Beli balik merupakan satu proses membeli balik saham (pembelian semula) oleh syarikat untuk mengurangkan jumlah hutang saham yang tertunggak di dalam pasaran. Proses ini berlaku dengan syarikat-syarikat membeli semula saham sama ada untuk meningkatkan nilai saham yang ada sekaligus mengurangkan penawaran atau untuk menghapuskan ancaman daripada pemegang saham yang mungkin merancang untuk pengambil alihan syarikat.

Beli balik merupakan satu kaedah untuk sesebuah syarikat melabur kepada diri sendiri. Pembelian semula mengurangkan jumlah saham yang belum dijelaskan di dalam pasaran, dan juga meningkatkan bahagian saham syarikat yang dimiliki.

Beli balik boleh dilakukan dengan dua cara seperti di bawah;

  1. Pemegang-pemegang saham akan diberikan tawaran di mana mereka mempunyai pilihan untuk mengemukakan atau menyerahkan sebahagian atau kesemua saham mereka kembali kepada syarikat dalam tempoh yang tertentu dan pada premium yang sama dengan harga pasaran semasa. Premium itu merupakan ganti rugi untuk menyerahkan saham mereka, bukannya berpegang kepada mereka.
  2. Syarikat membeli semula saham di pasaran terbuka untuk tempoh yang panjang.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.