan letak logo. Siap!

Kelebihan phonto dia ada banyak pilihan font, boleh adjust size font, boleh letak watermark, adjust sedikit dia punya “alpha”, boleh change theme kalau mahu background kita gelap dan banyak lagi.

2. TRELLO

10 Apps Paling Penting Yang Biasa Ada Pada Handphone Jutawan

Imej via Facebook

Apps ini sangat best dan sesuai digunakan untuk anda yang bergelar seorang Founder, Stokis atau sesiapa sahaja yang mempunyai staff. Dengan apps ini anda boleh monitor kerja staff  dan anda juga boleh bagi task pada mereka dalam ini dengan bagi sekali due date untuk mereka siapkan.

Bestnya apps ini, semua staff management boleh control dalam ini juga. Contoh anda bagi task pada mereka, dan katalah staff anda sudah siap buat, maka mereka akan letak kerja mereka itu under category DONE maknanya sudah siap. Kalau under category work in progress/doing maksudnya staff anda tengah jalankan kerja itu. Terbaik kan.

3. IFTTT

10 Apps Paling Penting Yang Biasa Ada Pada Handphone Jutawan

Imej via Facebook

Apps ini banyak membantu untuk personal branding. Maksud IFTTT tu ialah If This Then That. Apps ini paling tercari-cari, sebab anda boleh post satu tempat saja dan dia boleh spread ke semua social media kita. Contohnya, anda post di instagram, dia akan post juga di twitter, di page facebook, malah di telegram pon boleh!

Seperti pada contoh gambar di atas, post di instagram akan post juga ke twitter kita tanpa mention kita sebenarnya tengah guna apps IFTTT (robot post). Jadi bila orang scroll twitter anda, mereka akan nampak anda yang post di twitter, walhal sebenarnya tidak pun. Jadi anda boleh pelbagaikan ya.Anda

Anda yang ada juga guna untuk telegram, IFTTT boleh bantu kita untuk post setiap hari pada waktu yang sama di group atau channel. Kita boleh setkan jadual kita di telegram, untuk make sure group di telegram kita itu sentiasa aktif! Jadi tak ada lah krik krik dalam group. Dan banyak lagi fungsi lainnya yang best.

4. SNAPSEED

Apps wajib ada dalam handphone

Imej via Facebook

Apps ini berguna untuk bagi nampak gambar kita lebih WOW!

Tapi, anda perlu tahu yang Snapseed ini banyak sangat fungsi untuk edit gambar. Jangan risau, memang senang sangat menggunakannya. Cuma kena rajin explore , try and error.

5. Grid Diary

Apps harus ada dalam handphone

Imej via Facebook

Anda dapat gunakan apps Grid Diary ini untuk buat catatan harian anda. Dimana anda akan jawab soalan-soalan yang anda reka sendiri. Bestnya lagi, soalan-soalan tersebut membuatkan anda lebih bersemangat dan bersyukur sentiasa.

6. Kuaiboard

Apps harus ada dalam handphone

Imej via Facebook

Apps yang banyak bantu untuk “paste” dengan cepat. Apps ni akan berada di keyboard handphone canggih anda.  Selain itu, ada boleh letak juga hashtag yang anda mahu gunakan untuk setiap posting.

Contoh mahu post gambar di instagram, sebelum tekan button post, anda akan diwajibkan untuk paste hashtag di instagram. Tidak perlu buka apps note untuk copy, lepas itu pergi balik ke apps instagram dan paste ke situ. Dengan adanya apps ini, akan shortcut terus jalan yang mudah untuk kita paste.

7. TELEGRAM

Apps perlu ada di Handphone

Imej via Facebook

Kami yakin, anda semua mesti lebih suka guna apps whatsapp kan. Memang tak dinafikan kehebatan Whatsapp yang sekarang ini sudah lebih dari 500 juta pengguna setiap masa dan sentiasa meningkat.

Di bawah ini kami akan senaraikan kelebihan-kelebihan yang terdapat pada aplikasi Telegram. Mahu tahukan apa bestnya telegram ini?

