“Expected return” ataupun terjemahan secara lansung ke dalam bahasa Melayu, pulangan dijangka merupakan keuntungan atau kerugian yang dijangkakan oleh seseorang pelabur terhadap pelaburan yang telah diketahui atau kadar pulangan (Rate of Return / RoR) dijangka.

Pulangan dijangka dikira dengan menggandakan kemungkinan hasil dengan peluang untuk hasil itu berlaku dan kemudian menjumlahkan keputusannya.

Sebagai contoh, sekiranya sebuah pelaburan mempunyai 50% peluang utnuk memperoleh 20% keuntungan dan 50% peluang untuk mengalami 10% kerugian, maka pulangan dijangka adalah sebanyak 5%. Ini berdasarkan contoh pengiraan seperti berikut;

50% X 20% + 50% X -10% = 5%

Dalam kata lain, pulangan dijangka merupakan satu alat yang digunakan untuk menentukan sama ada sesebuah pelaburan itu mempunyai purata hasil bersih yang positif atau negatif. Jumlah pulangan dijangka dikira sebagai nilai dijangka atau dalam bahasa Inggerisnya, “expected value (EV)” untuk sesebuah pelaburan dengan andaian kemungkinan pulangan di dalam senario yang berbeza.

Selain itu, pulangan dijangka biasanya berdasarkan data sejarah dalan oleh itu ianya tidak dijamin. Angka ini hanyalah satu purata wajaran (weighted average) jangka panjang pulangan sejarah. Sebagai contoh berdasarkan contoh di atas tadi, pulangan dijangka sebanyak 5% tersebut mungkin tidak akan dapat direalisasikan pada masa akan datang.

Ini kerana pelaburan itu tertakluk kepada risiko yang sistematik ataupun tidak sistematik. Risiko sistematik adalah bahaya untuk sesebuah pasaran ataupun keseluruhan pasaran, manakala risiko tidak sistematik pula berlaku kepada syarikat atau industri tertentu.

Rujukan

Penulis: safwanrazali

safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.