1. File Transfer
Bayangkan anda boleh transfer apa sahaja jenis fail, tidak kisah. Malah, tak kisah langsung saiz fail yang boleh dihantar, walaupun saiz fail itu besar. Siapa perasan ya? Kalau hantar gambar di whatsapp gambar akan nampak pecah pecah sikit, tapi kalau hantar gambar di telegram, gambar akan jadi cantik dan clear.

2. Penggunaan Username
Bestnya telegram no phone kita tak akan didedahkan pada umum. Kita boleh guna username saja untuk orang search kita atau find out kita. Jadi dengan cara ini no phone anda akan kekal rahsia, tak ada siapa tahu, gituh.

3. Secret Chat
Ramai yang tak tahu kan fungsi Secret Chat ni? Secret chat ini maksudnya perbualan rahsia yang tak dapat diketahui oleh orang lain, kiranya takkan kantoilah!
Kelebihannya:

  • Keselamatan yang tinggi.
  • Mesej tak simpan di dalam server.
  • Memiliki fungsi timer untuk hapuskan mesej.
  • Mesej tak boleh forward.

4. Group Chat
ini salah satu kelebihan yang disukai daripada aplikasi telegram ini. Kita create je group dan lepas itu terus upgrade ke supergroup untuk muatkan seramai 5,000 orang ahli dalam tu.

5. Telegram Channel
Telegram channel terbahagi kepada dua, satu public (boleh sebar luas dan tiada had keahlian), satu lagi private (ahli channel perlu mendapat jemputan daripada admin). Kata lain channel ni lebih kurang sama fungsi dengan broadcast di whatsapp. Dua dua sama best kalau pandai gunakan dengan sebaiknya.

Manfaat terbesar dalam channel ialah maklumat berjaya disampaikan dengan jelas tanpa gangguan, dan informasi akan lebih cepat sampai kepada orang yang sudah subscribe channel kita. Reach di channel juga sangat tinggi, orang akan buka channel kita sebab dia sudah subscribe di handphone canggih dia itu.

Nota tambahan : Di telegram, walaupun anda baru join sesebuah group atau channel, anda boleh baca chat atau nota-nota terdahulu. Best kan.

8. NOTE / GOOGLE NOTE

Apps yang perlu ada di handphone

Imej via Facebook

Inilah dia apps yang boleh anda guna bila ada idea mahu tulis, buat copywritting, buat rangka ayat atau mahu luahkan perasaan dan sebagainya. Apps ini sangat berguna dan kesannya sangat bagus kepada orang yang suka menulis.

Apps ini memang sudah sedia ada dalam iPhone. Apps ini bertambah lagi best sebab kita boleh buat ikut category yang kita suka. Kita yang create sendiri, ikut keselesaan kita. Contoh jika anda suka letak info penting dalam satu category, seperti no akaun, no KWSP dan banyak lagi lah.

Buat juga satu category IDEA, bila muncul idea bisnes terus tulis dalam tu. Tulis pendek pendek pon okay daripada terlupa kan? Sebab idea biasanya datang dari Allah swt. Jadi hargai idea yang tiba tiba muncul di minda anda itu ya.

Selain dari itu, anda juga boleh simpan segala nota penting dalam apps ini, contoh jika anda baca artikel di Google, anda dapat copy dan simpan part yang penting dan URL untuk reference. 

Anda pun boleh tulis matlamat dalam masa 1 tahun, 3 ke 5 tahun, dan 10 tahun akan datang. Anda boleh tulis dalam apps ini untuk mudah baca di mana-mana saja anda berada.

Silakan kongsikan post ini dengan kepada founder, stokis dan agen please tag team anda ya supaya mereka semua dapat sama sama belajar dan tahu latest “Top 10 Best Apps” untuk usahawan semua.

Copy

Penulis: Nur Aliah Mohd Nor

Usahawan muda dan rajin berkongsi tips-tips kewangan yang praktikal. Ikuti beliau di Facebook untuk info kewangan santai yang menarik.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.